Wednesday, September 30, 2009

SEPANDUK, BENDERA DAN KONTIJEN ZON 1 BABAGON

...Mellaty dan Virgin tengah menyiapkan flag...

Aritu tanggal 20hb September 2009, krew-krew KBP Zon 1 telah berkumpul bersama untuk menyiapkan bendera dan sepanduk Kontijen Zon 1 Babagon ke Sukan Dwitahunan Paroki Penampang ke-5. Pelbagai rintangan yang diharungi untuk menyiapkan bendera dan sepanduk ini. Antaranya ialah kain yang diperlukan lambat diberi kepada KBP. Kemudian, apabila kain sampai di tangan pihak KBP, saiznya sungguh besar dan tidak hairan jika seorang rakan, Aaron mengatakan ianya adalah banner. Kemudian, tatkala krew-krew KBP tengah melakar corak pada kain, hujan lebat turun dengan selambanya menyebabkan kerja-kerja sedikit terbantut.

Syukurlah kerana pihak AJK Tagal Babagon memberi kebenaran kepada KBP menggunakan bilik mesyuarat mereka di Pentas Tagal. Maka, kerja keras pun bermula. Dalam masa lebih kurang 2 jam, bendera putih yang tertera Zon 1 Babagon di bahagian atas dan di bahagian bawahnya ‘ Gumompi Kinoiyonon Posorili’ selaras dengan aktiviti belia Ulu Moyog dalam menjaga alam sekitar. Apabila siap, cantik pula bendera zon 1 ne. Sewaktu pertandingan perbarisan di Kompleks Sukan Penampang, bendera Zon 1 Babagon cukup menonjol kerana ia merupakan bendera yang paling besar dan apabila ia berkibar, secara jujurnya rasa bangga saya sebagai belia Zon 1 cukup mekar dan agam dalam sanubari ini.

Sepanduk pula jika anda berada di kompleks pada hari temasya berlangsung, pasti anda dapat melihat sepanduk Zon 1 yang cukup fames dengan ikan pelian yang hampir memenuhi sepanduk. Ramai peserta dari zon lain mengambil kesempatan untuk bergambar dengan sepanduk ini kerana bukan kebanyakkan sungai di zon lain telah dicemari dan ikan pelian sukar didapati…ha!ha!

Apapun, kontijen perbarisan Zon 1 Babagon seramai 44 orang telah menunjukkan semangat mereka dengan pakaian hitam-putih tahi cicak..he,..cantik juga bei… Difahamkan, kontijen Zon 1 Babagon hanya mampu meraih tempat ke-4 dari 13 zon bertanding. Ok le tu, biarlah kalah aksi, jangan kalah semangat…Hidup belia Zon 1!!

Yoyou, ketua kontijen Zon 1 tengah bermain kaler...

No comments:

Post a Comment