Pada hari khamis (27/05/2010) yang baru berlalu, saya dan kumpulan KBP Zon 1 Babagon yang terdiri daripada Brenda Ho, Elsie Setanis, Donna Peter, Nestor Gupok, Widy Makin, Melly Lingkuman, Dibah, Wilber John, Roysten Rupert, Rofrino Engkim, Mitchell Faye, Oldrich Lesley, Davey Dennis, Baxter Collin, Melldry Mikin, Roriano Engkim, Mechelvia Juil, dan 2 orang rakan KBP dari Kg. Kipouvo telah menyertai perjumpaan Komuniti Kristian Dasar (KKD) di Dewan Sts. Peter & Paul, Babagon yang dikendalikan oleh Rev. Fr. Jalius Sading, Kat. John Ansim dan Sr. Dariah. Seramai 70 orang telah menyertai perjumpaan ini. Dalam perjumpaan ini, sesi Komuniti Kitab Suci 7 langkah. Apa itu KKS 7 langkah?
KKS 7 Langkah :
1. Doa Pembukaan
2. Bacaan Kitab Injil
3. Peserta memilih ayat dari bacaan injil yang menyentuh perasaan
4. Peserta meghuraikan maksud ayat yang dipilih dengan situasi hidup
5. Peserta menyatakan masalah yang dihadapi oleh golongan belia
6. Sesi perbincangan penyelesaian masalah
7. Doa penutup
Dalam sesi ini, Sr. Dariah telah mengendalikan sesi bersama dengan kumpulan belia. Nestor Gupok memimpin doa pembukaan manakala doa penutup dipimpin oleh Donna Peter. Bacaan kitab injil diambil daripada Markus 10:46-52. Rata-rata belia memilih ayat 'Kasihanilah aku', 'Pergilah, engkau smbuh kerana percaya kepada-Ku', 'buta' dan 'Apakah yang harus Ku lakukan'. Daripada sharing rakan-rakan mengenai ayat-ayat dari Kitab Injil ini, saya tertarik dengan huraian Nestor Gupok mengenai 'buta' iaitu kita sebagai umat Katolik harus mencelikkan mata kita dengan hal-hal surgawi dan bukan hanya dengan duniawi. Kita selama ini arif dengan duniawi tapi buta dengan pengetahuan tentang surgawi. Dalam sesi permasalahan belia, kekurangan aktiviti KBP dan sikap belia yang tidak memahami maksud pelayanan dengan datang ke aktiviti hanya untuk mencari kawan dan hiburan. Ko-ordinator KBP Zon 1 Babagon, Melly Lingkuman telah menafikan mengenai kekurangan aktiviti KBP dengan menegaskan bahawa aktiviti KBP masih berterusan menerusi koir Pray Meeting dan membantu koir setiap hari Ahad. Ulasan dan huraian Timbalan Ko-ordinator KBP Zon 1 Babagon, Baxter Collin telah membuka minda semua belia yang hadir. Kenyataan Baxter ini disokong oleh Mitchell Faye yang juga berpendapat bahawa sesetengah belia menyertai aktiviti KBP hanya untuk mencari pasangan hidup dimana ia amat bertentangan dengan etika KBP. Namun, perbincangan mengenai penyelesaian masalah ini tidak dapat dilakukan kerana kesuntukan masa. Kesimpulannya, perjumpaan KKD ini telah membuka ruang kepada golongan belia untuk mendalami erti sebenar KKD. Pada awalnya, belia dijemput hanya untuk mengiringi perjumpaan KKD dengan lagu-lagu pujian namun Rev. Fr. Jalius mahu penglibatan belia dalam sesi KKS. Perjumpaan ini diakhiri dengan doa oleh Kat. John Ansim dan jamuan ringkas turut diadakan.
No comments:
Post a Comment