Wednesday, September 30, 2009

TERIMA KASIH KEPADA PACOS Trust…

6 tahun lepas,sya bru je mula berkenalan dengan PACOS Trust iaitu tahun 2004. Itu pun sebab housing yang sya diami merupakan resettlement yang diberi oleh government sebagai pampasan pembinaan empangan Babagon. Banyak kes-kes mengenai Hak Tanah Adat dan pampasan yang timbul menyebabkan campurtangan PACOS Trust yang memperjuangkan hak orang asal. Banyak program PACOS yang menambah kemahiran dan pengetahuan sya. Antara program yang sya ikut sejak 2004 sampai skang ne ialah:


  1. Latihan Asas Komputer Fasa 1, Kg. Babagon

  2. Latihan Asas Komputer Fasa 2, Kg. Babagon

  3. Pemetaan GPS, Kg. Tampasak

  4. Bengkel Kepimpinan, Kg. Togudon

  5. Bengkel Tanah Adat, Kg. Moyog

  6. Bengkel Muzik Tradisi, Kg. Madsiang

  7. Bengkel Modsupu, Kg. Babagon

  8. Latihan Asas Akaun Fasa 1, Kg. Tampasak

  9. Latihan Memproses Makanan, Lomunu Training Centre

  10. Latihan Tanaman, Baja dan Racun Organik, Lomunu Training Centre

  11. Kempen Anti-Acacia, Lomunu Training Centre

  12. Tactic Strategy Meeting

  13. Belia Masuk Kampung, volunteer to Kg. Buayan

  14. Retreat Kepimpinan, Kg. Purun,Kuala Penyu

  15. Pertemuan Budaya Ke-16, Ulu Tomani, Tenom

  16. Tamu Sosio-Ekonomi, Donggongon

  17. 3D Mapping, Kg. Togudon

  18. Perayaan Hari Orang Asal, KDCA

  19. Media Training, Donggongon Square


Itu antara program yang sya masi ingat.Yang best ikut program PACOS ne ialah semua free, banyak makan dan paling best dapat ramai kawan baru dan dapat mempelajari budaya komuniti di tempat lain. Tapi perkembangan mentality dan idea itu yang penting dan sya dapat rasa itu suma bila join ne program. PACOS juga terlibat dalam komuniti kami sebagai penyalur dana dalam Kebun Organik Komuniti (Tinimungan Mororobuat Tampasak), Tagal Tampasak (JK Tagal Tampasak) dan Taman Herba Nointus (Tampasak Youth Club)…Thank You, Terima Kasih, Paningkuanangan, Kounsikou om Kotohuadan kumaa PACOS…GOD BLESS US..


MANCHESTER DERBY…(20/09/09)

Setelah puas kita dengar confrontation antara kelab unggul England, Manchester United dan jiran mereka yang ego dan bodoh sombong, Manchester City dapat juga kita tingu dorang against each other di stadium keramat MU, Old Trafford..Man City turun dengan stars dorang:- Bellamy, Barry, Toure, Lescot, Richards, Given, Ireland, Wright-Philip dan budak pengkhianat Tevez. Manakala Man Utd menurunkan hanya sebilangan stars dorang:- Giggsy, Ferdinand, Rooney, Vidic, Neville dan Evra sedangkan yang lain hanya second-choice regular line-up seperti Fletcher, Anderson dan Foster. Big Spending VS Big Name, akhirnya Owen menjadi pemusnah Man City apabila menjaringkan gol kemenangan Man Utd pada minit terakhir bagi menjadikan keputusan muktamad 4-3 berpihak kepada MU…Glory!Glory!Man Utd!....We’re looking for the quadruple this season…Liverpool buli kasi tolak tepi dulu…tunggu 20 tahun bru buli lawan Man Utd yang unggul!!!..ha!ha!

MINGGU YANG PADAT…

Minggu lepas (19-27/09/09) merupakan minggu yang cukup padat dangan drama dan aksi dikalangan belia Zon 1…dimulakan dengan persediaan kontijen perbarisan. Cuaca cukup tidak mengizinkan sejak 2,3 minggu ini. Hal ini menyebabkan latihan perbarisan terjejas dan dengan masa yang suntuk, persiapan disaat akhir juga terpaksa dilakukan. Tapi dengan semangat yang tinggi dan kerjasama dikalangan belia maka segala persiapan berjalan lancar.

Pada 21-22 hb September, semua belia berkumpul di Stadium Penampang untuk menghadiri Temasya Sukan Paroki Ke-5. Selama 2 hari di sana, keletihan, kelesuan, dan kepenatan belia tidak kelihatan malah semangat kesukanan yang tinggi cukup mempamerkan keutuhan belia zon 1 yang terdiri daripada 9 buah kampung. Terima kasih kepada KBP’s On-going program, Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar yang berjaya menyatukan belia zon 1. Dikecewakan dengan beberapa kontroversi, namun semangat juang kontijen sukar dibayar biarpun dengan wang ringgit.

Berakhirnya sukan, aktiviti belia diteruskan dengan novena selama 3 hari bagi kempen kesedaran di Kg. Notoruss. Ia bermula di rumah Bibiran, kemudian di rumah Guntoto dan diakhiri di rumah Viatambalut. Novena ini bertujuan untuk membolehkan kempen kesedaran berjalan lancar dan sempurna.

Pada hari jumaat, satu majlis kesyukuran diadakan di rumah Pn. Julie Dumpil dan En. Paul Masabal bagi meraikan para atlit dan kontijen Zon 1 diatas semangat kesukanan mereka. Parti mini bermula seawal jam 4 petang dan berakhir pada jam 12 malam. Disebelah malam, semua belia menghadiri prayer meeting di gereja Sts. Peter dan Paul.

Pada keesokan harinya, beberapa belia zon 1 telah menerima Sacrament of Confirmation di gereja St. Michael, Penampang. Beberapa belia lagi menjadi Godparent kepada rakan-rakan belia yang lain. Ini bermakna hidup mereka sebagai umat Katolik semakin kuat dan utuh. Tahniah kepada rakan-rakan yang menerima sakramen ini.

Pada hari ahad, belia menghadiri misa pertama Fr. Rayner di Babagon. Kemudian menyertai pula fellowship di dewan Sts. Peter and Paul sebelum mereka semua bergegas ke Kg. Notoruss bagi menjayakan Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar kali ke-6. Setelah setengah hari di Kg. Notoruss, belia berkumpul beriadah dengan bermain bola tampar di tepi Sg. Moyog. Kemudian bergegas lagi ke Kg. Madsiang untuk menghadiri pray-over orang sakit.

Begitulah komitmen belia Zon 1 Babagon dalam pelayanan mereka sebagai belia. Padat, memenatkan dan meletihkan tapi ianya ditanggung bersama dan semua alasan tadi tidak terasa…


Re-Cap Outing Krew Pogol di Tagal Kg. Tampasak

Ne program kami wat pada bulan Julai lepas..just mo recapture dan refresh memori bei..(habis modal cerita ba ne)…Selepas penat dengan pelancaran Program Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar di Kg. Madsiang, sya n Ading membawa tambalut-tambalut dari team KBP Induk iaitu Bibir & Titon (Notoruss), Togoron & Perawan Gundul (Babagon) dan bekas kawan sekampung dulu, Yoyou (Timpoluon). Selain tu, ada sorang lagi kawan sekampung saya ikut serta iaitu Kalung,tuan punya bot. Kami mula berjalan dari main-gate pada jam 11 pagi dan mendaki melalui spillway empangan Babagon. Dipertengahan pendakian tersebut, kami membawa dorang melihat hasil graffiti asas Str3t Mundky Familia yang pertama pada sebuah batu yang besar yang digelar Batu Halangan Liud Maut, batu ne kira legend le konon, beratus-ratus kali banjir kuat, deras, ..pun tidak juga hanyut apatah lagi berganjak seinci dari tempat tu. Kira stil standing la konon...

.Actually, kawasan empangan ini merupakan zon larangan tetapi sudah menjadi kebiasaan warga kampung kami yang selalu mudik kehulu-hilir setiap hari di empangan ini. Perjalanan memakan masa lebih kurang 20 minit menaiki bot untuk tiba di Tagal Kg. Tampasak. Setibanya di lokasi, dorang cukup teruja dengan tempat tersebut. Ketenangan dan udara yang nyaman cukup untuk kami semua melupakan penat lelah kami setelah bertungkus-lumus menjayakan beberapa program kami sebelum ini. Sya juga berpeluang membawa mereka melawat tempat bersejarah iaitu sebuah lubang legenda yang ada berkaitan dengan cerita legenda kampung Tampasak iaitu nobunsut (tanah masuk ke bawah dan ditutup). Kami meninggalkan tempat tersebut untuk pulang pada jam 5.30 petang selepas bermain ‘hujan’. Sebaik sahaja kami masuk kedalam bot, hujan lebat dengan angin bertiup kencang menyebabkan bot kami ditolak ke tepi. Masalah timbul apabila enjin bot gagal berfungsi menyebabkan semua kawan-kawan saya turun berenang menarik dan menolak bot kecuali saya dan Bibir, VVIP gea. Kami singgah sebentar di sulap si Ading menanti hujan teduh. Kami cuba meneruskan perjalanan namun enjin bot kami gagal berfungsi dengan lokasi pendaratan bot masih jauh dari pandangan mata. Memandangkan hujan semakin lebat dan makin gelap, sya terpaksa le kol kawan untuk bantuan. Setengah jam kemudian, Ken dan Oyow, kawan sekampung sya datang membantu. Dalam keadaan hujan lebat dan basah kuyup kesejukan, kami selamat sampai di benteng. Sya difahamkan beberapa kawan sya jatuh sakit pada keesokan harinya. Namun, apa yang sya dapati dalam trip ini ialah tidak kira kami dalam kesusahan atau senang, kami sentiasa ceria menyebabkan segala kesusahan tidak dirasai dan yang pasti beberapa kawan sya mendapat pengalaman baru bersama kami untuk outing kami yang pertama…aatuuukkooii…(more story at yoyou’s blog)


TAHNIAH KEPADA KOMITMEN ANDA…

Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar 2009 yang merupakan kolaborasi diantara KBP Zon 1 Babagon dan Zon 13 Moyog yang telah dilancarkan oleh Rev. Fr. Alex Sipanul pada 18hb Julai 2009 kini telah memasuki kempen ke-6 yang telah berlangsung pada 26hb September 2009 di Kg. Notoruss. Jika dilihat pada statistic kehadiran, hanya beberapa kampung yang mempunyai jumlah peserta yang konsisten.

Berdasarkan kepada statistik kehadiran, 5 buah kampung yang mempunyai kehadiran yang konsisten ialah :

1.Babagon
2.Madsiang
3.Timpoluon
4.Notoruss
5.Moyog

Manakala jumlah peserta yang paling ramai ialah :

1.Kempen ke-3 di Kipouvo (09/08/09) – 160 orang
2.Pelancaran Kempen di Madsiang (18/07/09) – 143 orang
3.Kempen ke-2 di Timpoluon (02/08/09) – 128 orang
4.Kempen ke-6 di Notoruss (27/09/09) – 126 orang
5.Kempen ke-4 di Rugading (06/09/09) – 113 orang
6.Kempen ke-5 di Kibunut (13/09/09) – 98 orang

KEMPEN KESEDARAN DAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR 2009 DI KG. NOTORUSS, PENAMPANG…(27/09/09)

NOUNGGON : Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar 2009 telah diadakan buat kali ke-6. Seramai 126 orang belia telah menjayakan program kolaborasi diantara KBP Zon 1 Babagon dan KBP Zon 13 Moyog. Program kali ini diadakan di balairaya Kg. Notoruss, Penampang.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah membersihkan kawasan kampung Notoruss dan menanam pokok kayu asli, acob-acob dan pokok pinang di beberapa tempat dalam kawasan kampung tersebut. Dengan kerjasama dan sikap toleransi belia-belia Ulu Moyog ini, kempen kali ke-6 ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan gangguan.

Dalam kempen kali ini, buat kali pertama sejak ia dilancarkan pada bulan Julai lepas, orang kuat KBP Zon 1 Babagon yang juga merupakan tunjang dalam menyediakan, mempersembahkan dan menjelaskan kertas kerja kempen ini iaitu Mac Gyvaer Pimid atau Gibo dapat bersama-sama menjayakan program ini biarpun beliau hanya dapat bersama seketika dengan rakan-rakan belia kerana selepas itu beliau bergegas pulang. Beliau yang pulang bercuti menikmati setiap saat yang terluang selama seminggu dengan rakan-rakan belia sebelum berlepas balik ke Selangor bagi memulakan sesi persekolahan. Diharap masa seminggu itu dapat mengubat rindu beliau kepada rakan-rakan di Sabah walaupun ternyata masa tersebut tidak mencukupi.

Kempen kali ini juga menyaksikan hasil perbincangan kumpulan bersama Sister Rita berkisar kepada masalah sosial di kalangan belia. Ternyata semua belia yang hadir turut mengambil berat masalah sosial dikalangan belia yang semakin meruncing. Ini jelas dinyatakan dalam pembentangan hasil perbincangan. Sister Rita juga berkongsi pengalamannya kepada semua yang hadir mengenai cabaran-cabaran yang beliau hadapi sebagai seorang belia sebelum menjadi seorang religious. Turut membuat perkongsian pengalaman ialah Mac Gyvaer Pimid dan rakan belia dari Zon 4 Minintod, Shirley.

Kempen ke-6 ini diakhiri dengan sembayang khas bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM pada bulan Oktober dan November ini. Kempen ini akan berehat selama beberapa minggu bagi memberi peluang kepada belia-belia berehat dan memberi laluan kepada rakan-rakan yang menduduki peperiksaan penting ini. Semoga Tuhan memberkati kita semua dan berjumpa di kempen seterusnya.

MY LIFE AS A GODPARENT…

da' Godparents;- GiLLer, Togoron, Kilur, Nunald, Guntoto
with Fr. Rayner after the ceremony....
Firstly, I would like to wish congratulation to all new confirmands those receive their Sacrement of Confirmation on 26th September 2009 at St. Michael Church, Penampang. The special mass were conducted by archbishop Datuk John Lee and fathers from Penampang Parish :- Rev. Fr. Alex Sipanul, Fr. Jalius Sading and Fr. Rayner Bisius. Almost 200 new confirmands received sacrament after they had study about life as a catholic for about 2 years.

After the mass done, I got a new life as a catholic youth. I’m no longer just an ordinary catholic youth who served at church. Before the mass began, I already took highly-risky responsible in my life, that is to be a godparent. Being a godparent means a lot of thing will and should changed in my life. I took the challenge, not to mention others advices. But, I never disappointed with my decision to be a godparent because I had determined that I should changed my attitude before changed my life. How can I do that such things? To be a godparent. I should be a role-model and good example.

I think I can be a good godparent and I will not let them down. I had two boys whom sponsored by myself. Their names are Roland Chok and Melldry Mikin. They gave me first time experience being a godparent, and there are still more challenges yet to come but I’m very looking forward fot it. Being a godparent also mean I should never absence in any praying occasions especially if both of them attend it. I can’t give them negative impression because I don’t want them to follow the negative and bad example from me.

Anyway, I wish I can going through this hard and tough challenges as this is just the beginning of my simple life. I believe there’s a lot more extreme challenges lay ahead. I’m looking forward for it. I hope that my KBP’s mates can help me, and I believe they will help me because my KBP’s big-family were very supportive and we’ve been through a lot of things together. May God Bless Us. Amen.

SEPANDUK, BENDERA DAN KONTIJEN ZON 1 BABAGON

...Mellaty dan Virgin tengah menyiapkan flag...

Aritu tanggal 20hb September 2009, krew-krew KBP Zon 1 telah berkumpul bersama untuk menyiapkan bendera dan sepanduk Kontijen Zon 1 Babagon ke Sukan Dwitahunan Paroki Penampang ke-5. Pelbagai rintangan yang diharungi untuk menyiapkan bendera dan sepanduk ini. Antaranya ialah kain yang diperlukan lambat diberi kepada KBP. Kemudian, apabila kain sampai di tangan pihak KBP, saiznya sungguh besar dan tidak hairan jika seorang rakan, Aaron mengatakan ianya adalah banner. Kemudian, tatkala krew-krew KBP tengah melakar corak pada kain, hujan lebat turun dengan selambanya menyebabkan kerja-kerja sedikit terbantut.

Syukurlah kerana pihak AJK Tagal Babagon memberi kebenaran kepada KBP menggunakan bilik mesyuarat mereka di Pentas Tagal. Maka, kerja keras pun bermula. Dalam masa lebih kurang 2 jam, bendera putih yang tertera Zon 1 Babagon di bahagian atas dan di bahagian bawahnya ‘ Gumompi Kinoiyonon Posorili’ selaras dengan aktiviti belia Ulu Moyog dalam menjaga alam sekitar. Apabila siap, cantik pula bendera zon 1 ne. Sewaktu pertandingan perbarisan di Kompleks Sukan Penampang, bendera Zon 1 Babagon cukup menonjol kerana ia merupakan bendera yang paling besar dan apabila ia berkibar, secara jujurnya rasa bangga saya sebagai belia Zon 1 cukup mekar dan agam dalam sanubari ini.

Sepanduk pula jika anda berada di kompleks pada hari temasya berlangsung, pasti anda dapat melihat sepanduk Zon 1 yang cukup fames dengan ikan pelian yang hampir memenuhi sepanduk. Ramai peserta dari zon lain mengambil kesempatan untuk bergambar dengan sepanduk ini kerana bukan kebanyakkan sungai di zon lain telah dicemari dan ikan pelian sukar didapati…ha!ha!

Apapun, kontijen perbarisan Zon 1 Babagon seramai 44 orang telah menunjukkan semangat mereka dengan pakaian hitam-putih tahi cicak..he,..cantik juga bei… Difahamkan, kontijen Zon 1 Babagon hanya mampu meraih tempat ke-4 dari 13 zon bertanding. Ok le tu, biarlah kalah aksi, jangan kalah semangat…Hidup belia Zon 1!!

Yoyou, ketua kontijen Zon 1 tengah bermain kaler...

KREDEBILITI SUKAN DWITAHUNAN PAROKI PENAMPANG TERCALAR….

Sukan Dwitahunan Ke-5 Paroki Penampang telah pun berakhir pada minggu lepas. Biarpun selepas sukan yang menggabungkan 15 Zon dalam Paroki Penampang ini telah berakhir, persoalan mengenai kredebiliti penganjuran sukan ini akan terus dipersoalkan. Kontroversi beberapa keputusan mencemarkan imej para Ahli Jawatan Kuasa Penganjur. Antara kontroversi yang ‘panas’ adalah penarikan kedudukan pemenang daripada beberapa zon bertanding. Paling ketara adalah bantahan mengenai had umur dalam beberapa acara pecut bahagian lelaki kategori bawah 15 tahun. Atlit dari Zon 1 Babagon, Rommy Pauline menjadi mangsa ‘rompak’ pingat emas dalam 2 acara pecut 100m dan 200m. Nama atlit ini juga dilarang dalam kuatret 4x100m dan 4x200m, yang mana kuatret Zon 1 yang diwakili oleh Friminus Jeffrey, Mairone Benjamin, Ervin Keiren dan Rommy Paulin terpaksa membuat rombakan di saat-saat akhir berikutan kontroversi mengenai umur Rommy, pelajar tingkatan 4 dari SM. St. Michael, Penampang. Beliau belum memasuki 16 tahun dan tidak mempunyai masalah sewaktu pendaftaran acara. Namun, setelah menjuarai acara pecut 100m dan 200m, barulah masalah ditimbulkan oleh pegawai dari Zon 9 Duvanson. Persoalan disini adalah mengapakah akal fikiran pendaftar acara tidak berfungsi sebelum peringkat kelayakan bermula? Mengapa menunggu hingga saat akhir? Adakah kelemahan ilmu hisab dalam menilai umur seseorang atlit menafikan hak mutlak kemenangan atlit yang bertanding? Pihak penganjur harus telus dalam perkara ini.

Zon 9 Duvanson juga berjaya mengetepikan hak kemenangan atlit dari Zon 2 Inobong dan Zon 3 Kolopis dalam beberapa acara. Kontijen Zon 1 Babagon, Zon 2 Inobong dan Zon 3 Kolopis duduk sebaris di sayap kiri grand-stand Kompleks Sukan Penampang, maka segala berita akan tersebar dengan pantas. Ditambah pula hubungan persahabatan yang terjalin sejak PYD-1, berita-berita kontroversi ini tersebar dengan pantas. Maka, tidak hairanlah atlit atau wakil dari Zon 9 Duvanson sering diejek atau di ‘boo’ oleh kontijen yang berada di sayap kiri kompleks. Seorang atlit dari Zon 11 Kinarut ada memberitahu tentang sikap kontijen Zon 9 Duvanson dan Zon 8 Terawi yang berlumba-lumba untuk memenangi pingat yang dipertandingkan. Umum mengetahui kedua-dua zon ini hanya berjiran dan merupakan musuh tradisi. Namun, sikap ego dan pentingkan diri sendiri mereka menjahanamkan kontijen dari zon lain. Mengapa tidak diadakan sukan khas untuk kedua-dua zon ini? Dimanakah semangat kesukanan dalam diri atlit-atlit dan pegawai kontijen zon ini? Zon 9 Duvanson menggunakan taktik kotor dengan menyeneraikan pelari beragama Muslim dalam acara pecut. Adakah mereka kekurangan atlit beragama Kristian? Jika ya, tidak perlulah menghantar wakil. Bersyukur dengan apa yang mereka miliki kerana sikap mereka mencemarkan imej sukan gereja. Zon 8 Terawi pula jelas sekali menurunkan atlit-atlit dari SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang semata-mata untuk memenangi acara yang dipertandingkan. Cynthia a/k Maghing yang berasal dari Tuaran turut di’import’ bagi memperkukuhkan kontijen Zon 8 Terawi. Jelas kedua-dua zon ini tidak mempamerkan semangat bertanding dan tiada semangat kesukanan. Mereka sanggup ‘meminjam’ atlit dari luar Paroki Penampang hanya untuk bergelar juara. Maka, tidak hairan jika kontijen Zon 2 Inobong dan beberapa zon lain seringkali melaungkan yell ‘ TIDAK APALAH YANG PENTING ORIGINAL’.

Untuk edisi ke-6 yang bakal dilangsungkan pada tahun 2011, penganjur perlu meneliti semua kelemahan yang sudah terjadi. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali kerana sikap negative ini menjahanamkan orang lain dan lebih buruk lagi mencemarkan imej satu-satunya sukan gereja Paroki Penampang. Kepada kontijen yang bakal bertanding, sertailah acara mengikut kemampuan dan belajar bersyukur dengan keputusan yang diperolehi. Semoga imej sukan gereja kita yang berprestij dapat dipulihkan semula. Kita sentiasa ‘ Menaruh Pengharapan Kepada Allah Yang Hidup” (1 Tim 4:10). God Bless

Friday, September 25, 2009

Me, Pogol Crew, KBP, TaYoC and Str3t Mundky...(25/09/09/7:50pm)

Tonight will be my first time ever didn't attend the prayer meeting at Sts. Peter & Paul church after i've actively join all the church's activities. Since i left all my 'old-life-style' behind, i'd never talk to my old-friends. I've been so busy with my new friends in KBP Zone 1 and left behind my best friends in Tampasak Youth Club (TaYoC), especially Tampasak youth's big family, Da' Str3t Mundky Crewe'. Last night, i don't know what to do. I want to call my Pogol crew's to have a 'raining' session but I can't because we had just being warned by KBP's chairman, Kilur being too 'active' in our own session. So, i turned on the TV, hope that there will be a best movie's or programme to watch for. But none of the channel fulfill my taste..So, I went to bed early, actually it's 1 o'clock in the morning already...but then, I can't shut off my eyes...

Then i saw my bible on my extra pillow...how long i've been 'forgot' to use and read the daily-reading? I really don't have any idea. I took the bible then, but didn't open it,just hold it. I try to remember what i've done within 2 and a half months since i rejoin the KBP...Owh! My God! I can influence other youths from other place to join KBP but i can't do the same thing to my Mundky's brothers...Why? I can't answer it coz i don't have the answer...

The clock ticking, for 2 and a half months with the KBP and Pogol Crew, i can see the difference among my friends...i can see their real side, i mean their genuine attitude. Some of them forgot where the began, some of them proud and forgot who they are before... Then i compare to my Mundky's Famillies, I just stay late up night with them on wednesday after never did it for 2 and a half months. When they see me, they began to sms the others to came down...and i almost cries (..Ha!Ha!..it's true) when all the Mundky's came and hugged me. The said, "it's been a long time,bro..."...actually, that night i should attend the novena at Guntoto's home but i'm forced to cancelled it. We 'lepak-lepak' (stay) until 2 a.m...i can felt their attitude had changed, i mean they're matured and trying to think out of box already...I'm so happy with that...

When i wrote this blog, the prayer meeting still on going...before that, i didn't attend the thanksgiving mini party at Aunty Julie's home...Now, i want to concerntrate on my Mundky's Famillies and try to reduce my session with Pogol Crew and KBP...I'm proud to be TaYoC's, and as founder for Str3t Mundky, i won't let them 'drowned' just because i can't spend a little time with them..maybe, it's time to say sayonara to KBP and Pogol Crew and say Holla Mundky's again...hopefully,...yeahh!!

SUKAN DWITAHUNAN PAROKI PENAMPANG KALI KE-5...(21-22/09/09)

SKUAD SORAK SORAI ZON 1 BABAGON

Sukan Dwitahunan Paroki St. Michael Penampang telah berlangsung di Kompleks Sukan Penampang. Hampir 500 warga Penampang membanjiri Stadium Penampang selama 2 hari. Pelbagai jenis acara sukan dipertandingkan dalam sukan berprestij bagi gereja-gereja Katolik di daerah Penampang. 15 Zon dibawah Paroki St. Michael Penampang telah menghantar wakil masing-masing dalam sukan dwitahunan kali ke-5 ini.
Bagi kontijen Zon 1 Babagon yang menggabungkan 9 buah kampung dan 3 chapel dibawah gereja Sts. Peter & Paul iaitu Chapel I Kritus Raja (Kipouvo), Chapel Kristus Nokotungag (Timpangoh) dan Chapel St. Stephen (Kibinut), membawa pulang 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa sudah memadai setelah dikecewakan oleh penarikan pingat emas dalam acara 100m, 200m, 4x100m dan 4x200m disebabkan kontroversi oleh zon yang tidak mempunyai semangat kesukanan. Namun begitu, kehampaan kontijen Zon 1 dibayar dengan kemenangan sorak-sorai yang mengatasi bunyi gendang, gong dan alat-alat muzik penyokong kontijen dari zon-zon lain. Pengacara majlis juga acapkali terasa apabila speaker-speaker besar yang mahal dan berkualiti gagal menewaskan semangat kontijen Zon 1 yang hanya dibekalkan anugerah ciptaan-Nya iaitu mulut dan suara-suara merdu lagi bersemangat.
Sukan dwitahunan kali ke-5 dirasmikan oleh Mgsr. Rev. Fr. Primus Jouil yang turut menerima tabik hormat daripada kontijen perbarisan daripada 13 Zon kecuali Zon 14 Buayan dan Zon 15 Terian. Zon 8 Terawi muncul juara keseluruhan dan Zon 5 Penampang muncul juara perbarisan manakala Zon 1 Babagon muncul juara sorak-sorai. Rata-rata penonton mengiktiraf semangat Zon 1 yang terkenal dengan yell 'B to the A to the B to the A to the G to the O to the N, BABAGON!! Yeahhh!!' dan 'Tidak Apalah, Yang Penting Penyertaan', diiringi dengan lagu-lagu rohani yang menghiburkan dan yang pasti sebagai anak-anak orang asal, belia-belia Zon 1 menyanyikan lagu-lagu dusun berentak sumazau, suatu yang jarang dilakukan oleh anak-anak muda masa kini terutama sekali yang tinggal di bandar...Syabas Zon 1 Babagon.

...2 dari 3 pingat yang Zon 1 dapat...Goboy (lompat jauh) dan Baddy (100m)....

Sunday, September 20, 2009

SUKA-SUKA JAK NE...(18/09/09)

Aritu sya ngan dorang Bibiran, Togoron, Mellaty, Yoyou dan tuntul dia, Kika pi tinguk wayang sana Growball Cinemax...syok juga jalan ngan dorang ni...mimpaki je keja ne,melatah gea apa tidak...kami pi kk nek bus pilak dekat pasar basah di Donggongon...sampai di Terminal KK, kami jalan kaki pi di Menara MAA, ntah apo Togoron wat kat sana tu...pastu kami meneruskan kehidupan kami dengan berjalan kaki pi di CP. Masa melintas jalan di Api-api Centre tu, si Bibiran sikit lagi kana langgar, gara-gara asyik kira brapo banyak pilak yang dibiarkan merayau-rayau di KK City...Sampai je CP trus kami pi makan Chicken Rice CP, sadap dan murah serta cepat...puas mengisi perut, kami nek pi tingkat 8...cek apo muvie yang best...memandangkan untuk melihat muvie Malay amat memboringkan serta meloyakan tekak, maka kami sebulat suara memilih G-Force, comedy muvie le...mimang best la tinguk ne muvie...sakit perut mau tinguk,katawa ja...orang yang ado di sekeliling kami pun asyik katawa je,bukan apo tapi kami jadi bahan lawak ne...melatah gea si Togoron apa tidak orang ketawa...lepas tinguk wayang, kami pun balik ke bandar mati Donggongon...si Togoron, Yoyou dan tuntul dia, Kika direct pulang. Sy, Bibiran dan Mellaty pi JF Cyber lagi...dakat2 jam 6 kami pulang cuz lapas tu kami kna attend prayer miting lagi...apa-apa pun,cukup best ba kami meriuhkan CP aritu,...ha!ha!

HEPI HOUR POGOL CREWS...16/09/09

Aritu kami melepaskan segala penat lelah kami untuk program KBP di uma si Bibiran. Antara tanakwagu yang nokotindapou dalam sesi men hujan dengan krew Pogol ialah sy, Sonia, Nunald, Bibiran, YB Gunatz, Elen, to-Kitung, J'May Ginun, Togoron dan Guntoto. Macam besa le, kami criter-criter pasal program akan datang KBP, sharing dan merungkai beberapa persoalan mengenai kehidupan kami sebagai belia. Syok bei kalu korang dapat join kami...sejak-sejak krew Pogol beroperasi, ramai uda belia mula 'bangkit dari kubur' dorang. Sejujurnya, sya dapat dapat rasa juga peranan sya ngan abang-abang Labitz ne dalam membimbing rakan-rakan baru dalam KBP...kepada kawan-kawan seperjuangan sya, don't work harder untuk achieve misi kita but try to be smart untuk masuk dalam setiap pacing yang ada untuk membangkitkan rakan-rakan kita...GOD BLESS ALL OF US.AMENZ....

100 HARI DI UMA TOGORON....19/09/09

Pada 17hb September 2009 genaplah 100 hari pemergian ayah kepada salah seorang krew kami, Togoron. Namun sembahyang novena khas hanya diadakan pada 19hb September 2009 di kediaman keluarga Puan Gomimin di Kg. Babagon. Hampir 100 lebih orang rakan-taulan dan sahabat handai serta keluarga terdekat datang menghadiri upacara memperingati pemergian 100 hari Mendiang Makin Gosiluk. Majoriti belia yang hadir merupakan member-member KBP Zon 1 dan beberapa rakan belia dari zon lain seperti Aloy (Zon 13 Moyog) dan JJ & Roy (Zon Tombovo), ini disebabkan Togoron yang sememangnya besi karat yang fames di seluruh Penampang, budak-budak BMK katakan,sapo ndak kanal. Abis je sembahyang trus makan malam pula...dan lepas makan acara kegemaran bermula pula iaitu aramai tie...atau men hujan..kebetulan malam tu hujan lebat turun dengan hepinya namun gagal mematahkan semangat rakan-rakan krew Pogol untuk menghabiskan cabaran lihing yang cukup banyak pada malam tu. Langsung tiada montoku atau minuman lain cuz krew-krew Pogol request lihing mundok (tapioca's wine) gea..he,..yang pasti kami cukup hepi dengan kehadiran rakan-rakan KBP dari kampung jiran, Rugading yang berjaya menghadiri upacara 100 hari ini. TQ kepada driver dorang yang juga member kuat Pogol, Yoyou (haro gea tuntul..ha!ha!)...tidak pasti jam brapo sesi men hujan tu habis...enjoy gea suma krew-krew Pogol dapat kumpul ngan member-member KBP dari tempat lain...God Bless Us..

...Gyvear, at last dapat juga join..ngam2 cuti raya gea...yang tangah tu si pencocok melatah, Melter adik Gyvear dan yang baju Man Utd si Ovinkodou a.k.a Cristiana Rohaye..he,...


...Owh, Orange yang pelik...Sumandak2 dari Babagon, Rumangi dan Madsiang bergabung dalam menghabiskan lihing mundok...tinumon tinaru tokou...

SELAMAT HARI RAYA

Kepada suma rakan taulan dan sahabat handai saya yang beragama Muslim, saya mengucapkan Selamat Hari Raya...semoga kita suma diberkati dan terus hidup dalam keadaan aman, makmur dan damai...Kita juga mendoakan agar suma agama dan kaum di planet Bumi ini sentiasa ada toleransi dan kita elakkan peperangan dalam dunia ini apalagi peperangan agama dan kaum. Kita seharusnya bangga dan bersyukur dapat menikmati kehidupan di tanah tumpah darah kita dalam keadaan harmoni dengan kepelbagaian masyarakat majmuk...sekali lagi buat yang mengenali saya Leslie Justin a.k.a Gillie/Gillerseven, SELAMAT HARI RAYA...

Friday, September 18, 2009

2 BULAN UDA SEJAK...

..this is the beginning for the whole story....


Masuk ne ari (18 Sept,2009), uda 2 bulan sya ngan kawan-kawan KBP atau spesifiknya Krew Pogol berjalan bersama untuk menebar jala ketempat yang dalam sebelum pigi di siring-siring yang cetek..sumanya stat bila sya bwa si Sonia moginum di uma ngan kawan sya- ading, kijang (bukan suang talun ne,tidak boleh timbak), koko lee-..pastu kali keduanya, kali pertama Togoron join moginum di Babagon...pastu bru le muncul Perawan Gundul,Mellaty, Nobita, Bibiran, Guntoto, to-Kitung, J'May dan tidak lupa pelakon tambahan si Atama dan Leslie, serta watak sampingan Roy dan JJ....


.....Kijang (bukan suang talun kio)...ngan si Yoyou..ini le the beginning...

STORY BEHIND THE SUSUYON.COM..

'Susuyon.com' merupakan headtitle untuk blog sya..mula-mula sy letak SPEAK UP!!..tapi tidak sesuai dengan konsep isi yang sya mo postkan...for me, my blog is my journal..betul bei,apo yang kami wat sya letak kat blog ne...bagi sya, biarlah blog sya yang berkata-kata kerna lebih baik menulis daripada bercakap..he..mungkin sya jarang-jarang update dan upload cerita sya dalam blog tapi yang pasti it's never gonna stop..ha!ha!...harap yang slalu pi baca artikel,cerita atau melawat laman blog sya yang buruk lagi hodoh ne,korang komen je kio...

KEJUTAN UNTUK SI MELLATY...16/09/09






Tidak cukup kasi nangis si Kakak Labitz, krew Pogol planning pla mo kasi nangis si Adik Labitz, Mellaty. Mellaty yang menyambut besday dia ke-15 di Planet Bumi ne pada 16hb September 2009 tidak tau langsung kejutan ne,nama pun surprise takan mau kasi tau...ne suma keja sya ngan si Bibiran...tepat jam 12.01 pagi pada 16hb September,2009 kami ramai-ramai nyanyi secara acapella lagu besday untuk Mellaty...

...ne le gift yang kitaorang bagi si Mellaty, supaya bila dia nampak cross tu,dia ingat Tuhan dan ingat kami...


Sebelum tu,pada jam 9.3o malam, si Mellaty dan assistant dia Liboe datang dengan 1 krek kotak biru yang memaparkan gambar seekor harimau yang sedang menanti buah kelapa jatuh dari pokok tunggal kelapa. Yang sedihnya, si Mellaty meluahkan " Sya uda bawa 1krek bir untuk kamu,kasi nyanyi lagu besday untuk sya"..2 kali dia request tapi suma pura-pura tidak tau..tapi bila kena kejutan ada kek untuk dia pada tengah malam, " kamu suma jahat,tidak kestau..sya mau balik,sya mo nangis..." itulah yang sempat hardisk otak sya rekodkan..terharu bei...anyway, Hepis Besday Mellaty dan Good Luck PMR 2009...aim straight 7A's...he,


...Bibiran tengah bagi kad yang telah kami-Krew Pogol- sign secara ekslusif...he,





KEJUTAN UNTUK SI VIATAMBALUT...14/09/09



Lepas je abis program di Kibunut, suma krew-krew KBP Zon 1 telah mengatur kejutan untuk si Kaka Labitz, Viatambalut. Dia yang akan menyambut harijadi ke-27 pada 14hb September,2009 tidak tau langsung yang beberapa krew KBP Induk telah bersedia untuk memberi kejutan untuk dia. Dalam keadaan yang kurang sihat dan lemah, dia tatap sumangat pi di Pondok Perkelahan Pampang, Babagon. Sampai je di lokasi terpilih, beberapa krew menghalang pandangannya dan beberapa lagi sedang membawa kek untuk dia. Sampai je itu kek, nokoihad si Viatambalut...


" Doi..sya tidak sangka, ada juga (kek untuk dia).." lebih kurang gitulah yang dia cakap. Selain itu, turut diraikan ialah adik Labitz, Mellaty yang menyambut besday ke-15 dia pada 16hb September 2009...


....Kakak Labitz, Viatambalut dan Adik Labitz, Mohd. Mellaty sedang bersuap-suapan..

KEMPEN KESEDARAN DAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR DI KG. KIBUNUT



POROPOK: Seramai 96 orang belia Ulu Moyog telah menjayakan program kali ke-5 Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar bertempat di Tadika Komuniti Kg. Kibunut, Penampang. Biarpun terdapat penurunan kehadiran, namun semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna.


Kawasan yang dibersihkan ialah dari simpang besar Kg. Kibunut sehingga ke kawasan pelancongan Poropok. Keterujaan para peserta dalam menjayakan program ini cukup jelas biarpun cuaca panas yang diiringi hujan lebat di sebelah petang. Memburukkan keadaan, bekalan elektrik terjejas sepanjang petang. Namun, sesi Ceramah Sister Rita dan pembentangan hasil perbincangan berjalan lancar.


Kempen ini merupakan kali kedua tiada maklum balas dan kempen anti-plastik. Jika kekurangan masa itu dijadikan alasan, ia seharusnya telah diteliti. Sekali lagi siapakah yang harus menanggung beban ini? KBP Iduk atau AJK Pelaksana? Sama-sama kita fikirkan.


Kempen seterusnya akan diadakan di Kg. Notoruss pada 27hb September 2009 bertempat di Kg. Notoruss. Kepada semua belia sejati Ulu Moyog, fikirkanlah tanggungjawab kita dalam menjayakan kempen ini. Jangan ingat mau moginum je, fikirlah sumbangan kita kepada Planet Bumi selain daripada tau mo kasi tambah penderitaan dia...



....ne kalu trafik nampak,konfom saman ne...tyme dorang bru mo jalan pi Poropok...

....sumazau ramai-ramai...mcam di kawin je..


SEMINAR HIDUP BARU DALAM ROH...

Selepas menghadiri seminar ini, sya dapat ‘sesuatu’ dan mempelajari beberapa perkara sepanjang seminar ini. Kotoluadan kumaa di Esther tu toririmo nopo mogium do sisimbar montok do poguhatan ku e ogumu kopio..macam wartawankan,banyak tanya..sya mau mendalami bei… antara sesi sepanjang 3 hari seminar yang bertempat di Dewan St. Michael ialah :


  1. GOD’S LOVE

  2. THE LORDSHIP OF JESUS

  3. INNER HEALING

  4. INNER HEALING PRAYER SERVICE

  5. SALVATION

  6. NEW LIFE

  7. RECEIVING GOD’S GIFT

  8. BAPTISM OF THE HOLY SPIRIT


Konklusinya, best la dapat datang pi ne seminar. Namun sya tidak tepigi pada hari ke-3…ado komitmen len, yang pasti tanggungan sya dapat menginsafi kesilapan lepas dan memulakan hidup baru mereka dalam pelayanan. Harap-harap begitu le…Amen.



Thursday, September 10, 2009

SEMINAR HIDUP BARU DALAM ROH…

Malam ne (10/09/09), sya kena menghadiri Seminar Hidup Baru Dalam Roh di St. Michael Church, Penampang. Ne suma sebagai persediaan sya sebagai Godfather kepada adik angkat sya, si Mellaty dan juga kawan dia si Balan-balan. Banyak juga dugaan belakangan ne, 5 kali tarik diri daripada menerima beban ne tapi atas nasihat si Togoron dan beberapa Krew Pogol, sya teruskan juga dengan hati yang terbuka. Harap-harap lepas ne sya punya life akan ada perubahan, dan dapat berkongsi dengan krew-krew sya yang len (mimang kana share pun cuz tiap kali men ‘ujan’,confirm suma kana tanya apa yang telah dilalui sepanjang minggu..he,.)…bukan senang tugas sebagai Godfather ne, tapi I do trust si Mellaty & Balan-balan cuz I do knew them very well…I’m goin to KILL both of them if they’re going to convert religion dia..hu!hu!..jokes bei..harap-harap dia pigang janji dia le…anyway nanti sya update apa yang sya dapat hasil dari seminar ne..

Sya, Str3t Mundky & Krew Remp-It…

Hampir 3 bulan tidak dapat hang-out or stay ngan kawan-kawan lama sya setelah terlebih aktif dalam Krew Pogol, akhirnya lepas mendengar masalah yang hampir-hampir mengakibatkan TaYoC gagal didaftarkan dalam ROY, sya bersatu semula dengan kawan-kawan lama dalam memperjuangkan TaYoC. Menakjubkan juga kalu tinguk sumangat dorang ne, sanggup pi uma sya pujuk ubah fikiran dan dorang sendri yang pi cari orang. Beginilah lifestyle youths tempat sya, unpredictable..ikut angin dan mud..harap-harap lepas ne kami stick together again, I’m going to bid farewell to Pogol’s crew, betul cakap si Sonia tu, kita kena kurang-kurang men hujan, jadilah belia berwawasan. Dalam kesibukan sya ngan family mundky, datang pula krew Remp-It untuk sapot TaYoC… the question is ‘Is This The Point For Us To Re-Unite in TaYoC?’…tunggu dan lihat le..yang pasti, it’s good to be mundky’s family again..he,..

Tampasak Youth Club (TaYoC) akhirnya berdaftar…(08/09/09)

.....rundingan round-table Street Mundky Families tengah berjalan....

Setelah sya mengasas dan menubuhkan TaYoC pada penghujung 2004,akhirnya TaYoC didaftarkan dengan ROY under Jabatan Belia & Sukan (P) Sabah. Thank you dengan member-member dalam JBS. Pendaftaran itu juga menjadikan sya sebagai peneraju semula TaYoC lepas 2 tahun melepaskan jawatan setelah 2 tahun menerajuinya. Majlis ringkas menandatangani borang pendaftaran kelab dan pendaftaran ahli telah berlangsung di Pentas Tagal, Babagon dengan disaksikan oleh Pegawai Belia Dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Pn. Rosnani Oyoh. Hampir-hampir ditolak pendaftaran gara-gara informasi yang diberikan kurang tepat dan beberapa kawan yang sya bawa untuk menjadi AJK sementara menarik diri disaat-saat akhir, sya dan 10 rakan sya akhirnya berjaya juga mendaftar kelab kami. Keadaan gelap-gelita gara-gara SESB yang korup gagal menyelia perkhidmatan mereka diburukkan lagi dengan hujan lebat yang turun tanpa kad undangan. Disini sya mau berterima kasih kepada kawan-kawan setia sya yang sentiasa menyokong perjuangan TaYoC sepanjang ia Ditubuhkan.. semoga TaYoC kembali menjadi kumpulan belia yang terbaik sekali lagi..1 BELIA, 1 MALAYSIA..

KEMPEN KESEDARAN & PENJAGAAN ALAM SEKITAR DI KG. RUGADING, PENAMPANG…

RUMANGI: Seramai 96 belia dari seluruh Zon 1 Babagon & Zon 13 Moyog telah menjayakan Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar di Kg. Rugading pada 06 September 2009.Kempen yang diadakan kali keempat selepas pelancaran kempen di Kg. Madsiang pada bulan Julai lepas ini bertujuan untuk menyahut tema kempen ini iaitu Bersihkan Bumi, Pulihkan Bumi dan Hijaukan Bumi Kita!!
Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan kawasan kampung di sepanjang jalan Rumangi Siba, Rumangi Sampaping dan Rumangi Sawat. Sesi taklimat kesedaran mengenai alam sekitar juga diadakan dan disampaikan oleh Sister Rita Prisca. Penanaman kayu asli yang dibiayai oleh Jabatan Pertanian Daerah Penampang juga berjaya dilaksanakan apabila 15 pokok acob-acom berjaya ditanam di 3 zon dalam Kg. Rugading.
Kempen di Kg. Rugading ini sepatutnya diadakan pada 23 Ogos 2009 tetapi telah ditunda bagi memberi laluan kepada Penampang Youth Day Pertama di St. Theresa, Inobong. Beberapa aktiviti juga dijalankan seperti passing-parcel dan AJK Pelaksana KG. Rugading juga menyediakan elemen kejutan dengan meraikan rakan-rakan belia yang lahir pada bulan September dengan cocktail-cake.
Namun, beberapa kekurangan dalam kempen ini. Kempen ini merupakan kali kedua Kempen Anti-Plastik ‘dilupakan’. Persoalannya, siapa yang harus bertanggungjawab, AJK Pelaksana atau KBP Induk? Sama-sama kita fikirkan. Sesi maklumbalas juga tidak dijalankan dalam kempen ini. Penurunan bilangan belia yang hadir juga cukup membuatkan KBP Induk dalam keadaan kurang selesa. Apakah langkah yang wajar diambil bagi menarik semula belia untuk datang menyokong kempen ini?
Program ini akan menyusul ke Kg. Kibunut selaku tuan rumah kelima bagi kempen ini yang akan diadakan pada 13 September 2009. Program ini bermula pada bulan Julai dan dijangka berakhir pada bulan November ini.

KREW POGOL KECUNDANG PERTAMA KALINYA…(05/09/09)



Buat kali pertama, krew Pogol gagal memeriahkan majlis perkhawinan di dewan Tun Fuad setelah berjaya memeriahkan 3 majlis perkhawinan dan beberapa parti sebelum ini. Krew Pogol mendapat jemputan atas nama belia Ulu Moyog untuk memeriahkan majlis perkhawinan Ronald dan pasangan hidupnya, Charlene. Antara faktor kegagalan krew Pogol untuk memeriahkan majlis adalah hanya family kedua-dua belah pengantin yang dijemput untuk memenuhi dancefloor selain daripada dendangan lagu-lagu yang cukup memboringkan. Satu-satunya lagu yang syok mau dingar adalah lagu ‘Miniagal O’ sinsing’ yang dinyanyikan oleh seorang warga tua berbangsa cina. Kalu kamu ada di dalam dewan time tu, misti kamu ingat bekas peserta American Idol, William Hung..he,


Tapi rasa boring@bosan itu hilang pabila time ne juga sya dapat bercakap secara face-2-face dengan YB. Donald yang sanggup meluangkan masa bermain ‘hujan’ dengan belia Ulu Moyog. Antara topic perbualan kami ialah hala tuju belia KDM, dan menyentuh hal-hal karier@kerjaya. Beliau menyarankan agar golongan belia yang belum mempunyai kerjaya tetap untuk mengisi secara on-line jawatan kosong di Job Malaysia.com, Job Sabah.gov.my, SPA atau melalui Unit Perhubungan UPKO…best juga men ujan ngan YB, open minded and sporting betul..pena juga men hujan ngan YB tapi time tu ada pemimpin-pemimpin kampung sya. So, kira best le dapat bercerita secara tidak formal dengan beliau dengan krew-krew Pogol…
Satu benda lagi yang best time ne ialah sya dapat jumpa dengan kawan-kawan lama sya. Bayangkan dah 11 tahun lebih tidak jumpa, bila jumpa balik,..huh! lepas juga rindu ngan dorang ne..antara kawan-kawan yang sya jumpa semula- terasa macam dalam program Jejak Kasih TV3 plak time tu- ialah Lydia(pic ngan sya diatas), Tamis, Ribung, Stein, Reno, Bagio dan beberapa orang lagi, lupa da ngaran korang,siou nopo la kio..he,..
Persoalannya, adakah kredebiliti krew Pogol sebagai ‘pangaramai’ akan pulih semula pada ari sabtu ne, 12/09/09 di tempat yang sama tapi pengantin yang berlainan. Kali ini atas jemputan kawan TPBP dari Inobong, si free Willy..he,..oihan e ari anam..

PUJIAN DARI LEGION OF MARY’S MEMBERS..

Semalam sya ada jumpa ngan si Togoron di tempat lepak besa kami. Dia kasi tinguk sms dari beberapa kawan-kawan dia dalam Legion Of Mary mengenai party yang kami buat di uma c Bibiran,sya lupa nama dorang tapi antara sms yang kana bagi berbunyi@bertulis macam ne ;

- “Sya suka cara kamu buat party.Belum pernah sya dengar komulakan moginum tapi menyanyi dan menari dengan lagu-lagu rohani. Syok telinga mau dingar om mata pun puas hati mau tinguk”
- “Syabas KBP kerana berjaya menganjurkan party yang tidak pernah orang muda buat. Selalu orang muda beraramai ti sampai mabuk,lepas tu bergaduh tapi sya tinguk kamu hepi dan pandai pula kasi selang-seli dengan lagu rohani dan duniawi. Teruskan usaha kamu, semoga orang muda di kampung kami membuka mata dan hati lepas ne.”
- “Sya suka kamu datang di rumah ne untuk mogiraramai. Kalu buli tiap minggu kamu pigi sini. Cara kamu beraramai ti sangat beza dan cukup terkawal.”
- “ Nanti besday anak sya,sya mau jemput suma KBP datang mangaramai. Terharu, sebak dan menitis air mata sya tingu kamu berparty. Tidak sangka didalam era moden ne masih ada kelompok belia macam kamu ne. Syabas!Jan lupa datang kalu sya jemput”

..tulah antara ayat-ayat yang telah ditranslatekan ke bahasa pasar Sabah… jujur cakap, tergenang juga air mata dan sebak dada gara-gara terharu terbaca sms yang paling last dari salah seorang bekas rakan KBP yang kini sudah berkeluarga..apa-apa pun, harap-harap generasi muda akan mula membuka minda,mata dan hati untuk melihat gereja. Tunaikanlah kewajipan kita sebagai anak-anak Tuhan, sembahyanglah kamu sementara masih sempat, jan tunggu kena sembahyang.. Amen.

HARI MERDEKA KE-52…

Selama 22 tahun sya hidup di permukaan planet bumi sambil menghirup udara yang semakin tercemar, tidak pernah sya celebrate Malaysia Independent Day..bukan apa juga, just confused mana satu tarikh yang tepat, 31st Aug @ 16th Sept?..tapi tepat jam 12 malam pada 30hb, kami telah meneruskan besday party kawan dengan celebrate National Day dengan menyanyikan lagu Negara Ku, Sabah Tanah Air Ku dan memandangkan Upper Moyog’s Youths belum ada lagu maka kami nyanyi le lagu-lagu patriotic dengan diiringi muzik sehingga jam 1.30 pagi. Kalu Kakak Labit tidak suru stop, konpem tidak akan ada titik noktah itu party..malangnya, satu picture pun tidak dapat disnap cuz suma kamera kami abis cas gara-gara PYD and PHOAS..hu,..

CO-BESDAY TAMBALUT KAMI…(30/08/09)

Pada hari Ahad lepas, kami telah bersama-sama menyambut besday si Gumi dan J’May di rumah si Bibiran sana Kg. Notorus. Actually, dorang punya besday jatuh pada 26hb Ogos tapi memandangkan suma krew-krew Upper Moyog’s Youths masing-masing membusykan diri, maka terpaksa le kami celebrate pada 30hb after PYD dan PHOAS. Kami- Bibiran, Gillie, J’May, Kipung, Gumi, JJ, Roy Kokok, Mellaty dan Nobita ada juga celebrate pada 25hb di gabion Babagon dengan bermain ‘hujan’ sehingga jam 12 malam untuk wish dorang. Pada 30hb tu, ramai juga youths datang membanjiri rumah c Bibiran sekaligus memeria-riuhkan suasana. Antara youths yang datang ialah :

1. Bibiran – Tuan Rumah
2. Gumi – Besday boy
3. J’ May – Besday boy
4. Kakak Labit – Ketua Kampung sebab Mama Labit tidak hadir
5. Elen – Abang Labit
6. Louis – JKKK
7. Yoyou – D.O kali ne..
8. Gundul – botak yang virgin..
9. Gerald – gadis ayu,..
10. Charlie – Perawan desa
11. Aloy – saripah ka diolo..
12. A’ Kif – tukang cocok dari MRSM Kinarut..
13. Ovinkodou – si karas yang tiada perasaan..
14. Elizabeth – tukang square tinumon..sponsor cake..TQ
15. Kipung – ganas tapi lembut..
16. Nobita - ..tonggirok..
17. Mohd. Mellaty – kibodist tara’at kaka..
18. Mimie - ..errr?
19. Emiliana - …tag team c PP..
20. Pp – ..pasas Emiliana..
21. Rian – Kibodist simpanan..
22. Kilur – sekadar mempertontonkan senyum kiut,skijap je dia stay..hu,
23. Gillie – VVIP singgarung..he,
24. LC – gadis melatah..rapping je dari mula..
25. Dorimone – si pemalu tapi logop…
26. Bobby – adik bibiran
27. Roy – ayam yang tidak berkokok..
28. Si tagap – lupa nama bei, man nopo do yess.
29. G’Nol - ..dan tariannya yang pelik tapi benar..
30. Balatuk – bukan sembarang burung..hu,
31. <>

Aramai bei kami..ada lagu duniawi dan rohani dengan diiringi muzik oleh Kilur, Rian dan Mellaty..harap-harap next time ado lagi ne..anyway, hepi belated besday to Gumi (29) and J’May (17), May God Bless Us..Amen..

VIRUS MELATAH!!

Sya ada mendengar cerita sumbang yang menuding jari kepada belia-belia Ulu Moyog yang menyebabkan penyebaran virus melatah semasa PYD-1. Kenapa belia dari tempat lain yang melatah tidak dipersalahkan? Adakah kerana gabungan Zon 1 Babagon dan Zon 13 Moyog yang seramai 75 orang ada ramai yang melatah maka mereka layak dipersalahkan? Paling menyakitkan hati bila ada orang yang mengatakan orang yang melatah ini cacat. Kenapa pula cacat? Even parents kami pun tidak bilang kami cacat malah bersyukur kami dilahirkan sempurna dengan fizikal dan mental yang sihat dan cerdas. Jangan sembarang mengklasifikasikan melatah ini cacat, kamu cermin diri kamu dulu, adakah kamu ne cukup sempurna untuk menilai kecacatan orang? Sya sendri pun melatah tapi masih pada tahap terkawal. Sya sempurna dari segi fizikal dan Tuhan mengurniakan saya otak untuk pembentukan mental yang sihat. JANGAN PERSALAHKAN BELIA ULU MOYOG HANYA PENULARAN VIRUS MELATAH!! Yang harus dipersalahkan ialah mereka yang suka menyakat dan mengganggu orang-orang yang melatah. Dah tau melatah jan le kacau, BODOH, BONGO, BEGO @ STUPID IDIOT!!..tapi dah jadi tabiat orang kita bila nampak orang melatah, suka betul mo pi kacau. Bila terjangkit, tuduh orang yang melatah. Jangan hanya fikir -ve pada orang yang melatah, cuba fikirkan +ve. Orang melatah memeriahkan suasana dan jujur sya katakan bahawa pertambahan bilangan belia Ulu Moyog dalam Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar adalah disebabkan orang-orang yang melatah. Korang pernah dengar lagu Evaristus Gungkit ‘Sondukut’- ‘..kopowonsoi nopo ie tongosonong aiso tulun koilo, nga kopowonsoi nopo tangaraat sompomogunan do korongou..’ dalam konteks ini, orang-orang melatah telah membuat sesuatu yang positif iaitu membantu mencapai objektif kempen untuk mengaktifkan belia dari tidur tapi tidak dihakimi dengan adil dalam pemikiran yang +ve. Kepada yang belum melatah, jangan sesekali mengganggu orang-orang yang melatah. Kalu gatal juga tu tangan mau kacau, trus tejangkit om ‘welcome to the club’, bertambah juga bilangan orang-orang melatah. Seburuk-buruknya orang yang melatah, buruk lagi orang yang mengata. Tiada sepa yang rela jadi orang melatah ne, buruk macamana pun melatah ne, bukan kehendak kami. Harus diingat orang melatah juga manusia ciptaan Tuhan yang keluar dari kilang semulajadi dan bukan robot yang keluar dari kilang elektronik tanpa perasaan, orang melatah mempunyai perasaan juga bei..so, stop blame Upper Moyog’s youths yang melatah ne. WE’RE NOT HANDICAPPED YOUHTS but please do pay for us so we can heal our self soon..no hard feeling.tQ.

BURGER MELATAH YANG FAMES










“Mahal di mata, Murah di poket, Sadap di mulut, Enak di perut, Puas di hati” itulah tema yang suka-suka saja sya ngan Mellaty buat untuk promo burger kami yang sadap dan inak Thank Q kio oi Mama Labitz tu minangajar dagai do monoodo do burger melatah. Actually, kami satu-satunya stall yang jual burger semasa PYD-1 dan Perayaan Hari Orang Asal (PHOAS 2009). Nokofames burger kami hasil promo kawan-kawan melatah yang ikut PYD-1. 300 biji berjaya dijual semasa PYD-1 dan 200 biji semasa PHOAS. Dengan krew-krew melatah menjadi penjual dan pembuat burger, stall kami menjadi tumpuan dengan kemeriahan, keriuhan dan keinakan burger kami. Thank Q kepada yang membeli. Semua hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung KBP bagi menampung kos belanja menghantar 50 peserta ke PYD-1. Krew-krew KBP’s stall ialah Mama Labitz, Kaka Labitz, Gumi Karat, J’May, Kipung, Nobita, a’Kif, Ovin Kodou, Louis Finger, Elen c abang Labitz, Mellaty, Gillie dan mascot kami yang nokoimuri nohuyan mempromo stall kami iaitu si Podi…he,















...Aronkif tengah share atau dishare cara buat beger oleh Mama Labitz...




....Burger Melatah menyatukan Die-Hard-Fans M.U,Gillie dan Liverpool, boo-Lukun..

..kebizian stall beger melatah...cukup bizie ba...300 biji beger dijual dalam masa 2 hari...



...Podi dan Ovinkodou tengah isi mayonise....keja keras dorang ne...

...J'May, Mellaty dan boo-Lukun tengah memasak beef and chicken paty...pandai masak ka tidak o?..

PERAYAAN HARI ORANG ASAL SEDUNIA 2009 (30/08/09)

PHOAS09 telah berlangsung di dewan KDCA, Penampang. Siok juga dapat celebrate PHOAS dengan tinaru KDM ne. Macam suma dalam dewan aritu kazen-kazen om miaga big family oi..cukup best, tida paya malu mogiraramai. Sya ngan c Kipung dan Mellaty sempat pi kasi abis 1 botol lihing si Antana, khas untuk testing nga kalu kami man nopo do yess.. Hati sya yang keras tapi lemah macam kaca ne butul-butul terharu di KBP/TPBP’s stall dengan keikhlasan hati orang-orang yang memberi sumbangan satu katon lihing kepada kami. May Our Heavenly Father Bless Us, TQ very much, at least penat-lelah kami selama 3 hari jual burger dengan tidur 2,3 jam je semata-mata untuk menambah tabung KBP terbalas dan dihargai. Tapi yang best bila tengok KBP’s crew dengan baju pink PYD-1 mangaramai pentas KDCA, terbalas juga penat lelah kami. Cuma yang mengecewakan ialah kurangnya gambar di PHOAS kerana camera Kaka Labit abis cas, camera sya pula kasi pinjam dengan kawan-kawan yang pigi PYD-1,satu lagi pengorbanan untuk PYD-1..hu!hu!..PHOAS ne tahun juga menemukan sekali lagi kawan-kawan peserta dari Pertemuan Budaya Ke-16 yang diadakan di Kg. Alutok, Ulu Tomani pada 3-6hb Jun 2009. It’s nice to met with them again. Rasa rindu terubat juga dengan lawak jenaka dorang.

Penampang Youth Day Pertama (28-30/08/2009)






PYD-1 bertemakan “Kita menaruh harapan kepada Allah yang hidup” telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari di Dewan Inobong dan Gereja St. Theresa. Pada hari pertama semua peserta menghadiri ice-breaking dan mini-konsert pada sebelah malam. Pada hari kedua, semua peserta menghadiri bengkel sehari yang lebih kepada mengenali diri sendiri dan cabaran-cabaran dalam pelayanan. Semua peserta juga menghadiri sunset mass pada sebelah petang dan malam tekmatik menyusul selepas itu. Pada hari terakhir, semua peserta menghadiri misa minggu dan menyertai sesi penutupan PYD-1 sebelum bersurai dengan bersaksi ke kampung masing-masing. Untuk cerita lanjut, korang lawat blog Bibiran dan Yoyou…itupun kalu dorang uda up-date..



KREW POGOL JAJAH TOBOH BARU ( 22/080/2009)










Aritu kami- Kaka Labitz, Gumi, Bibiran, Ading, Gundul yang Virgin, Goboi, Cece, Sino, Ovin & GiLLie, telah mengahadirkan diri ke majlis perkhawinan uncle si Bibiran iaitu Sylvester dan pasangannya Imelda Flora. Sampai je sana, perkara pertama yang menarik perhatian sya ialah jumlah orang-orang Penampang dari tempat pengantin lelaki lebih ramai dari orang-orang tuan rumah Kg. Toboh Baru,Ranau, tempat asal pengantin perempuan. But itu tidak penting yang penting, kedatangan kami dengan satu misi iaitu mangaramai ne party. Siap saja makan, kami mula layan diri dengan memalu tagung Penampang yang menarik perhatian orang Ranau. Mau dakat 4 kali kami men dan yang len mempersembahkan sayau Penampang. Tapi satu perkara yang tidak siok iaitu keyboardist dia men sumbang dan dibantu oleh kebolehan penyanyi dorang yang tidak pandai ikut tempo menghasilkan runut bunyi yang tidak sedap, urang bilang kurang rempah, garam dan ajinomoto. Nasib le si Goboi pigi ganti dia men before kami pulang. Panuh balairaya dorang dengan penari-penari KBP..petang tu juga kami berbangga kerana dapat jumpa anak jati Babagon iaitu Seminarian Mathew Augustin a.k.a Jomo. Beliau sempat juga meluangkan masa 15 minit dengan kami. Bas rombongan kami merupakan yang terakhir balik ke Penampang dari 3 buah bas yang datang. Biarpun tanpa 3 rakan tatap kami iaitu Yoyou, Melaty dan Titon, we still the best there, mnum dengan kebijaksanaan gea..aramaiii ti,,.
...Krew Pogol dengan anak jati Babagon yang bakal menjadi Padri, Seminarian Mathew Augustine...

...Ovinkodou's first ever tapioca's wine...manis-pahit dia bilang...he,



Bibiran dan Tambalut tengah mempersembahkan tarian kebanggaan tulun Penampang, Sumazau...nokofames ngai hilo..ha!ha!




HEPI HOUR DENGAN REV. FATHER JALIUS SADING (23 Ogos 2009)



Baru-baru ne Rev. Fr. Jalius Sading telah meluangkan masa untuk bersama-sama dengan beberapa belia yang aktif dalam KBP untuk lunch di kediaman Pn. Gomimin di Kg. Babagon. Fr. Jalius dengan 2 lagi rakannya, Stella dan Susana baru kembali dari menjalankan Sunday Mass di Chapel St. Martin Moyog dan 2 chapel di Kg. Togudon iaitu Chapel St. Thomas dan Chapel Holy Cross. Antara belia yang hadir petang tu ialah Gumi, Bibiran, Ading, Roysnton, GiLLie, Yoyou, Kipung, Lombo, J’May, Gobuk Lanjung, Mell, Jinol, Gundul dan Ovinz. Sadap juga masakan si Fr. Jalius oo..meals kami petang tu sup gorouk, tanduk kambing/belacan, mushroom masak halia, dan balatung sinamaian do bilis. Lepas lunch, father sponsor kami lihing dan montoku, then kami return-favor dengan blanja father dengan 1 case Tiger beer, ala macam besa, abis satu, boduk lagi tapi memandangkan petang tu kami ada latihan kawad kaki, terpaksa stop awal kami men ‘hujan’ (baca artikel Bibiran kalu mo tau maksud men hujan dalam konteks grup pogol). Dalam 5 jam father luangkan masa dia dengan kami, macam-macam yang ditanya, dikongsi dan sesi kami cukup meriah dengan aksi-aksi melatah beberapa rakan kami. Yang best skali bila father cakap grup belia kami mimang best time men ‘hujan’..OoH! Sya suukaaa…Harap next time father dapat luang masa dengan kami lagi..Amen.,(kepada Mama Tuntul & Kakak Labitz, jan jeless..hu!hu!,)..




..Rev. Fr. Jalius tengah menerangkan sesuatu kepada para komulakan yang datang...


...para pelarian tengah mengambil dan mencuba masakan Fr. Jalius...sadap bei....









KBP MELAWAT EN. LAZARUS...(21/08/09)



Ahli2 KBP- Mama Labitz, G'Nol, Bibiran, J'May, Kipung, Rian, Yoyo, Nana dan Mary - telah melawat keluarga Wilber Lazarus a.k.s Iboe. Lawatan bertujuan untuk mengadakan novena khas bagi kesihatan ayah Iboe, En. Lazarus Asong. Jamuan kecil juga diadakan selepas novena khas tersebut. Salah seorang rakan KBP dari Kg. Kakahangan, G'Nol turut memberi khidmat mengurutnya kepada En. Lazarus, mantan guru besar SK Togudon, Penampang. May God Bless Us..Amenz.




... antara mereka yang datang melawat Iboe ( duduk depan,tengah) dan ayahnya En. Lazarus (baju merah)....


...Mama Labitz (baju oren) dan En. Lazarus (baju merah).....