Tadau kokotuan atau tadau ka'amatan, kedua-duanya merujuk kepada simbolik memperingati semangat padi, Bambarayon. Kalu dulu, orang kita KDM datang ke perayaan ne dengan penuh adat dan tradisi. Sekarang, generasi muda datang ke perayaan ini cuz mo cari entertainment ja. Ala, sinang cakap mo cari singgarung bei. Mana dorang tau atau mo menghayati erti perayaan ne. Selain mo cari singgarung, komulakan skang mo cari instant-sumandak, sendri korang mo paham.
Bila cakap pasal bulan 5, korang akan ingat siopon, tapai, lihing, montoku, hinava, bosou, tuhau, linopot, sup lihing, sundait, tiket bertuah dan sugandoi serta unduk ngadau. Berbalik kepada diri kita sendiri, adakah kita pernah menghayati erti sebenar tadau ka'amatan? secara jujur, sya menghayatinya kerna ibu sya membesarkan sya dan adik-adik sya dengan cerita-cerita klasik atau turun temurun sebagai bedtime's story sewaktu kami kecil dan sya juga terlibat dalam pementasan Huminodun semasa sambutan Tadau Ka'amatan Zon 1 Tampasak 2005. Bagaimana dengan anda? Tampar muka sendiri agar terjaga dari mimpi dan tanya kalu kita betul-betul tau apa itu Unduk Ngadau, Bambarayon, Huminodun atau Nunuk Ragang....
No comments:
Post a Comment