5 tahun lepas, Kg. Tampasak menjadi tumpuan warga Ulu Moyog sempena sambutan perayaan ka'amatan Zon 1. Kali ini buat kali pertamanya dengan nama Zon Pertanian, Kg. Tampasak diundi sekali lagi menjadi tuan rumah untuk sambutan Tadau Ka'amatan gabungan 8 JKKK: Kipouvo, Madsiang, Babagon, Tampasak, Notoruss, Kibunut, Moyog dan Togudon. Sambutan ini akan diadakan pada 08hb Mei 2010 pada jam 12 tengahari di Pentas Terbuka Kg. Tampasak, Penampang. Perayaan ini dijangka akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Bernard Giluk Dompok. Antara acara yang akan diadakan ialah Unduk Ngadau, mini fun fair, tiket bertuah dan pertandingan masakan tradisi serta minuman tradisi. Pelbagai acara juga akan diadakan di gerai-gerai jualan.
Persoalannya, mampukah Kg. Tampasak sekali lagi menjadi yang terbaik setelah masing memegang rekod penganjur terbaik sejak tahun 2005? Berdasarkan sambutan semasa Pertandingan Sugandoi, rata-rata pengunjung berpuas hati namun keadaan tandas dan cuaca menjejaskan hari pertandingan. Diharap agar pihak tuan rumah, JKKK Tampasak akan mendapat bantuan dan sokongan daripada JKKK lain.
No comments:
Post a Comment