Monday, May 3, 2010
PONDOK USANG....
Sebuah pondok usang yang kini dijadikan tempat menunggu bas oleh murid-murid SK Babagon kini boleh mengancam keselamatan murid-murid yang datang berteduh. Keadaan lantai papan yang rapuh dan zink berlubang serta dinding yang kotor ini mengundang bahaya namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan. Pondok ini pada awalnya dibina untuk tujuan pejabat Ikatan Sukarelawan (RELA) pada awal tahun 1999. Kini, pondok yang semakin usang ini terbiar begitu sahaja dan menjadi tempat maksiat pada waktu malam. Persoalannya, siapakah yang perlu bertindak untuk menangani masalah ini? pihak RELA atau JKKK Tampasak atau JKKK Babagon?Jangan disebabkan sikap acuh tak acuh, ada murid atau orang lain menjadi mangsa di pondok ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment