Harapan Manchester United mungkin sudah berakhir dengan kebodohan kapten Liverpool, Steven Gerard yang memberi hadiah besar kepada Chelsea di Anfield. Namun begitu, sikap berjuang skuad senior MU juga dicontohi oleh skuad muda MU apabila mereka menewaskan pasukan muda Aston Villa 3-2 dalam penentuan penalti setelah perlawanan play-off penentuan juara Liga Simpanan berakhir dengan keputusan seri, 3-3.
Kemenangan ini sekaligus mengubat rasa kecewa apabila skuad senior seakan gagal mempertahankan kejuaraan liga kali ke-4 berturut-turut. Terdahulu Liverpool dengan mudah ditewaskan di Anfield oleh jaringan Drogba dan Lampard sekaligus menambah garam di luka sendiri hanya kerana tidak mahu sejarah kejuaraan MU mengatasi mereka.
No comments:
Post a Comment