Dalam kehidupan sya skang ne, sya dikelilingi oleh member-member yang aktif dalam aktiviti di gereja dan kerohanian. Bukan bilang kami ne alim atau kudus tapi besanya kami ja youths yang bertungkus-lumus menjayakan suatu aktiviti atau event di Chapel Sts. Peter & Paul, Babagon. Rata-rata rakan-rakan ne berkelakuan lembut tapi itu cuma luaran. Salahkah kalau seseorang lelaki itu bersifat lembut?adakah lelaki itu yang garang dan ganas ja? recently, futsal tournament di Kg. Tampasak, team KBP - Pogol United dianggap team 'pondan' oleh beberapa orang yang bodoh dan tidak waras. Namun, disebalik label 'pondan' ini, Pogol berjaya memalukan Rumangi FC dan hampir-hampir memalukan pasukan elit seperti Tampasak FC dan Kipouvo FC, malah pasukan yang bermain di semi-final, Babagon East juga hanya seri dengan team ini. Tidakkah orang-orang yang bodoh ini terfikir bahawa sifat lembut ini hanya dari luaran dan mereka tetap lelaki sejati dari dalam.
Satu lagi yang sungguh menyakitkan hati ialah label 'gay' oleh beberapa manusia yang tidak berakal fikiran ne. Memandangkan hubungan kekeluargaan dalam big family of Upper Moyog's youths cukup akrab seperti adik-beradik, adakah label bodoh ini patut? Kasihannya orang yang berfikiran sempit ne. Asyik mengata orang ja, tapi tidak tengok diri sendiri camne. Tindakan paling bodoh ialah mendiskriminasi mereka yang bersifat lembut. Dimanakah nilai menghormati hak peribadi seseorang itu. Salah sorang kawan rapat sya juga sering mengutuk kumpulan KBP ne, sampai satu tahap, sya sendiri akan saman malu orang ne, tidak paduli la dia ne kawan, hormatilah orang len lu mo kana hormat. Think bout it,..
No comments:
Post a Comment