Monday, May 10, 2010

TAHNIAH CHELSEA!! SYABAS UNITED!!


Chelsea dimahkotakan juara baru liga BPL musim 2009/2010 selepas membelasah Wigan Athletic 8-0 di Stamford Bridge hasil jaringan hatrik Didier Drogba, Frank Lampard, Salomon Kalou, Nicholas Anelka, Ashley Cole, dan Branislav Ivanovic. Kemenangan ini sekaligus meletakkan mereka 1 mata dihadapan juara bertahan Manchester United yang menewaskan Stoke City dengan jaringan 4-0 di Old Trafford. Gol-gol Manchester United dijaringkan oleh Ryan Giggs, Darren Fletcher, Park Ji-Sung dan gol sendiri Danny Higginbotham. Kemenangan tersebut tidak memadai bagi MU mempertahankan kejuaraan mereka. Namun, syabas kepada semangat bersaing Chelsea dan MU musim ini. Tahniah juga kepada Tottenham Hotspur yang akan menyertai Liga Juara-juara Eropah musim 2010/2011.

No comments:

Post a Comment