Saturday, May 29, 2010

WHAT A VViP POGOL CREW COMEBACK..

11 hari strugling dengan fever + headache + stomache + lemah + cramp muscle last week, finally on thursday after the KKD's meeting, sya balik dengan aktiviti POGOL Crew. Sya, Mellaty, Davey, Bibin, Togoron, Baxter, Libo, Lukun dan Roysten telah mengadakan 'sudden-meeting'. Dalam plan, rumah Baxter jadi lokasi,but then last minute kena tukar pi rumah Roysten. Best juga dapat buat comeback after missed banyak aktiviti selama 11 hari lepas. Antara aktiviti yang sya tidak join last week ialah Hari Muzium Peringkat Kebangsaan di Kg. Babagon, farewell party Aaron Keith, Aktiviti CIJ, Pertandingan Penulisan CIJ dan CIJ Dinner. Then, semalam pula kami berkumpul di rumah sorang lagi POGOL Crew, Mc Ervine Gangakz. Best ne party di rumah dia, dapat jumpa kawan yang 7 tahun uda tidak bertemu, Sylvester Kondu dan abang Mc Ervine Gangakz, Alex dan Gindut, my teamates men bola waktu sya masih menetap di Kg. Timpoluon. Sya dan Baxter sempat berbahas dengan bapa Mc Ervine Gangakz iaitu Mr. Micheal Agus dan bersembang dengan keluarga mereka. Layanan terhadap VViP POGOL Crew adalah kelas pertama!! Malam ne pula got invitation again di Kg. Tampasak, besday party. Anyway, it's nice to make comeback in POGOL Crew. Thanks to my loyal assisatant, Davey yang sentiasa menemani sya jalan. God bless POGOL Crew...

PERJUMPAAN KKD (27/05/2010)

Pada hari khamis (27/05/2010) yang baru berlalu, saya dan kumpulan KBP Zon 1 Babagon yang terdiri daripada Brenda Ho, Elsie Setanis, Donna Peter, Nestor Gupok, Widy Makin, Melly Lingkuman, Dibah, Wilber John, Roysten Rupert, Rofrino Engkim, Mitchell Faye, Oldrich Lesley, Davey Dennis, Baxter Collin, Melldry Mikin, Roriano Engkim, Mechelvia Juil, dan 2 orang rakan KBP dari Kg. Kipouvo telah menyertai perjumpaan Komuniti Kristian Dasar (KKD) di Dewan Sts. Peter & Paul, Babagon yang dikendalikan oleh Rev. Fr. Jalius Sading, Kat. John Ansim dan Sr. Dariah. Seramai 70 orang telah menyertai perjumpaan ini. Dalam perjumpaan ini, sesi Komuniti Kitab Suci 7 langkah. Apa itu KKS 7 langkah?

KKS 7 Langkah :

1. Doa Pembukaan
2. Bacaan Kitab Injil
3. Peserta memilih ayat dari bacaan injil yang menyentuh perasaan
4. Peserta meghuraikan maksud ayat yang dipilih dengan situasi hidup
5. Peserta menyatakan masalah yang dihadapi oleh golongan belia
6. Sesi perbincangan penyelesaian masalah
7. Doa penutup

Dalam sesi ini, Sr. Dariah telah mengendalikan sesi bersama dengan kumpulan belia. Nestor Gupok memimpin doa pembukaan manakala doa penutup dipimpin oleh Donna Peter. Bacaan kitab injil diambil daripada Markus 10:46-52. Rata-rata belia memilih ayat 'Kasihanilah aku', 'Pergilah, engkau smbuh kerana percaya kepada-Ku', 'buta' dan 'Apakah yang harus Ku lakukan'. Daripada sharing rakan-rakan mengenai ayat-ayat dari Kitab Injil ini, saya tertarik dengan huraian Nestor Gupok mengenai 'buta' iaitu kita sebagai umat Katolik harus mencelikkan mata kita dengan hal-hal surgawi dan bukan hanya dengan duniawi. Kita selama ini arif dengan duniawi tapi buta dengan pengetahuan tentang surgawi. Dalam sesi permasalahan belia, kekurangan aktiviti KBP dan sikap belia yang tidak memahami maksud pelayanan dengan datang ke aktiviti hanya untuk mencari kawan dan hiburan. Ko-ordinator KBP Zon 1 Babagon, Melly Lingkuman telah menafikan mengenai kekurangan aktiviti KBP dengan menegaskan bahawa aktiviti KBP masih berterusan menerusi koir Pray Meeting dan membantu koir setiap hari Ahad. Ulasan dan huraian Timbalan Ko-ordinator KBP Zon 1 Babagon, Baxter Collin telah membuka minda semua belia yang hadir. Kenyataan Baxter ini disokong oleh Mitchell Faye yang juga berpendapat bahawa sesetengah belia menyertai aktiviti KBP hanya untuk mencari pasangan hidup dimana ia amat bertentangan dengan etika KBP. Namun, perbincangan mengenai penyelesaian masalah ini tidak dapat dilakukan kerana kesuntukan masa. Kesimpulannya, perjumpaan KKD ini telah membuka ruang kepada golongan belia untuk mendalami erti sebenar KKD. Pada awalnya, belia dijemput hanya untuk mengiringi perjumpaan KKD dengan lagu-lagu pujian namun Rev. Fr. Jalius mahu penglibatan belia dalam sesi KKS. Perjumpaan ini diakhiri dengan doa oleh Kat. John Ansim dan jamuan ringkas turut diadakan.

Thursday, May 27, 2010

LAGI BLOGGER BARU

POGOL Crew menerima satu lagi rakan blogger dari Kg. Tampasak. Blog yang diberi nama nororongou.com ini merupakan milik rakan krew Street Mundky, Spencer JBD @ Buu Labi. Blog ini berbeza dengan blog-blog di bawah label POGOL Crew kerana ia tidak menceritakan kisah mengenai Ulu Moyog tetapi ia lebih kepada cerita-cerita menarik yang berlaku di seluruh dunia tanpa kita sedari. Blog ini lebih kepada konsep pelik tapi benar dan semua cerita yang dipaparkan adalah cerita sebenar. Sama-sama kita meluangkan masa untuk membaca laman blog ini. Blog di bawah label POGOL Crew yang lain adalah susuyon.com(Gillie), toninipot.com(Ovin), katoliklife(Yoyou), turosdagai.com(Airon), Tampasak Youth Club(TAYOC) dan baxterbeckham(Baxter). Diharap lebih ramai blogger yang akan menyertai label POGOL Crew di masa hadapan.

Wednesday, May 26, 2010

CONGRATZ INTERNAZIONALE

Diego Milito muncul wira Internazionale setelah dengan mudah menjaringkan 2 gol sekaligus membenam Bayern Munich di Santiago Bernabeu. Inter Milan muncul kelab Itali pertama menang 'treble' setelah menang Piala Itali dan Serie A sebelum muncul juara Liga Juara-juara!! Syabas Jose Mourinho, masih 'Special One'.

TAGAL BUAYA




Tagal, pa yang korang paham pasal tagal ne? Tagal dalam malay, bombon merupakan sistem dimana semua hidupan dalam sungai yang diwartakan sebagai tagal dilarang untuk diambil. Biasanya tagal ne berkaitan dengan tagal ikan seperti kebanyakan sungai di Sabah. Dalam kawasan Zon Pertanian Moyog, hampir keseluruhan sungai Moyog ditagal. Namun, pena korang dingar tagal hutan? Ada juga ne di kawasan pelancongan Poropok, Kg. Kibunut. Sejak kawasan pelancongan ini dibuka, hutan di sekitarnya adalah ditagal dimana binatang-binatang serta hidupan lain dalam hutan dilarang untuk diburu. Tapi, pernah korang dingar tagal buaya? Pelikkan? Hakikatnya, inilah realiti di Sukau. Orang kampung dilarang membunuh buaya yang ada di sungai. Difahamkan bahawa penduduk di Sukau menghormati buaya ini. Info ini sya dapat dari Mr. Azman semasa Pertemuan Budaya Peringkat Negeri Sabah ke-16 di Kg. Alutok, Ulu Tomani. Inilah realitas kehidupan kita, Penampang tagal ikan dan hidupan dalam hutan, di Sukau ada tagal buaya. Satu langkah yang baik kerana pemburuan buaya untuk kulitnya semakin berleluasa sakang ne.

PUSAS


Tuhau feat. Bambangan...
Bulan 5 ne, kalu time moginum konfom ado pusas ba kan...jarang-jarang minum teda pusas. Kalu pusas tu kan, kasi la yang kejarangan orang bilang. Kalu di kampung mungkin sinang la. Bakas, palanuk, tambang and a lot more suang talun jadi pusas. Ndak macam di bandar, paling-paling sup ayam ja atau ba kut teh. Tapi kan, lagi sadap kalu dapat pusas bambangan dan tuhau kan? kasi campur, kuhhhhh!!!! konfom rasa dunia! Apalagi kalu ada bosou(nonsom) dan hinava, wow! baru la tradisional pusas orang bilang...tapi, apa pun pusas yang ada, kita terima ja ba. Yang penting ada sup panas...Orang kita bukan memilih pun macam orang lain...hahaha,..

MESILAU, RANAU...


Desa Cattle, Mesilau...
It's been 5 years since i went to Desa Cattle, Mesilau. Aritu, on Nov 2006 KBP Zon 1 Babagon buat outing di Desa Cattle. Perjalanan jauh tapi enjoyable. 2 van kami pi di sana. Tidur di rumah staff Desa Cattle. Thanks to daddy Samantha, before kami sampai another group of youths uda balik KK. Di Mesilau kami dapat tengok proses memerah susu di farm, siap dapat minum fresh milk lagi. Pemandangan disana cukup best dan seakan-akan berada di New Zealand. Mesilau nickname is Little New Zealand. Pagi hari kedua, kami pi di Mesilau Park, laluan utama dan permulaan bagi mendaki gunung Kinabalu. 1 jam kami round ne tempat, sejuk, nyaman dan apa lagi? everything perfect!! Kami betul-betul di kaki Gunung Kinabalu. Kalu ada masa, mo lagi pi di Mesilau. For nature lovers, this is one the best place you should come for...Miss Mesilau so much...

AIR TERJUN MASAKOB


Arca di depan pintu masuk...
Korang pena pi di Masakob Waterfall ka? dulu-dulu tiap kali balik Tambunan confirm singgah ne tempat ne. Air sungai dari banjaran Crocker yang jernih dan sejuk ditambah dengan udara yang nyaman, tempat ne cukup best. Simpang pi tempat ne ngam-ngam corner mo turun bukit kalu datang dari KK. But, there's a parking lot at the left side of the road.Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ne, tempat rekreasi ne macam kena tutup suda. Everyday the gate is locked. But, air terjun tu boleh nampak dari jalan raya. And people can feel the water via arch yang dorang wat as a sign board di simpang masuk. Harap-harap taman ne kena buka balik la... It's one of the Tambunan beautiful place. Masakob Waterfall is under Jabatan Perhutanan Negeri Sabah.

Tuesday, May 25, 2010

MACAM-MACAM...


Kadang-kadang, berguna juga Facebook ne arh...haha,..

PENAMPANG YOUTH DAY 2

Dalam satu undian yang dijalankan di blogsite TPBP Penampang baru-baru ini, Zon Kinarut telah mendapat undian tertinggi dengan 43%, diikuti Zon Tombovo sebanyak 21&. Zon Babagon di tempat ketiga dengan 13% manakala Zon Terawi ditempat keempat dengan 8%. Zon Minintod, Zon Kolopis dan Zon Limbanak masing-masing mendapat 1% manakala Zon Sugud dan Zon Duvanson tiada undi diberikan. Ini bermakna, Zon Kinarut akan menjadi tuan rumah Penampang Youth Day 2 selepas Zon Inobong menjadi tuan rumah pertama tahun lepas. Congratulations Zon Kinarut and Good Luck!!

BULAN JUNI YANG KOMPAK!!

After May, June came to make stress again. Awal bulan 03hb-06hb Jun 2010 ne, sya join belia-belia Orang Asal berkampung di Ulu Papar dalam Banjaran Crocker untuk Pertemuan Budaya Peringkat Negeri Sabah 2010 kali ke-17. Last year were held at Kg. Alutok, Ulu Tomani, Tenom and on 2008 at Ulu Sinanggang, Keningau. Then, a week after PB, then i'll regroup with my team induk of KBP Zon 1 Babagon for Rekoleksi TPBP/KBP 2010 ke-2 at Tatal Retreat Centre, Keningau from 11th til 13th June. Pastu balik Penampang, ada Sesi Bersama Belia untuk Ceramah Penghijrahan Belia but dunno when this event will be held. After that, my session with the Tampasak's youths for our meeting. Ini semua belum masuk brapa banyak miting kena attend dengan Kementerian Belia & Sukan Sabah untuk membuat permohonan baru pendaftaran TAYOC dengan ROS since pendaftaran sebelum ne via Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan ada masalah. Campur lagi miting-miting post-mortem sukan-sukan dan ka'amatan yang kena wat 8hb Mei. Saja dorang wat bulan 6 coz bulan 5 ne busy dengan aramai ti. Hancurlah diriku ini. Inilah masalah kalu teda back-up youths yang brani tampil jadi pemimpin. Suma harap sya saja. Bila ada masalah tuding jari sama sya, bila sya cabar buat tu keja macam tikus pula. But, all of this things that happen to me, banyak mematangkan sya dan memberi sya lebih keyakinan dalam hidup sya yang serba sederhana ini. Come on June, come fast and go fast..hahaha,..

KEBANGGAAN ORANG DUSUN!!

Kamu nampak ne urang? Bukan ringan-ringan tu tangki biru tu. Lebih-lebih lagi kalu kana bawa pigi nek Gunung Kinabalu. Nama si gaman ne si Abie, orang sini Ranau. He's one of the porter Taman-taman Sabah. Tangki biru ne durang bilang mo letak di Laban Rata. Bayangkanlah brapa susah si gaman ne. Orang Dusun Ranau ne. Itulah, orang-orang bandar slalu mengolo orang Dusun ne kampungan dan 'asie'. Cuba kamu buat keja-keja yang dorang buat ne, baru kamu tau sepa yang 'asie'. Kalu orang Dusun kana panggil 'asie', orang yang panggil pula patut kana panggil 'asial'!! Sya bengang la ngan sikap prejudis dan racist sesetengah orang ne bila dingar orang Dusun ja dorang label 'asie'. 'Asie-asie' orang Dusun ne, tapi nampak dan menonjol kemajuan kaum ne. Janganlah korang pandang rendah kaum Dusun ne. Kaum Dusun pigang ekonomi Sabah oh!! Sendri korang pikir la, ada otak sendri pun...

WHAT INSIDE YOUR MIND??




LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

Liga M kini fames dengan Liga Super atau Liga Perdana atau Liga FAM. Namun, mutu dan kualitasnya masih sama, sangat teruk. Pemain-pemain kita kurang berkemampuan dan kurang berkualiti. Kalau dulu liga kita antara yang terbaik di rantau ini, kini Liga-J dan Liga China mahupun Liga Korea lebih bagus. Kenapa? Bolasepak Malaysia hanya orang Malaysia yang main. Apa tidak stail kampungan ja. Liga J dipenuhi dengan pemain dari Brazil, England, Portugal dan seantero dunia. Tidak heranlah Korea, China dan Jepun sudah berentap di Piala Dunia. Liga M dulu sememangnya best sebelum penaja DUNHILL diharamkam. Himpunan pemain-pemain asing menyerikan liga dengan aksi dan style permainan mereka. Kini, hanya pemain-pemain Malaysia yang ego dapat kita lihat beraksi di Liga M. Baru-baru ne, FAM bilang mo ambi pemain import lagi. Apa barang jilat ludah sendiri ne? Kenyataan mereka umpama meludah ke langit kena muka sendiri. Dulu stadium-stadium full sebab Liga M best ada bakat luar. Pemain import ne sebenarnya membolehkan pemain-pemain local bersaing dengan mereka. Bukan semua pun pemain import ne bagus tapi at least adalah rempah dalam Liga M ne. Bilalah agaknya Malaysia akan beraksi di Piala Dunia atau Olimpik ne?huhu,..

Monday, May 24, 2010

ViRUS MiSTERi

Pakene ngan virus2 ne?hehe,..adui, lama juga nda memblogging ne...balik pi topik tadi, laswik between 15th - 23rd May 2010 sya kena serang penyakit yang ndak tau pa barang. Malam 15hb, sya p attend besday kawan di Kg. Timpoluon, as a driver, sya minum 3,4 tin ja. Kami mula berparti dari jam 6pm til 12am. After sent home suma kawan2 sya di uma Mellaty, sya balik uma and tidur. Sekitar jam 4-5am, sya rasa badan sya panas gila, so sya kasi full kipas. Jam 6.30 alarm bunyi, mo p sembayang, lagipun kami koir di church...but, my head berat semacam, tidur lagi...jam 7 sya terbangun bila dingar bunyi enjin turbo kawan yang mo jalan p church. sya bangun la...DUBBB!! sya sedar ja jam 11.45am...kepala masih sakit, sambung tidur. Jam 3pm bangun stil sakit dan panas badan, then i realise that i'm not in kogutanz mode at all but in sickness mode. I ask my lil' sista 2 biji paracetamol 500mg...then i sms my mum, beli sya 100plus...so, i start makan ubat again every 4hours. This schedule to eat medicine is too sucks!! but i'v to do it in 9 days since i refuse to see doctor. Actually, i do hate hospital, medicine, and doctor...but nurse, okayla kan..hahaha....after strugling 9 hari, barulah rasa okay even not 100% la...every morning kena makan nestum, have to take lunch and dinner on time...minuman pun glucose and 100plus ja..and paling penting no more alcohol, now i have to rearrange my sleeping time, jarang tidor awal selama ne. Paling awal jam 3am...men game, surfing FB or lepak di umah kawan...after this strugling 9days, my life should have reformasi...

Friday, May 14, 2010

7 THINGS TO STOP DOING NOW ON FACEBOOK

Using a Weak Password

Avoid simple names or words you can find in a dictionary, even with numbers tacked on the end. Instead, mix upper- and lower-case letters, numbers, and symbols. A password should have at least eight characters. One good technique is to insert numbers or symbols in the middle of a word, such as this variant on the word "houses": hO27usEs!

Leaving Your Full Birth Date in Your Profile

It's an ideal target for identity thieves, who could use it to obtain more information about you and potentially gain access to your bank or credit card account. If you've already entered a birth date, go to your profile page and click on the Info tab, then on Edit Information. Under the Basic Information section, choose to show only the month and day or no birthday at all.

Overlooking Useful Privacy Controls

For almost everything in your Facebook profile, you can limit access to only your friends, friends of friends, or yourself. Restrict access to photos, birth date, religious views, and family information, among other things. You can give only certain people or groups access to items such as photos, or block particular people from seeing them. Consider leaving out contact info, such as phone number and address, since you probably don't want anyone to have access to that information anyway.

Posting Your Child's Name in a Caption

Don't use a child's name in photo tags or captions. If someone else does, delete it by clicking on Remove Tag. If your child isn't on Facebook and someone includes his or her name in a caption, ask that person to remove the name.

Mentioning That You'll Be Away From Home

That's like putting a "no one's home" sign on your door. Wait until you get home to tell everyone how awesome your vacation was and be vague about the date of any trip.

Letting Search Engines Find You

To help prevent strangers from accessing your page, go to the Search section of Facebook's privacy controls and select Only Friends for Facebook search results. Be sure the box for public search results isn't checked.

Permitting Youngsters to Use Facebook Unsupervised

Facebook limits its members to ages 13 and over, but children younger than that do use it. If you have a young child or teenager on Facebook, the best way to provide oversight is to become one of their online friends. Use your e-mail address as the contact for their account so that you receive their notifications and monitor their activities. "What they think is nothing can actually be pretty serious," says Charles Pavelites, a supervisory special agent at the Internet Crime Complaint Center. For example, a child who posts the comment "Mom will be home soon, I need to do the dishes" every day at the same time is revealing too much about the parents' regular comings and goings.

Thursday, May 13, 2010

BROADBAND

Skang ne tiap hari sya surf aplikasi dalam internet menggunakan 'broadband' atau jalur lebar, tidak tau la lebar mana cuz it's sucks!! Kalu tinguk TV, saban hari ada ja kunun development untuk telecommunication. Balik-balik konsep 1Malaysia. Ministry of communication pun ikut konsep tu, 1rumah, 1broadband...tapi kalu dorang tau cakap ja camne? Dorang tinggal di bandar, inda perlu broadband lagi. Henpon pun canggih-manggih. Tapi, pena ka dorang tinggal di kampung? Cuba dorang fikir kalu mo surf something yang important atau mo post something ketika di luar bandar. Itu pun kalu mo tinggal di luar bandar. Kepada menteri-menteri di Malaysia, tulung jangan tau omong and bicara kosong ja. Tabur janji manis tiap kali election tapi tidak juga tertunai. High Speed Broad Band, tapun ja la. Next election, i'm goin to give answer to the government. Sabahan should need revolution and not evolution. How long we're going to suffered? Poket dorang kembang, tapi kita? Fikir sendri la...Dari sya budak, sya asyik dingar janji ahli politikus ne coz my grandpa, uncle and aunty ne orang kuat PBS ba dulu. Pena juga sya part-time di markas politikus dulu, pigi pasang bendera, banner and sepanduk. Pigi markas BN, janji ini, pigi markas opposition, janji itu, pokoknya janji manis ne cuma kata-kata. Tolong la para YB-YAB (Yang Berhormat @ Yang Bohong, Yang Amat Berhormat @ Yang Amat Bodoh?), dingar-dingar la rintihan rakyat. Konsep 1 Malaysia tidak akan tercapai kalu hanya 'segelintir' masyarakat yang dapat faedahnya...

BORN IN MONTH OF JANUARY

Ambitious & powerful. Born leader. Stubborn nature. You always stand out in the crowd. You love to live the good life. Romantic at heart. Deep thinker. Loyal to friends. Ever ready to learn & try out new things. Serious about life. Like to make others happy. Not too introvert, not too extrovert. Smart & well dressed. What does your birth month say about you?

I was born on 5th January...they said :


Untuk Leslie J. Botulik yang lahir pada tanggal 5 Januari, berikut adalah analisa wataknya:
Memiliki inteligensi cukup tinggi, pandai menganalisa segala sesuatu, bisa memperoleh kehormatan dan penghargaan dan bisa sukses dalam karir kemiliteran dan dalam bidang Angkatan Laut...

Sifat-sifat Utamanya:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Memiliki inteligensi cukup tinggi
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Pandai menganalisa segala sesuatu
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Bisa memperoleh kehormatan
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Penghargaan
.....but it's just prediction la kan..can it be trust?huhu,..hopefully la kan..hehe,..

Wednesday, May 12, 2010

"BRO!!"???!!

Apa tu 'BRO'?? Kalu sya refer di OXFORD Advanced Learner's Dictionary, ia membawa maksud abang atau adik, pendek kata untuk lelaki la...Sya slalu menggunakan ayat ne untuk refer member-member yang rapat dengan sya. Untuk lebih mesra dan sopan la kunun...kadang-kadang ada juga yang sya ndak kanal tapi panggil dia 'bro' ja rather than 'bos', macam member sya slalu wat. Bagi sya, bukan semua kawan sya panggil 'bro'. For me, 'bro's only for real fren macam black-skin American slalu wat. I do love black-skin society than common white-skin (bukan racist kio!). Budaya black-skin ne more to family between huge society. Dorang ne owez help and support each other. So, bagi sya, 'bro' is only for my closest frens yang can be trust and honest. I know to evaluate people cuz i'd been betrayed and backstabbed by member yang jahanam berkali-kali. So, kalu sya inda panggil 'bro' tu, siou nopo la kio. You're just ordinary frens of mine. Hehehe,..no hard feeling kio ambalut...

WAKID??


Korang pena guna ka ne benda? Kami panggil ne benda, WAKID... benda yang digunakan untuk angkat padi, serai, lengkuas, kapingan gata, atau pa jua hasil tani. Semalam sya jalan ngan sorang member pi di Giant Megalong, Bandar Donggongon. Sebagai salah satu wadah untuk menyokong anti-plastic campaign, sya gunakan eco-bag yang tertera SAY NO TO PLASTIC BAG berkaler hijau. Bila member ne nampak, da mo singgah uma kijap kunu. So, sya drive la p uma da. Bila da masuk, ndak pula sya tinguk pa yang dia bawa and letak di but MyVi sya. So, bila sampai Donggongon, da kuar pi buka but and dia bawa satu benda yang very familiar ngan mata sya, WAKID!! So, i'm asking him what purpose for bringing the wakid. Selamba tiger dia jawab 'SAY NO TO PLASTIC BAG, SAY YES TO WAKID, KOUBASANAN TULUN TOKOU'...'OH?!OK'..then, kami pun masuk pi di Giant. Adui na, jadi tumpuan ne kami. Beberapa customer to siap ambi gambar lagi, harap-harap dorang up-load pi Facebook. Lepas dapat permission dari security untuk masuk, kami pun pigi la shoppin ne. At last, kami beli 'BBQ Set', Ambi-pur for car dan makanan ringan ja. Memandangkan hanya sedikit barang maka si kawan la yang bawa barang tu. Yang best tu, macam artis ne kana gambar ja...Anyway, shopping guna wakid as an alternative for plastic bag pun kira ok ba...Mula-mula segan tapi bila ramai orang tengok dan ambil gambar, rasa macam artis pula..hahaha...tapi, yang sedihnya, tidak ramai generasi muda tahu membuat wakid. Namun begitu, kepada komulakan atau sepa-sepa ja yang berminat mo blajar buat wakid, kamu boleh datang ke Podsupuan Kg. Babagon, Jalan Timpango Babagon every Sunday, jam 9am gitu. Ada beberapa orang tua yang akan mengajar membuat benda tradisi seperti tungkasip, wakid dan bungkau. Kamu test la sementara ,masih free. Sya dingar-dingar ndak lama lagi dorang mo kutip wang kalu mo minta ajar...aritu sya pigi minta ajar buat tungkasip dan bungkau ja...

SAPI PUNYA SUSU, LEMBU DAPAT NAMA...

Pernahkah kamu dingar nanas Babagon? I means bukan nanas yang ada babag tapi nanas yang berasal dari Kg. Babagon? X-PM kita Tun Mahathir pena puji ne nanas Babagon coz cukup sedap, lazat tanpa krim dan manis...kalu ada lagi ayat yang sama maksud, itula tu. Ironinya, nanas ne bukan seratus-peratus dari Kg. Babagon tapi ianya datang dari atas bukit, sebuah perkampungan dalam mukim Babagon, Kg. Timpango. Yang paling fames sya dingar dan pena rasa ialah baka Mauristius.sp (nda tau kalu ngam spelling, bukan saintis gea)...Mimang sadap hinggakan mo dibeli ja suma nanas yang dijual. Cukup lazat la. Tapi, kenapa bukan kana panggil nanas Timpango? Dulu, before gabion kena bina untuk menghubungkan Timpango dan dunia luar (Ya ampun, teruknya bahasa, macam ulu pula ne Timpango..huhu,) orang-orang dari Timpango akan turun ke Kg. Babagon dan menjual nanas, serai dan pandan dorang di sulap-sulap dekat simpang masuk ke Kg. Babagon Bawah. Sebab itulah Koperasi Pembangunan Desa (KPD) bagi dorang Walai Nanas. Tapi skang ne, Walai Nanas jadi Walai Naranas uda, suma pemborong akan nek ke Kg. Timpango uda. Persoalannya, kenapa nanas Babagon dan bukan nanas Timpango? Adakah ini dikatakan sapi punya susu tapi lembu dapat nama?

MINUMAN PALING TOP NE BULAN 5...

Norikikot nodi bulan 5, om konfom pengilang-pengilang tinumon local atangkangau monodo do lihing, montoku, siopon, bahar, om linutau (ngam kai tu?). Poingkuro gea amu, hilo hiti aramai ti. Haro ngai tambalut e sanggup moi boduk jam 2 kosuabon, momosik di aki-odu moi boduk nga oposikan ngan tulon lod sampaping lamin. Adui na, iti no gea tulun toko bo. Songira moginum, alang-alang kalu tidak kotuku ka bo diolo...Osuaban ngai sumonu, om haro nogi e mogijujurut po tadau moginum au orosian kosuang lod walai pongusapan, iri nung katod doilo. Poingkuro mala e tulun direct to kuburan gara-gara no moginum? Kororosi nogi gea ti tulun tokou ngan kuroyon pod koubasanan ngan e nopo sakagwagu, kada no kama mubas-ubas terutama no ngai e poinsikul po. Yoku sondiri ngan mogiginum nogi ti nga sentiasa berpegang pada konsep minum dengan kebijaksanaan ka mai d. Nga okito tokou e ngawi logop-logop nadalaan do pintar nung auk. Topot toi?Nga iri nopo nga mainan alkohol no ri, suab nung koposik e tulun d, au yalo kopuriman onu e nimaan diolo tontok do moginum. Sumonu, haro nogi mogimpapatai nung auk, kadang-kadang mogiambalut po d mogiodu. Iti no kababasug tulun tokou ti. Kumaa ngawi tambalut, bulan 5 ne ofames moti singgarung lolobi po siopon nga kada kadalai, osiop ko moti ruhak 6 kaki linarom...Moginum no miampai kebijaksanaan dikoyu om okon ko dengan kobuduhan kio...Aramai tie..

AMARAN DARI PETRONAS

BULI NAMPAK & BACAKAH??

LANGADON KA??


Tuesday, May 11, 2010

MO MEN BULA SIPAK...

Aduh na, mo 11 bulan uda inda pi men bula sipak sejak gelanggang rakyat dibina di Kg. Tampasak. Gelanggang rakyat ne ada futsal, takraw dan bola jaring. Tapi yang slalu kana men hanya futsal dan takraw jak. Bila takraw men, mo sampai 20 orang datang, terpaksa la pi men bola tampar. Futsal kadang-kadang jak orang men. Skang ne malas mo men uda sukan-sukan ne, mo men badminton, paling sya mo men itu bola sepak. Di padang Kg. Babagon masalah da tiada bola dorang bilang. Apa tidaknya, balik-balik kana pijak lori. Harap-harap JKKK Babagon, Uncle Dennis John dapat minta peruntukan untuk buat walling-gate di belakang kedua-dua goal-post tu. Harap-harap kawan di Kg. Babagon dapat setel masalah bola dorang dengan cepat. Mo rusak uda kasut Nike sya tidak terasa bola dakat 11 bulan...huhu,..World Cup fever,..

PANAS BARAN...

Sya ne jenis orang yang sensitif dan panas baran. Kalu kana tegur ja sikit, trus pandai panas ne hati, baru tu obingkaus lagi (kuat merajuk). Inda tau knapa. Urang bilang 'okoro ginawo,agayo kokousan'. Betul juga la tapi itu dulu ba, skarang ne kurang-kurang uda. Sejak refresh pelayanan sya sebagai seorang belia, tahap baran tu makin kurang walaupun masi ada sikit. Macamana sya handle baran sya skarang? Sinang ja, kalu panas ati, sya pi bekurung dalam bilik and try buka bible, bacala mana ja bahagian bible tu. Then, sya akan renung balik firman Tuhan tadi and try to think bout myself. Baran tu akan hilang gitu ja. Itu di rumah, kalu di luar? Sya kalu p mana-mana konfom bawa wallet. Dalam wallet ne ada satu buku kecil 'The Cross In My Pocket' yang sya bli time PYD-1 di Inobong. Kalu inda tebawa wallet, wall paper hp sya ado pic 'Cross-tattoo' pun kira ok uda. Tapi kalu dua-dua teda? Rantai emas yang parent sya bagi as a besday gift sya yang ke-20 ja harapan mo wat baran tu hilang. Luckily, belum ado kes sya baran dengan kawan-kawan even kawan-kawan sya ne very annoying. Thanks God for helping me improving my attitude. Kawan-kawan out there? Camne korang control temper korang?He,..

WHAT I WANT TO SAY...


WHY BEER IS BETTER??


KATAK ULU MOYOG...

Katak Ulu Moyog?Pa tu arh?...Teda maksud ngan spesies baru katak ba ne... Korang tau juga pa tu katakkan? Lu ndak tau, korang balik tadika then ask the teacher bout it. Katak ne macam-macam jenis tapi lu sebut katak ja, konfom korang akan bilang binatang yang melumpatkan? Macam YB (Yang Berhormat ka Yang Bahalul?hehe,..) kita yang slalu dikaitkan dengan isu lompat parti tapi inda la sampai macam katak ba... lagi satu, katak ne slalu korang bagi gelaran sama orang yang bersuara merdu tapi inda bertiun (pa kaka di maksud ne?,huhu..) atau pindik and sinang cakap men timbak ja, sumbang kamu bilang. Dingar orang nyanyi sumbang, kamu tinguk awan atau bumbung bumi, langit then dengan selamba seperti anjing yang kencing tayar keta, kamu bilang "Sya rasa macam mo hujan ne ari? Mana kulam urang yang ada katak ne arh?" (...sya pun slalu juga ne..hahaha,.). Tapi bukan itu yang mo dibicarakan di sini. Tadi pagi sya post article pasal pandangan sya dengan youths Ulu Moyog. Then, sorang kawan, graxieparadise pi komen, tapi bukan pasal komen dia sya mo ulas but i'm personally attracted ngan ayat last dia "Macam katak di dalam gelas, sudah nampak tapi tidak mau blajar" (lebih kurang gitula ayat tu..he,..). Sya terfikir youths kita, mimang betul ayat tu. Skang ne jarang jumpa 'katak' di bawah tempurung ba. Mimang ngam perumpamaan ne coz korang tinguk ja youths kita, especially yang Dusun dari Ulu Moyog ne. Ditegur melenting atau melawan, paling tidak pun kumaus (merajuk). Kenapalah ada youths yang bangang melulu ne? Kadang-kadang dorang tau kita betul dan dorang salah tapi tidak mahu ubah. Mo juga dorang yang menang, umpama menegakkan benang yang tidak akan tegak tanpa penyokong. Fikir-fikirlah kawan, kalu kita masih ditakuk lama, sampai bila-bila pun orang Dusun tidak akan maju. Jangan biarkan ego itu control segala-galanya, kadang-kadang 'katak' perlu juga try suasana kolam yang lain dan cuba menyesuaikan diri. Inda tau la kalu betul teguran ne, tapi harap-harap youths yang terbaca ne, renungkan diri kamu. Jangan buat nama belia kita kotor dan rosak hanya sikap bodoh sombong kamu. Urang bilang, masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang ayam, berkokok...betul la tu, takanla masuk kandang harimau kamu mengiau, free-free kana makan...so, kita dikurniakan akal fikiran untuk membezakan baik-buruk, it's up to you lakan. Pintar-bodoh label diri, kamu sendri yang pilih...think deeply bout it wahai 'katak bermukakan manusia'..

P/s: TQ GRAXIEPARADISE FOR THE COMMENTS...GOD BLESS,..

BLOGGER RAMAI TAPI BLOGGING KURANG

Kalu kita tengok skang ne, dunia blogging semakin berkembang. Sudah ramai orang terutama generasi muda mula menceburi dunia blogging ini. Kenapa? Blogging membolehkan orang meluahkan isi hati, berkongsi pendapat atau memberitahu sesuatu maklumat. Blogging juga semakin mudah kerana semuanya berkonsepkan 'create', 'choose' dan 'start' kerana semua aplikasi blogging sekarang ini 'ready-made' atau hanya perlu diisi untuk digunapakai. Namun begitu, sebagaimana maksud 'ready-made' yang mempermudahkan segala-galanya, begitu mudah juga blogger berhenti dari mengemaskini laman blog mereka. Sebagai contoh, anda boleh lihat di sebelah kanan laman blog ini, cuba lihat berapa ramai rakan blogger yang masih aktif atau sentiasa mengup-date laman blog mereka? Mungkin alasan yang biasa didengar atau alasan wajib ialah tiada masa, lupa password, malas mo up-date atau paling common tiada apa yang mo di up-date. Habis tu kenapa memulakan sesuatu tapi tidak di follow-up? Kepada rakan blogger Zon 1 Babagon, teruskan memblogging kerana blogging is one way for us to share our story with others. Hopefully, susuyon dan para krew Pogol akan terus hidup di arena blogging ini.

Monday, May 10, 2010

ANOTHER NEW BLOG FROM UPPER MOYOG...

Semalam, satu lagi blog baru dari kawasan Ulu Moyog dihasilkan semalam. Blog yang dimiliki oleh Pogol Crew ini berperanan sebagai blog gambar seperti facebook. Blog ini akan diletak dibawah jagaan dan seliaan rakan krew Streetmundky. Syabas kepada krew Pogol kerana berjaya menambah satu lagi blog dalam rangkaian mereka. Blog ini boleh dilayari di http://www.streetmundky.blogspot.com.

TAHNIAH CHELSEA!! SYABAS UNITED!!


Chelsea dimahkotakan juara baru liga BPL musim 2009/2010 selepas membelasah Wigan Athletic 8-0 di Stamford Bridge hasil jaringan hatrik Didier Drogba, Frank Lampard, Salomon Kalou, Nicholas Anelka, Ashley Cole, dan Branislav Ivanovic. Kemenangan ini sekaligus meletakkan mereka 1 mata dihadapan juara bertahan Manchester United yang menewaskan Stoke City dengan jaringan 4-0 di Old Trafford. Gol-gol Manchester United dijaringkan oleh Ryan Giggs, Darren Fletcher, Park Ji-Sung dan gol sendiri Danny Higginbotham. Kemenangan tersebut tidak memadai bagi MU mempertahankan kejuaraan mereka. Namun, syabas kepada semangat bersaing Chelsea dan MU musim ini. Tahniah juga kepada Tottenham Hotspur yang akan menyertai Liga Juara-juara Eropah musim 2010/2011.

Sunday, May 9, 2010

SUPER DUPER SUNDAY...

Down to Wire...Chelsea Or Manchester United?

Arine merupakan hari ahad. Hari penentuan juara Barclays Premier League dan hari terakhir musim bolasepak England. Dua perlawanan tumpuan ne malam, iaitu pendahulu liga Chelsea VS Wigan dan juara bertahan Manchester United VS Stoke City. Andai kata Chelsea seri dengan Wigan, pasukan yang menewaskan mereka di Stadium JJB pada pusingan pertama liga BPL 09/10, dan Manchester United menewaskan Stoke City yang dibelasah 7-0 oleh Chelsea bulan lepas maka Manchester United akan mencatat sejarah baru bolasepak England dengan muncul juara terbanyak, 19 kali. Namun, jika kedua-dua Chelsea dan Manchester United masing-masing menang maka terima kasih kepada Liverpool yang tewas mudah kepada Chelsea, sekaligus meranapkan impian Manchester United dan menobatkan Chelsea juara BPL musim 09/10. Sama-sama kita saksikan perlawanan Super Sunday BPL 09/10 yang terakhir musim ne pada malam ini.

GREATEST POGOL!!!

Semalam perayaan Tadau Ka'amatan Peringkat Zon Pertanian berlangsung dengan meriahnya walaupun hujan lebat turun dengan selambanya membasahi 'kuala lumpur' di Kg. Tampasak. Namun begitu, daripada ramai-ramai orang yang datang, kawasan 'hijau' (baju kempen KBP) yang di penuhi oleh krew Pogol paling menjadi tumpuan semasa cabutan lucky draw dan Unduk Ngadau. Jeritan dan sorakan krew Pogol:- Togoron, Mellaty, Bexcham, Bon Duvie, Key'Sore', Yoyou, Gillie, Pipie, Jolly, Goalie, Ervinsanchez, McBentz Ar'arh, Libore', Alvinsarengan, Atama, Roy Torresa', Roy Bantat, Rudy, Nunald, Gontirik dan Yangkole serta bantuan The Gurangaks:- Mimie, Nonoi, Afay, Acel sudah cukup meriuhkan dan memeriahkan suasana di Kg. Tampasak. Ini sekaligus membuktikan kehadiran krew Pogol cukup hebat dalam membuatkan suasana pesta betul-betul terasa. Congratulations to the greatest Pogol crew!!

UNDUK NGADAU...ALL PREDICTION BY POGOL CREWS WAS RIGHT!!

Unduk Ngadau Zon Pertanian Moyog 2010
Unduk Ngadau Zon Pertanian Moyog suda pun abis semalam. Paling kecoh di kawasan pentas utama ialah kawasan yang di'hijau'kan oleh krew-krew Pogol. Lebih-lebih lagi bila wakil JKKK yang merupakan rakan krew, siap tuli telinga orang di kiri kanan dek jeritan yang kuat. Cukup meriah. Antara wakil rakan krew Pogol yang bertanding ialah Clarice Sampil (JKKK Madsiang), Cece (JKKK Notoruss), Elsie Setanis (JKKK Tampasak) dan Elsie Gidai (JKKK Babagon). Barisan juri Pogol yang dibarisi oleh Togoron, Bexcham dan The Gurangaks pun sibuk menentukan siapa yang patut masuk ke pusingan akhir dan menjadi top 10 finalis. Buli juga dorang jadi juri ne, suma yang dorang mo, dapat masuk ke final round. Kesemua wakil KBP Zon 1 Babagon juga berjaya masuk ke pusingan akhir. Keputusan akhir, Elsie Gidai melengkapkan gelaran Unduk Ngadau yang pernah dimenangi oleh 2 orang kakaknya, Cici dan Vivie sekaligus menjadi yang pertama bergelar Unduk Ngadau Zon Pertanian. Tempat kedua milik wakil JKKK Kibunut, ketiga JKKK Kipouvo, keempat JKKK Tampasak dan kelima JKKK Togudon. Keputusan membuktikan para 'bomoh' Pogol boleh meramal juara Unduk Ngadau...HAHAHA,..

Saturday, May 8, 2010

MoMMy + HARI IBU....


My Lovely Mommy...Stephanie Mary Gasan


Nama ibu saya ialah Stephanie Mary Gasan. Dia merupakan anak ke-6 dari 7 orang adik-beradik hasil perkongsian hidup pasangan Jason Gasan Gumalag dan mendiang Prisca Munsoyon Gunsarip. Tahun ne ibu saya berusia 48 tahun. Saya membesar di depan mata ibu saya. Banyak perkara yang best dan kenangan yang indah sepanjang perjalanan hidup saya ini. Ibu saya seorang yang cukup tegas tapi lembut hati. Pernah juga saya menyakiti hatinya, faham-fahamlah jiwa remaja ne, kuat memberontak. Dulu saya sentiasa marah dan hampa dengan sikap ibu saya yang tegas, tapi skarang ne bru saya faham kenapa dia bersikap demikian. Jika saya ingkar dengan arahan ibu saya dulu, konfom saya akan jadi sampah masyarakat. Merupakan generasi ke-2 Gasan Gumalag, yang merupakan ketua kampung Babagon (1980-1997), saya dan adik-adik dibesarkan dengan disiplin yang tinggi. Masih saya ingat bagaimana ibu saya menceritakan kami mengenai ajaran bible dan tangon sebagai bedtime story kami masa kecil-kecil dulu. Ibu saya bekerja kuat dengan bapa saya untuk menyara kehidupan kami, saya bangga dengan ibu saya. Saya sayang ibu saya. To my mommy, HAPPY MOTHER'S DAY from Boboy, Bodu, Papunk, Neneth & Afay...We love you, and you're the best mother in the world. May our Heavenly Father bless you.Amen.

YOKU BO TI!!

Hari ne Ka'amatan Zon Pertanian 2010 kali ke-10 berlangsung di Kg. Tampasak. 5 tahun lepas, Tampasak menjadi tuan rumah kali pertama untuk edisi ke-5 pada tahun 2005. Pada masa itu, penganjuran Kg. Tampasak merupakan yang terbaik dan menjadi benchmark kepada setiap penganjur hingga sekarang. Persoalannya, adakah Tampasak akan mengulangi reputasi itu? Dengan konflik dalaman diantara para AJK Induk, perjalanan persiapan kali ini kurang lancar. Rata-rata kerja persiapan disempurnakan oleh belia Kg. Tampasak tanpa menunggu arahan induk kerana sikap acuh tak acuh orang yang berkenaan. Sikap ego beberapa orang induk juga memperlihatkan tiadanya kerjasama mereka. Saya ada melihat pelan asal kedudukan pondok-pondok dan pentas utama semasa ia masih dalam perancangan. Namun, semasa ketua AJK Pondok ini melakukan tugasnya, Pengerusi JKKK pula mahu keadaan sebaliknya. Bagi saya, jika seseorang ketua AJK itu telah melaksanakan tugas yang telah diberi maka ianya perlu dipatuhi jika ia bersesuaian. Dalam kes ini, saya melihat pelan berkenaan cukup baik hingga campurtangan orang lain menyebabkab kerja AJK tersebut seakan-akan tidak dipedulikan. Begitu juga dengan beberapa perkara, masing-masing tunjuk pintar, tiada mo jadi pengalah. Dengan berkata 'saya sudah bagi-bagi tugas tu, tinggal mo buat lagi', at last parit dan rumput panjang tidak dibersihkan. Walauapapun, saya berdoa agar perjalanan sambutan Tadau Ka'amatan yang akan bermula 30 minit lagi dari sekarang berjalan lancar dan dengan baik.

SIKAP KERAS KEPALA

Perkembangan KBP Zon 1 Babagon semakin maju, bilangan belia yang mula melayani semakin bertambah biarpun bulan ini aktiviti dihadkan sedikit berikutan sambutan Tadau Ka'amatan. Tahniah dan syabas kepada dorang yang berjaya menarik masuk rakan-rakan baru ini. Persoalannya, adakah member-member baru ini betul-betul memahami erti pelayanan? Saya memantau beberapa member yang baru join pelayanan ini. Dari pengamatan saya, dorang ne join cuz just for fun. Yelah, KBP Zon 1 ne kena round 3 chapel under 1 chapel utama. Then, penglibatan KBP Zon 1 di peringkat parish juga cukup baik. Ada beberapa belia ini pula join KBP Zon 1 hanya mencari girlfriend atau istilah yang slalu kami bagi 'tuntul'. Baru-baru ini, saya menegur sikap salah sorang belia yang masih baru mengenai disiplin dan etika semasa berdoa. Namun, member ne melenting dan mengeluarkan ayat-ayat seperti 'bikin panas', 'f*** you' dan 'bagus-bagus tu mulut'. Apa dia ingat saya takut ka? Sebagai salah sorang daripada 12 induk dalam KBP Zon 1 ne, adalah wajar saya menegur budak ne before ada induk yang lebih tegas menegur beliau dengan cara yang lebih serius. Masih mentah, buatlah cara budak baru belajar.

Saya ada juga memohon maaf biarpun ia tidak wajar cuz saya rasa apa yang saya buat tu kira oklah. Then, gara-gara tiada orang mo bertegur dengan dia, dia tarik sorang lagi member yang kira lama uda melayan ne join dia. Jelas disini, ego manusia ne kadang-kadang memperbodohkan diri sendiri apalagi kalu mimang tubal sedia, bila-bila jadi bangang. So, kepada member tu, saya tegur tu ada baiknya, ko belum rasa macam mana Mama Labit kalu menegur, silap-silap 'koyak' ko depan kawan-kawan. Kalu inda pun, orang yang bawa ko join dalam pelayanan akan dapat nama buruk. So, think bout it. Cuba fikir luar dari kotak ko yang sempit dan kecil tu.

Thursday, May 6, 2010

MONYET + BERUK = ZOO ADUN MALAYSIA


Diharapkan panas sampai ke petang, turun pula hujan di tengah hari. Ya, sekarang musim panas telah pun sedikit reda, yang tinggal panas hanya di dalam dewan undangan negeri (DUN) walaupun dewan tersebut disediakan penghawa dingin atau aircond.

Kali ini DUN digegarkan lagi dengan tindakan beberapa haiwan yang biasa kita lihat di dalam zoo, kini berubah bentuk seperti manusia dan menyamar sebagai "wakil rakyat". Hakikatnya mereka tidak mewakili rakyat, mewakili diri mereka sendiri.

Dahulu kita hanya dipamerkan haiwan katak sahaja, kali ini "zoo dun" ditambah pula dengan haiwan baharu, iaitu beruk. Malangnya beruk-beruk ini sangat banyak, melebihi jumlah katak yang ada.


Antara dua jenis haiwan ini, anda fikir yang manakah memberikan manfaat? Katak, dikatakan orang jika katak bersuara, hujan akan turun. Hujan? bukankah itu tandanya rahmat? Menyuburkan bumi, mengamankan persekitaran kita yang semakin berjerebu. Beruk pula? Jika beruk yang bersuara, sudah pasti menimbulkan rasa kurang senang sekelilingnya. Dan bayangkan pula beruk ini berkumpul beramai-ramai, wah sudah pasti lebih kecoh dibuatnya.

Itulah senario yang berlaku di "zoo dun" istimewa ini. Nampaknya beruk-beruk ini sudah mengambil alih peranan katak. Akhirnya katak yang ingin menurunkan rahmat Tuhan tadi tidak dapat menjalankan peranannya, sebaliknya beruk-beruk ini cuba menghalang rahmat Tuhan itu.

Jadi, pada hemat anda, haiwan manakah yang lebih berjasa di "zoo" istimewa ini?

ALKOHOL + EFEKNYA..

Jumlah peratusan alkohol di dalam minuman keras adalah berbeza-beza dan perlu diberi perhatian. Misalnya di Malaysia, bir disulingkan sehingga mengandungi empat hingga lima peratus alkohol, stout lapan peratus, wain 10% hingga 14%, manakala wiski, vodka atau brandi pula mengandungi 40% alkohol.

Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa. Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang.

Kesan jangka pendek yang membabitkan pengambilan lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang singkat ini boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol. Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama lapan hingga 12 jam kemudian.

Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama pula seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Apabila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri.

PUNCA PENYAKIT SEKS

SYDNEY – Pelancong-pelancong beg galas akan menjadi sasaran pihak berkuasa kesihatan di Australia bagi mengawal jangkitan penyakit seksual yang semakin meningkat, lapor sebuah akhbar semalam.

Perangkaan terbaru menunjukkan pelancong asing muda suka meminum minuman keras, bertukar-tukar pasangan seks dan tidak memakai kondom berbanding penduduk Australia.

Kajian yang dilakukan selama lapan tahun itu menunjukkan 5,700 pelancong beg galas yang mengunjungi Pusat Kesihatan Seksual Sydney mendapati bahawa budaya seks, parti dan alkohol menjadi punca jangkitan penyakit seksual.

PINTU KE DUNIA KE-2??

Pintu ke alam barzakh...

KAHERAH, Mesir - Sebuah pintu granit merah yang besar daripada makam purba penasihat ratu telah dijumpai di Luxor, Mesir, kata Menteri Kebudayaan Mesir, Faruk Hosni semalam.

Pintu batu berukir yang dipercayai oleh penduduk Mesir purba sebagai gerbang kepada kehidupan selepas mati itu digali berhampiran Kuil Karnak di Luxor dan milik makam User. User ialah penasihat Ratu Hatshepsut.

Ratu itu yang memerintah Mesir antara tahun 1479 hingga 1458 Sebelum Masihi merupakan Firaun wanita yang paling lama menguasai takhta.

Pintu setinggi 17.5 meter dan setebal 19 inci itu diukir dengan teks-teks keagamaan dan mempunyai pelbagai pangkat yang dimiliki User seperti datuk bandar, wazir dan putera

BURUNG BERSARANG DI LAMPU ISYARAT...

Gambar dirakamkan oleh Algis Motuza.

Sepasang burung di Britain menarik perhatian ramai penduduk apabila membuat sarang di celah lampu isyarat di persimpangan jalan yang sibuk di Doncaster, Yorkshire di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Aksi burung betina itu yang setia berada di sarangnya sambil menanti kepulangan pasangannya daripada mencari makanan untuk anak-anaknya telah dirakamkan oleh seorang jurugambar tempatan, Algis Motuza, 53.

Katanya, burung tersebut kemungkinan menggunakan haba daripada warna merah pada lampu isyarat itu untuk mengeram telur.

"Sukar dipercayai apabila dapat melihat burung itu yang bersarang tanpa gangguan dan ia juga seperti tidak peduli dengan kesibukan yang berlaku di sekeliling lampu tersebut," kata Motuza.

ITIK PANIK DI KOTA NEW YORK

Ibu itik dengan anak-anaknya...


NEW YORK - Seekor ibu itik yang membina sarang di kawasan trafik yang sibuk terbang meninggalkan beberapa ekor anaknya selepas panik apabila beberapa penduduk cuba menyelamatkan anak-anaknya di sebatang jalan raya yang sibuk di sini, lapor New York Post semalam.

Ibu itik itu terbang di dua batang jalan raya sambil mengeluarkan bunyi yang kuat sebagai panduan untuk anak-anaknya melalui satu laluan trafik yang sibuk selepas ditinggalkan oleh ibunya.

Seorang pekerja di Institut Kebudayaan Itali di sini, Valeria Anzolin yang melihat ibu itik yang panik itu sanggup menggunakan kertas akhbar untuk membawa sebahagian daripada anak haiwan tersebut ke tempat ibunya di tepi sebatang jalan raya.

Namun, ibu itik itu hinggap di tempat lain.

Dua anggota renjer di bandar raya itu, Sheridan Roberts dan Sunny Corrao mendapat idea dengan meletakkan anak-anak itik tersebut ke dalam sebuah bekas yang diletakkan di tepi sebatang jalan raya.

Ibu itik itu mendekati bekas itu dan semua anaknya kemudian dibebaskan sebelum renjer tersebut memberi panduan kepada haiwan berkenaan untuk menuju ke sebuah tasik berdekatan.

DNA HIDUPKAN SEMULA MAMMOTH??

Mammoth...akan hidup semula?

MANITOBA - Sekumpulan saintis Kanada cuba mencipta gajah purba yang besar dengan menggunakan spesimen asid deoxyribonucleic (DNA) daripada beberapa tulang haiwan berkenaan yang ditemui di Siberia, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Bercakap mengenai eksperimen pertama seumpamanya itu, seorang saintis di Universiti Manitoba, Profesor Kevin Campbell berkata, DNA akan digunakan bagi menghasilkan semula darah gajah purba yang dikenali sebagai Mammoth.

"Menggunakan DNA spesimen adalah seperti kami kembali ke masa lampau dan mengambil sampel darah gajah Mammoth sebenar," kata Campbell.

Menurutnya, spesimen yang digunakan itu berusia sehingga 43,000 tahun.

Menurutnya, gajah Mammoth memiliki bulu tebal dan enzim antibeku dalam darahnya bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sejuk.

Projek untuk mewujudkan kembali gajah Mammoth yang memiliki ketinggian lebih 5 meter serta berat 12 tan itu bermula sejak tujuh tahun lalu apabila Profesor Campbell menghubungi Pusat DNA Purba Australia di Universiti Adelaide.

Sebelum ini filem dan novel Jurrasic Park menceritakan DNA dalam fosil seekor serangga berusia berjuta-juta tahun digunakan untuk menghasilkan dinosaur.

Wednesday, May 5, 2010

ABU MAYAT DI DASAR TASIK

Anggota polis menemui tong berisi abu mayat.

ZURICH - Lebih 300 buah tong berisi abu mayat ditemui di dasar Tasik Zurich sedalam 9.1 meter di sini yang disyaki dibuang dari sebuah klinik bunuh diri terkenal Switzerland, Dignitas di kawasan berdekatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia ditemui secara tidak sengaja apabila sekumpulan penyelam dari sebuah agensi perkhidmatan penyelamat sedang mencari peralatan pelindung panas matahari yang terjatuh dari bot mereka sebelum menghubungi pihak polis, baru-baru ini.

Pada luar tong itu tertera logo perkhidmatan pembakaran mayat yang sering digunakan oleh klinik Dignitas yang ditubuhkan sejak 1988 kerana mengendalikan aktiviti membunuh diri untuk para pelanggannya dari seluruh dunia.

Undang-undang liberal negara itu membenarkan kegiatan membunuh diri namun pembuangan sedemikian menyalahi peraturan kerana melupuskan mayat tanpa lesen komersial seperti yang ditetapkan Agensi Alam Sekitar Switzerland.

Datuk bandar Zurich, Max Baumgartner dilaporkan terkejut dengan penemuan itu dan kini menunggu hasil siasatan pihak polis.

CILI BOLEH KURANGKAN BERAT BADAN??



LOS ANGELES - Sekumpulan saintis Universiti California, Amerika Syarikat (AS) mendakwa, memakan banyak cili dapat menurunkan berat badan kerana sayuran tersebut dapat meningkatkan kadar metabolisme dan membakar lemak, lapor sebuah akhbar semalam.

Penemuan itu berdasarkan hasil kajian terhadap 34 sukarelawan lelaki dan wanita yang dihidangkan lada kurang pedas atau perisa tiruan cili.

Kajian itu mendapati pembakaran tenaga dalam badan kumpulan sukarelawan yang memakan banyak cili adalah hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang diberikan makan perisa cili tiruan.

PROUD TO BE TAMBUNAN-BLOODED

Gombunan & Tambanan...Our great warriors...

Haha...orang slalu cakap my family came from Kg. Babagon, Penampang. It's true but only my mommy. My daddy came far away from Kg. Toboh, Tambunan. My mum's was Kadazan, while my daddy was Dusun but in my ID card, JPN letak Kadazan. Masih jelas dalam fikiran sya time balik kampung masa budak-budak, orang Toboh layan kami terlalu baik hanya kerana kami datang dari Penampang atau dorang bilang orang KK walhal sama ja orang kampung..hahaha,..

Tambunan, dari cerita papa tua sya, Mr. Goumin Botulik, mendapat nama dari pahlawan lagenda kaum Dusun disana, Gombunan & Tambanan. Kalu sebut pasal Tambunan, first dalam fikiran sya ialah Holy Cross Church dan tamu di Kg. Toboh, gerai di Sunsuron dan Tugu Mat Salleh. Skarang ne daerah yang pernah jadi hos Pesta Bambu ini, popular dengan air terjun Mahua dan Gunung Trus Madi selain TVRC dan suatu ketika dulu batu yang boleh menghasilkan bunyi gong.

Daerah ini juga paling banyak melahirkan artis-artis local yang berbisa seperti Francis Landong, Jimmy Palikat dan Jestie Alexius selain kumpulan pelawak nombor satu Sabah, Bili-bili Do. Bila sebut pasal Tambunan, misti sya ingat siopon dan tajau selain sawah padi. Banyak lagi tempat-tempat menarik di daerah ini. Secara peribadi, sya bangga dengan darah Tambunan dalam diri sya. Di Kg. Babagon, ramai rakan-rakan sya berasal dari Tambunan seperti Kg. Kirokot, Kg. Botung, Kg. Kiawayan, Kg. Sunsuron dan Kg. Kituntul. We all did proud being Tambunan's....

KASIH SAYANG TANPA SEMPADAN


Kasih tanpa sempadan...even animals also can produce love. See this picture, how can the cat and the duckling live together? Binatang pun berhati perut. Kenal kasih sayang. Bukan macam manusia skang, nama ja homosapien tapi bodoh bahlul!! Please do spread love no border...Peace, No War...Living harmony as a united-humanity!!God Bless The earth-citizens..Amen.


HAIWAN BURUAN

Cicak ne makin fames di pasaran skang ne. Tujuannya adalah untuk perubatan dan makanan eksotik. Menurut rakan di Facebook, harga 500g bagi cicak ini adalah RM25k...lumayan gila ne. Tidak heranlah napa orang bandar suka masuk hutan just mo find out reptilia ne...

RE-WATCH 2012

12:12am.12/12/2012


Baru tadi habis tengok muvee 2012 yang kluar di cinema last year buat kesekian kalinya. Cerita 2012 ne cukut kuat dan memberi kesedaran kepada kita dalam kehidupan kita. Pada pendapat sya, muvee ne digarap dengan baik dimana elemen-elemen kasih-sayang, cinta kasih, hubungan persahabatan, ketabahan, dan macam-macam lagi ada dalam muvee ne. Terkesima (atuukoii bahasa..) juga sya tengok ne muvee sorang-sorang, dengan headfon full-bass, urang bilang buli feel ba. Tidak boring mo tinguk ne muvee berulang-kali sebab ia memperlihatkan kehidupan sebenar manusia dalam seharian. Kita dapat tengok macamana wang boleh memberi kuasa atau 'easy-access' kepada para orang-orang kaya. Bagi dorang, wang more important than a life. Tapi, kalu kita betul-betul teguh dengan pendirian, orang berpangkat ini juga boleh jatuh sebagaimana dipaparkan dalam jalan cerita 2012. Adakah ramalan ini tepat- 12/12/2012? hanya Dia yang tahu. Kita plan ja, Dia yang decide. Jangan dilupakan bahawa, kita hidup di dunia ini hanya seketika cuma (..hundia oi,bahasa)..maka, hiduplah kita berkomuniti dan bermasyarakat. Sentiasa taking care of each others dan don't be selfish. Kita suma penduduk bumi ba, cuma dari continent dan bangsa dan agama berbeza. Fikir-fikirlah before 2012 datang untuk kita celebrate before ajal datang menjemput...

Tuesday, May 4, 2010

PENAWAR LUKA...

Coach- Solksjaer & kapten- Corry Evans dengan trofi kejuaraan.

Harapan Manchester United mungkin sudah berakhir dengan kebodohan kapten Liverpool, Steven Gerard yang memberi hadiah besar kepada Chelsea di Anfield. Namun begitu, sikap berjuang skuad senior MU juga dicontohi oleh skuad muda MU apabila mereka menewaskan pasukan muda Aston Villa 3-2 dalam penentuan penalti setelah perlawanan play-off penentuan juara Liga Simpanan berakhir dengan keputusan seri, 3-3.

Kemenangan ini sekaligus mengubat rasa kecewa apabila skuad senior seakan gagal mempertahankan kejuaraan liga kali ke-4 berturut-turut. Terdahulu Liverpool dengan mudah ditewaskan di Anfield oleh jaringan Drogba dan Lampard sekaligus menambah garam di luka sendiri hanya kerana tidak mahu sejarah kejuaraan MU mengatasi mereka.

Monday, May 3, 2010

BULAN 5 + SYAITAN IBLIS TYME...

Pelik ka header-title ne? Betul ba ne. Kan skarang ne bulan lima uda. Bulan yang banyak aarraaaamaaai tieeee...time ne la banyak kes mabuk menyebabkan peningkatan kemalangan jalan raya. Namun, sya tidak begitu berminat dengan jalan raya. Fokuskan kepada hot-spots bagi couples yang ndak sabar jadi bapa-mama ne. Bulan lima ne, gara-gara alcohol si tanakwagu dan sumandak akan gagal mengawal nafsu masing-masing. Apalagi kalu berdua-duaan,tatap beromen tu. Time sugandoi semalam yang tamat pada jam 1 pagi, ramai pasangan anak muda yang moginum di kawasan gerai yang gelap. Di Gelanggang Rakyat Kg. Tampasak lagilah ramai. Itu antara tempat 'panas' atau 'line-clear' bagi couples yang bodoh ne. Besanya apabila ada parti atau perayaan di kawasan naungan Ketua Kampung Babagon - Timpoluon, Kakahangan, Marab-arab, Timpango, Babagon Atas, Babagon Bawah dan Tampasak- pasangan yang mabuk akan mencari hot-spot untuk beromen. Antaranya :-

1. Pondok-pondok tagal, Kg. Babagon
2. Kawasan Perkelahan Pampang, Kg. Babagon
3. Pondok Rela, Kg. Babagon
4. Tamu Nenas, Kg. Babagon
5. Kawasan Koriahan, Kg. Timpango
6. Gabion, Kg. Babagon
7. Taman Herba Nointus, Kg. Tampasak
8. Belakang tandas Gelanggang Rakyat, Kg. Tampasak
9. Kawasan Togopon, Kg. Tampasak
10. Empangan Babagon, Kg. Tampasak
11.Kawasan Parking Chapel Sts. Peter & Paul, Babagon
12. Balairaya Kg. Babagon
13. Jalan ke Tanah Perkuburan Kapur, Kg. Tampasak
14. Water-spill, Babagon Dam
15. Kawasan pagar bawah, Empangan Babagon
16. Jalan ke bekas ladang ayam Chua Soon Seng, Kg. Timpoluon
17. Gerai Chapel Sts. Peter & Paul, Babagon
18. Dewan Sts. Peter & Paul, Babagon
19. Tangga belakang Chapel Sts. Peter & Paul, Babagon.
20. Sepanjang jalan masuk ke Kg. Tampasak, Empangan Babagon dan SK Babagon.

....itu adalah antara hot-spots yang sering menjadi tumpuan maksiat. Kalau anda tidak percaya, anda boleh saksikan sendiri dengan mata anda semasa adanya function di Kg. Babagon dan Kg. Tampasak. Agak keterlaluan dengan tersenerainya kawasan chapel tapi ini adalah realiti. Bulan 5 ini akan penuh dengan pesta ka'amatan, begitu juga gerombolan iblis dan syaitan yang pasti berkeliaran menunggu mangsa. BEWARE OF IT!!

PONDOK USANG....

Sebuah pondok usang yang kini dijadikan tempat menunggu bas oleh murid-murid SK Babagon kini boleh mengancam keselamatan murid-murid yang datang berteduh. Keadaan lantai papan yang rapuh dan zink berlubang serta dinding yang kotor ini mengundang bahaya namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan. Pondok ini pada awalnya dibina untuk tujuan pejabat Ikatan Sukarelawan (RELA) pada awal tahun 1999. Kini, pondok yang semakin usang ini terbiar begitu sahaja dan menjadi tempat maksiat pada waktu malam. Persoalannya, siapakah yang perlu bertindak untuk menangani masalah ini? pihak RELA atau JKKK Tampasak atau JKKK Babagon?Jangan disebabkan sikap acuh tak acuh, ada murid atau orang lain menjadi mangsa di pondok ini.

BULAN 5 & KA'AMATAN

Tadau kokotuan atau tadau ka'amatan, kedua-duanya merujuk kepada simbolik memperingati semangat padi, Bambarayon. Kalu dulu, orang kita KDM datang ke perayaan ne dengan penuh adat dan tradisi. Sekarang, generasi muda datang ke perayaan ini cuz mo cari entertainment ja. Ala, sinang cakap mo cari singgarung bei. Mana dorang tau atau mo menghayati erti perayaan ne. Selain mo cari singgarung, komulakan skang mo cari instant-sumandak, sendri korang mo paham.

Bila cakap pasal bulan 5, korang akan ingat siopon, tapai, lihing, montoku, hinava, bosou, tuhau, linopot, sup lihing, sundait, tiket bertuah dan sugandoi serta unduk ngadau. Berbalik kepada diri kita sendiri, adakah kita pernah menghayati erti sebenar tadau ka'amatan? secara jujur, sya menghayatinya kerna ibu sya membesarkan sya dan adik-adik sya dengan cerita-cerita klasik atau turun temurun sebagai bedtime's story sewaktu kami kecil dan sya juga terlibat dalam pementasan Huminodun semasa sambutan Tadau Ka'amatan Zon 1 Tampasak 2005. Bagaimana dengan anda? Tampar muka sendiri agar terjaga dari mimpi dan tanya kalu kita betul-betul tau apa itu Unduk Ngadau, Bambarayon, Huminodun atau Nunuk Ragang....

TIADA SKROL IPT, IT'S OK...

Kalu dibandingkan dengan adik beradik atau kazen-kazen len, memang hancurlah sya. My sista' dalam pengajian tahap Degree, yang sorang under JPA's scholarship. Yang twins pla bercita-cita mo jadi doktor dan cikgu. Sejak tewas dalam pertempuran di Politeknik KK, sya hanya berkelulusan SPM. Namun ada juga beberapa kursus kemahiran yang sya join. Tapi, sya tetap berpegang teguh dengan prinsip 'Life is leraning process' dimana ilmu boleh ditimba dimana-mana sepanjang hidup. Pada pendapat sya, skrol atau sijil is just piece of paper yang mengklasifikasikan tahap pendidikan serta menjadikan seseorang itu berlagak. Bagi sya ilmu kehidupan sebenar datang dari jalanan dengan cara bergaul, bersalaman, bercakap dan melakukan sendiri keja rather than read the theory. My life is an open learning which offering a lot of courses rather than one. Program kehidupan yang kompleks dan rumit dengan kemahiran praktikal dan cabaran. I've learned a lot of things since left Poly's in 2007. Experience is the best teacher, peoples whom already succeed were my benchmark for my own learning process.

For those fwens yang didn't finish their skul, jangan malu untuk bergaul atau rasa rendah diri. Each and everyone of us ado kelebihan masing-masing. We should continue learn, and study to improve ourself. Harus ingat, kita mempunyai lebih senjata kerana kita mendapat sesuatu from experience and observation. Keep fighting for our own pride and dignity...chayo!chayo!

TUAN RUMAH TADAU KA'AMATAN ZON PERTANIAN 2010

5 tahun lepas, Kg. Tampasak menjadi tumpuan warga Ulu Moyog sempena sambutan perayaan ka'amatan Zon 1. Kali ini buat kali pertamanya dengan nama Zon Pertanian, Kg. Tampasak diundi sekali lagi menjadi tuan rumah untuk sambutan Tadau Ka'amatan gabungan 8 JKKK: Kipouvo, Madsiang, Babagon, Tampasak, Notoruss, Kibunut, Moyog dan Togudon. Sambutan ini akan diadakan pada 08hb Mei 2010 pada jam 12 tengahari di Pentas Terbuka Kg. Tampasak, Penampang. Perayaan ini dijangka akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Bernard Giluk Dompok. Antara acara yang akan diadakan ialah Unduk Ngadau, mini fun fair, tiket bertuah dan pertandingan masakan tradisi serta minuman tradisi. Pelbagai acara juga akan diadakan di gerai-gerai jualan.

Persoalannya, mampukah Kg. Tampasak sekali lagi menjadi yang terbaik setelah masing memegang rekod penganjur terbaik sejak tahun 2005? Berdasarkan sambutan semasa Pertandingan Sugandoi, rata-rata pengunjung berpuas hati namun keadaan tandas dan cuaca menjejaskan hari pertandingan. Diharap agar pihak tuan rumah, JKKK Tampasak akan mendapat bantuan dan sokongan daripada JKKK lain.

SIMPLY THE BEST!!

Akhirnya, setelah 4 minggu bertungkus-lumus menjayakan Kejohanan Sukan Zon Pertanian 2010 dan Pertandingan Sugandoi, satu kesimpulan yang nyata iaitu tuan rumah, JKK Kg. Tampasak mendominasi hampir semua acara. Keputusan rasmi boleh didapati di laman blog belia Tampasak, TAYOC.

Kejohanan Futsal Zon Pertanian yang kali pertama diadakan dijuarai oleh pasukan dari JKKK Tampasak. Pertandingan Billiard juga didiminasi oleh JKKK Tampasak yang memenangi tempat kedua dan ketiga. Pertandingan Bola Tampar juga didominasi oleh belia dari JKKK Tampasak yang muncul juara dan pemenang tempat ketiga. Johan dan Naib Johan Pertandingan Carrom juga dimenangi oleh JKKK Tampasak.

Dalam Kejohanan Sukan Tradisi, JKKK Tampasak muncul juara (monopuk, melastik, menjala, mipulos lelaki dan perempuan) dan naib juara (menjala). Sekaligus dinobatkan Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Tradisi Zon Pertanian 2010.

Pencapaian sukan oleh wakil tuan rumah diteruskan dalam Pertandingan Sugandoi apabila gelaran juara dan tempat ketiga kategori terbuka dimenangi oleh JKKK Tampasak. Dalam kategori veteran pula, JKKK Tampasak muncul naib juara dan tempat ketiga. Pasukan 'magagagung' JKKK Tampasak juga memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Memalu Gong 2010.

Secara keseluruhan, pencapaian wakil tuan rumah, JKKK Tampasak banyak disumbangkan oleh kumpulan belia yang bekerjasama dengan golongan veteran. Tahniah kepada semua skuad JKKK Tampasak 2010 yang menyertai acara-acara sempena Perayaan Pesta Ka'amatan Zon Pertanian 2010.

LEMBUT + DISKRIMINASI

Dalam kehidupan sya skang ne, sya dikelilingi oleh member-member yang aktif dalam aktiviti di gereja dan kerohanian. Bukan bilang kami ne alim atau kudus tapi besanya kami ja youths yang bertungkus-lumus menjayakan suatu aktiviti atau event di Chapel Sts. Peter & Paul, Babagon. Rata-rata rakan-rakan ne berkelakuan lembut tapi itu cuma luaran. Salahkah kalau seseorang lelaki itu bersifat lembut?adakah lelaki itu yang garang dan ganas ja? recently, futsal tournament di Kg. Tampasak, team KBP - Pogol United dianggap team 'pondan' oleh beberapa orang yang bodoh dan tidak waras. Namun, disebalik label 'pondan' ini, Pogol berjaya memalukan Rumangi FC dan hampir-hampir memalukan pasukan elit seperti Tampasak FC dan Kipouvo FC, malah pasukan yang bermain di semi-final, Babagon East juga hanya seri dengan team ini. Tidakkah orang-orang yang bodoh ini terfikir bahawa sifat lembut ini hanya dari luaran dan mereka tetap lelaki sejati dari dalam.

Satu lagi yang sungguh menyakitkan hati ialah label 'gay' oleh beberapa manusia yang tidak berakal fikiran ne. Memandangkan hubungan kekeluargaan dalam big family of Upper Moyog's youths cukup akrab seperti adik-beradik, adakah label bodoh ini patut? Kasihannya orang yang berfikiran sempit ne. Asyik mengata orang ja, tapi tidak tengok diri sendiri camne. Tindakan paling bodoh ialah mendiskriminasi mereka yang bersifat lembut. Dimanakah nilai menghormati hak peribadi seseorang itu. Salah sorang kawan rapat sya juga sering mengutuk kumpulan KBP ne, sampai satu tahap, sya sendiri akan saman malu orang ne, tidak paduli la dia ne kawan, hormatilah orang len lu mo kana hormat. Think bout it,..

BUANG BAYI + SEX EDUCATION

Sya rasa di awal pembabitan sya dalam dunia blogging, 10 bulan lepas, pena sya utarakan topik pembuangan bayi. Skang ne, tiap hari topik ne menjadi 'kegemaran' di dada-dada akhbar tempatan. Kenapa? Adakah masalah sesuatu institusi keluarga atau kurang pendidikan agama? Itu alasan lapuk, zaman ne, orang datang dari keluarga yang kuat agama atau kelurga harmoni pun boleh melakukan perbuatan terkutuk ini.

Government via education ministry asyik cakap sex education di sekolah. The reason was for exposure dan mo bagi sikit info pasal sex. But, now what happen? bukan decreasing but increasing day by day. Baru-baru ne Daily Express (27/04/2010) memaparkan kisah seorang gadis, 14 tahun di Rawang dirogol oleh 7 orang rakan sekolahnya sejak 2,3 minggu di kantin, kelas dan padang. Then, gadis ne disahkan 1 month pregnant. So, who should be blame for it? di ruang YouTube pula, video sex pelajar di tangga skul, classroom, bilik kosong dan MTV dengan uniform skul makin meningkat bilangannya. Palik sial dan jijik, guru dan pelajar lelaki sedang berhubungan sex. Sungguh memalukan. Few months ago, sya duduk lepak dengan budak-budak skul yang 'jajal' di kedai makan Babagon. Dorang kasi ceritalah kisah kawan dorang yang membuat maksiat di tangga Donggongon square, Buhavan square dan kawasan tangki air di atas Kompleks Sukan Penampang.

Secara peribadi, sya ngan kawan-kawan sekerja dulu pun pernah lepak di MTV Bandar Donggongon untuk tujuan saja-saja mo tengok muvie lama. Disana, kelihatan beberapa remaja dengan seluar skul sedang bercengkarama di hujung koridor. Bagi sya, premis-premis camne should be monitored by pihak berkuasa tempatan. Camna budak skul ble masuk premis ne?MTV and gaming zone merupakan hot-spot bagi couple-couple yang tidak sabar mo jadi mama-bapa ne. Cukuplah kita menuding jari untuk sekadar bertanya siapa yang harus dipersalahkan. Semakin hari, kelahiran anak luar nikah semakin menjadi-jadi. Malah kes pembuangan bayi semakin meningkat. Sabah menghuni tempat ke-3 dalam statistik pembuangan bayi.

SOMETHING AND SOMEONE SHOULD ACT BEFORE IT'S TOO LATE TO PREVENT THIS SHAMEFUL THINGS!! DO NOT LET IT BEING HABITS!!WILL YA?

SURAT 2 ZAMAN...

Bila cakap pasal surat ne, yang korang ingat pasal surat offer keja and skul or official documents ja kan? Korang pena tulis surat cinta ka? Mungkin ado yang pena dan ado yang tidak tau pa benda tu. Kalu pena mesti korang sinyum-sinyum kambing bila ingat balik surat sinta korang dulu. Yelah, dulu before gelombang IT melanda, manada e-mel atau henpon, kalu ado pun yang buli guna kasi jatuh buah bambangan atau pombigod tasu kad tulun..haha,..tapi, skang ne suma di hujung jari ja bei. Inilah yang kena panggil teknologi, benda yang wat manusia jadi canggih tapi semakin malas.

Kalu dulu-dulu, surat salah satu cara paling laku mo communicate ngan orang tempat len. Paling best dulu banyak posmen yang antar surat, skang jarang uda. Ambillah surat cinta sebagai contoh, bila tulis ja mo 2,3 paper macam tulis cerpen. Bila kumpul hujung bulan ble jadi novel uda. Tidak cukup, siap kena sembur parfume lagi. Tapi, paling best time mo tunggu kena reply, bukan 2,3 hari tapi 1,2 minggu..pa lagi tambah excited la mo tunggu kana reply.

Satu lagi yang best, orang dulu kaya pantu di ujung surat. Antaranya ; ' Pecah kaca Pecah gelas, Sudah baca Harap Balas', ' Pen merah, Pen biru, U Marah, I Luv U', atau 'Buah tarap Buah Timadang, Sya harap Jangan Meradang'...hahaha,..macam-macam lagilah ayat keramat ne, pastu kalu gambar pula konfom kana tulis di blakang tu ngan pesan, date, place and siap kana sign lagi owh...Ndak picaya?korang check la gambar korang dulu. Itupun kalu ado...

Sikarang, ndak paya tulis panjang macam cerpen, shortform ja ckup. Kunun-kunun mo standard la itu SMS, pastu siap letak gambar via MMS. Skijap ja mo tunggu reply. 2,3 minit dapat tau muka si urang uda. Klu tunggu 30 minit mo antar picture, macam mo kiamat dunia dorang rasa. Lebih-lebih lagilah kalu ndak dingar suara, konfom ndak complete kunun hari tu. Tapi, IT ne menghasilkan banyak cinta express.

Tapi, sebenarnya kalu fikir-fikir, best juga tulis surat ne. Buli baca balik-balik, tidak macam SMS, after baca trus delete. Lu gambar cewek yang cun atau urang bilang chicks, tatap kana save. Sebab tula cinta skang ne macam diapers, pakai buang ja macam habis madu sepah dibuang. Tapi, it's up to you bei mo guna cara yang mana. Kadang-kadang nostalgia lama syok juga mo dipraktikkan..hehehe,..