Saturday, May 8, 2010

YOKU BO TI!!

Hari ne Ka'amatan Zon Pertanian 2010 kali ke-10 berlangsung di Kg. Tampasak. 5 tahun lepas, Tampasak menjadi tuan rumah kali pertama untuk edisi ke-5 pada tahun 2005. Pada masa itu, penganjuran Kg. Tampasak merupakan yang terbaik dan menjadi benchmark kepada setiap penganjur hingga sekarang. Persoalannya, adakah Tampasak akan mengulangi reputasi itu? Dengan konflik dalaman diantara para AJK Induk, perjalanan persiapan kali ini kurang lancar. Rata-rata kerja persiapan disempurnakan oleh belia Kg. Tampasak tanpa menunggu arahan induk kerana sikap acuh tak acuh orang yang berkenaan. Sikap ego beberapa orang induk juga memperlihatkan tiadanya kerjasama mereka. Saya ada melihat pelan asal kedudukan pondok-pondok dan pentas utama semasa ia masih dalam perancangan. Namun, semasa ketua AJK Pondok ini melakukan tugasnya, Pengerusi JKKK pula mahu keadaan sebaliknya. Bagi saya, jika seseorang ketua AJK itu telah melaksanakan tugas yang telah diberi maka ianya perlu dipatuhi jika ia bersesuaian. Dalam kes ini, saya melihat pelan berkenaan cukup baik hingga campurtangan orang lain menyebabkab kerja AJK tersebut seakan-akan tidak dipedulikan. Begitu juga dengan beberapa perkara, masing-masing tunjuk pintar, tiada mo jadi pengalah. Dengan berkata 'saya sudah bagi-bagi tugas tu, tinggal mo buat lagi', at last parit dan rumput panjang tidak dibersihkan. Walauapapun, saya berdoa agar perjalanan sambutan Tadau Ka'amatan yang akan bermula 30 minit lagi dari sekarang berjalan lancar dan dengan baik.

No comments:

Post a Comment