Wednesday, September 30, 2009

KREDEBILITI SUKAN DWITAHUNAN PAROKI PENAMPANG TERCALAR….

Sukan Dwitahunan Ke-5 Paroki Penampang telah pun berakhir pada minggu lepas. Biarpun selepas sukan yang menggabungkan 15 Zon dalam Paroki Penampang ini telah berakhir, persoalan mengenai kredebiliti penganjuran sukan ini akan terus dipersoalkan. Kontroversi beberapa keputusan mencemarkan imej para Ahli Jawatan Kuasa Penganjur. Antara kontroversi yang ‘panas’ adalah penarikan kedudukan pemenang daripada beberapa zon bertanding. Paling ketara adalah bantahan mengenai had umur dalam beberapa acara pecut bahagian lelaki kategori bawah 15 tahun. Atlit dari Zon 1 Babagon, Rommy Pauline menjadi mangsa ‘rompak’ pingat emas dalam 2 acara pecut 100m dan 200m. Nama atlit ini juga dilarang dalam kuatret 4x100m dan 4x200m, yang mana kuatret Zon 1 yang diwakili oleh Friminus Jeffrey, Mairone Benjamin, Ervin Keiren dan Rommy Paulin terpaksa membuat rombakan di saat-saat akhir berikutan kontroversi mengenai umur Rommy, pelajar tingkatan 4 dari SM. St. Michael, Penampang. Beliau belum memasuki 16 tahun dan tidak mempunyai masalah sewaktu pendaftaran acara. Namun, setelah menjuarai acara pecut 100m dan 200m, barulah masalah ditimbulkan oleh pegawai dari Zon 9 Duvanson. Persoalan disini adalah mengapakah akal fikiran pendaftar acara tidak berfungsi sebelum peringkat kelayakan bermula? Mengapa menunggu hingga saat akhir? Adakah kelemahan ilmu hisab dalam menilai umur seseorang atlit menafikan hak mutlak kemenangan atlit yang bertanding? Pihak penganjur harus telus dalam perkara ini.

Zon 9 Duvanson juga berjaya mengetepikan hak kemenangan atlit dari Zon 2 Inobong dan Zon 3 Kolopis dalam beberapa acara. Kontijen Zon 1 Babagon, Zon 2 Inobong dan Zon 3 Kolopis duduk sebaris di sayap kiri grand-stand Kompleks Sukan Penampang, maka segala berita akan tersebar dengan pantas. Ditambah pula hubungan persahabatan yang terjalin sejak PYD-1, berita-berita kontroversi ini tersebar dengan pantas. Maka, tidak hairanlah atlit atau wakil dari Zon 9 Duvanson sering diejek atau di ‘boo’ oleh kontijen yang berada di sayap kiri kompleks. Seorang atlit dari Zon 11 Kinarut ada memberitahu tentang sikap kontijen Zon 9 Duvanson dan Zon 8 Terawi yang berlumba-lumba untuk memenangi pingat yang dipertandingkan. Umum mengetahui kedua-dua zon ini hanya berjiran dan merupakan musuh tradisi. Namun, sikap ego dan pentingkan diri sendiri mereka menjahanamkan kontijen dari zon lain. Mengapa tidak diadakan sukan khas untuk kedua-dua zon ini? Dimanakah semangat kesukanan dalam diri atlit-atlit dan pegawai kontijen zon ini? Zon 9 Duvanson menggunakan taktik kotor dengan menyeneraikan pelari beragama Muslim dalam acara pecut. Adakah mereka kekurangan atlit beragama Kristian? Jika ya, tidak perlulah menghantar wakil. Bersyukur dengan apa yang mereka miliki kerana sikap mereka mencemarkan imej sukan gereja. Zon 8 Terawi pula jelas sekali menurunkan atlit-atlit dari SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang semata-mata untuk memenangi acara yang dipertandingkan. Cynthia a/k Maghing yang berasal dari Tuaran turut di’import’ bagi memperkukuhkan kontijen Zon 8 Terawi. Jelas kedua-dua zon ini tidak mempamerkan semangat bertanding dan tiada semangat kesukanan. Mereka sanggup ‘meminjam’ atlit dari luar Paroki Penampang hanya untuk bergelar juara. Maka, tidak hairan jika kontijen Zon 2 Inobong dan beberapa zon lain seringkali melaungkan yell ‘ TIDAK APALAH YANG PENTING ORIGINAL’.

Untuk edisi ke-6 yang bakal dilangsungkan pada tahun 2011, penganjur perlu meneliti semua kelemahan yang sudah terjadi. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali kerana sikap negative ini menjahanamkan orang lain dan lebih buruk lagi mencemarkan imej satu-satunya sukan gereja Paroki Penampang. Kepada kontijen yang bakal bertanding, sertailah acara mengikut kemampuan dan belajar bersyukur dengan keputusan yang diperolehi. Semoga imej sukan gereja kita yang berprestij dapat dipulihkan semula. Kita sentiasa ‘ Menaruh Pengharapan Kepada Allah Yang Hidup” (1 Tim 4:10). God Bless

No comments:

Post a Comment