Monday, May 3, 2010

SIMPLY THE BEST!!

Akhirnya, setelah 4 minggu bertungkus-lumus menjayakan Kejohanan Sukan Zon Pertanian 2010 dan Pertandingan Sugandoi, satu kesimpulan yang nyata iaitu tuan rumah, JKK Kg. Tampasak mendominasi hampir semua acara. Keputusan rasmi boleh didapati di laman blog belia Tampasak, TAYOC.

Kejohanan Futsal Zon Pertanian yang kali pertama diadakan dijuarai oleh pasukan dari JKKK Tampasak. Pertandingan Billiard juga didiminasi oleh JKKK Tampasak yang memenangi tempat kedua dan ketiga. Pertandingan Bola Tampar juga didominasi oleh belia dari JKKK Tampasak yang muncul juara dan pemenang tempat ketiga. Johan dan Naib Johan Pertandingan Carrom juga dimenangi oleh JKKK Tampasak.

Dalam Kejohanan Sukan Tradisi, JKKK Tampasak muncul juara (monopuk, melastik, menjala, mipulos lelaki dan perempuan) dan naib juara (menjala). Sekaligus dinobatkan Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Tradisi Zon Pertanian 2010.

Pencapaian sukan oleh wakil tuan rumah diteruskan dalam Pertandingan Sugandoi apabila gelaran juara dan tempat ketiga kategori terbuka dimenangi oleh JKKK Tampasak. Dalam kategori veteran pula, JKKK Tampasak muncul naib juara dan tempat ketiga. Pasukan 'magagagung' JKKK Tampasak juga memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Memalu Gong 2010.

Secara keseluruhan, pencapaian wakil tuan rumah, JKKK Tampasak banyak disumbangkan oleh kumpulan belia yang bekerjasama dengan golongan veteran. Tahniah kepada semua skuad JKKK Tampasak 2010 yang menyertai acara-acara sempena Perayaan Pesta Ka'amatan Zon Pertanian 2010.

No comments:

Post a Comment