Friday, September 18, 2009

KEMPEN KESEDARAN DAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR DI KG. KIBUNUT



POROPOK: Seramai 96 orang belia Ulu Moyog telah menjayakan program kali ke-5 Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar bertempat di Tadika Komuniti Kg. Kibunut, Penampang. Biarpun terdapat penurunan kehadiran, namun semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna.


Kawasan yang dibersihkan ialah dari simpang besar Kg. Kibunut sehingga ke kawasan pelancongan Poropok. Keterujaan para peserta dalam menjayakan program ini cukup jelas biarpun cuaca panas yang diiringi hujan lebat di sebelah petang. Memburukkan keadaan, bekalan elektrik terjejas sepanjang petang. Namun, sesi Ceramah Sister Rita dan pembentangan hasil perbincangan berjalan lancar.


Kempen ini merupakan kali kedua tiada maklum balas dan kempen anti-plastik. Jika kekurangan masa itu dijadikan alasan, ia seharusnya telah diteliti. Sekali lagi siapakah yang harus menanggung beban ini? KBP Iduk atau AJK Pelaksana? Sama-sama kita fikirkan.


Kempen seterusnya akan diadakan di Kg. Notoruss pada 27hb September 2009 bertempat di Kg. Notoruss. Kepada semua belia sejati Ulu Moyog, fikirkanlah tanggungjawab kita dalam menjayakan kempen ini. Jangan ingat mau moginum je, fikirlah sumbangan kita kepada Planet Bumi selain daripada tau mo kasi tambah penderitaan dia...



....ne kalu trafik nampak,konfom saman ne...tyme dorang bru mo jalan pi Poropok...

....sumazau ramai-ramai...mcam di kawin je..


No comments:

Post a Comment