Friday, September 25, 2009

SUKAN DWITAHUNAN PAROKI PENAMPANG KALI KE-5...(21-22/09/09)

SKUAD SORAK SORAI ZON 1 BABAGON

Sukan Dwitahunan Paroki St. Michael Penampang telah berlangsung di Kompleks Sukan Penampang. Hampir 500 warga Penampang membanjiri Stadium Penampang selama 2 hari. Pelbagai jenis acara sukan dipertandingkan dalam sukan berprestij bagi gereja-gereja Katolik di daerah Penampang. 15 Zon dibawah Paroki St. Michael Penampang telah menghantar wakil masing-masing dalam sukan dwitahunan kali ke-5 ini.
Bagi kontijen Zon 1 Babagon yang menggabungkan 9 buah kampung dan 3 chapel dibawah gereja Sts. Peter & Paul iaitu Chapel I Kritus Raja (Kipouvo), Chapel Kristus Nokotungag (Timpangoh) dan Chapel St. Stephen (Kibinut), membawa pulang 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa sudah memadai setelah dikecewakan oleh penarikan pingat emas dalam acara 100m, 200m, 4x100m dan 4x200m disebabkan kontroversi oleh zon yang tidak mempunyai semangat kesukanan. Namun begitu, kehampaan kontijen Zon 1 dibayar dengan kemenangan sorak-sorai yang mengatasi bunyi gendang, gong dan alat-alat muzik penyokong kontijen dari zon-zon lain. Pengacara majlis juga acapkali terasa apabila speaker-speaker besar yang mahal dan berkualiti gagal menewaskan semangat kontijen Zon 1 yang hanya dibekalkan anugerah ciptaan-Nya iaitu mulut dan suara-suara merdu lagi bersemangat.
Sukan dwitahunan kali ke-5 dirasmikan oleh Mgsr. Rev. Fr. Primus Jouil yang turut menerima tabik hormat daripada kontijen perbarisan daripada 13 Zon kecuali Zon 14 Buayan dan Zon 15 Terian. Zon 8 Terawi muncul juara keseluruhan dan Zon 5 Penampang muncul juara perbarisan manakala Zon 1 Babagon muncul juara sorak-sorai. Rata-rata penonton mengiktiraf semangat Zon 1 yang terkenal dengan yell 'B to the A to the B to the A to the G to the O to the N, BABAGON!! Yeahhh!!' dan 'Tidak Apalah, Yang Penting Penyertaan', diiringi dengan lagu-lagu rohani yang menghiburkan dan yang pasti sebagai anak-anak orang asal, belia-belia Zon 1 menyanyikan lagu-lagu dusun berentak sumazau, suatu yang jarang dilakukan oleh anak-anak muda masa kini terutama sekali yang tinggal di bandar...Syabas Zon 1 Babagon.

...2 dari 3 pingat yang Zon 1 dapat...Goboy (lompat jauh) dan Baddy (100m)....

No comments:

Post a Comment