Thursday, September 10, 2009
VIRUS MELATAH!!
Sya ada mendengar cerita sumbang yang menuding jari kepada belia-belia Ulu Moyog yang menyebabkan penyebaran virus melatah semasa PYD-1. Kenapa belia dari tempat lain yang melatah tidak dipersalahkan? Adakah kerana gabungan Zon 1 Babagon dan Zon 13 Moyog yang seramai 75 orang ada ramai yang melatah maka mereka layak dipersalahkan? Paling menyakitkan hati bila ada orang yang mengatakan orang yang melatah ini cacat. Kenapa pula cacat? Even parents kami pun tidak bilang kami cacat malah bersyukur kami dilahirkan sempurna dengan fizikal dan mental yang sihat dan cerdas. Jangan sembarang mengklasifikasikan melatah ini cacat, kamu cermin diri kamu dulu, adakah kamu ne cukup sempurna untuk menilai kecacatan orang? Sya sendri pun melatah tapi masih pada tahap terkawal. Sya sempurna dari segi fizikal dan Tuhan mengurniakan saya otak untuk pembentukan mental yang sihat. JANGAN PERSALAHKAN BELIA ULU MOYOG HANYA PENULARAN VIRUS MELATAH!! Yang harus dipersalahkan ialah mereka yang suka menyakat dan mengganggu orang-orang yang melatah. Dah tau melatah jan le kacau, BODOH, BONGO, BEGO @ STUPID IDIOT!!..tapi dah jadi tabiat orang kita bila nampak orang melatah, suka betul mo pi kacau. Bila terjangkit, tuduh orang yang melatah. Jangan hanya fikir -ve pada orang yang melatah, cuba fikirkan +ve. Orang melatah memeriahkan suasana dan jujur sya katakan bahawa pertambahan bilangan belia Ulu Moyog dalam Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar adalah disebabkan orang-orang yang melatah. Korang pernah dengar lagu Evaristus Gungkit ‘Sondukut’- ‘..kopowonsoi nopo ie tongosonong aiso tulun koilo, nga kopowonsoi nopo tangaraat sompomogunan do korongou..’ dalam konteks ini, orang-orang melatah telah membuat sesuatu yang positif iaitu membantu mencapai objektif kempen untuk mengaktifkan belia dari tidur tapi tidak dihakimi dengan adil dalam pemikiran yang +ve. Kepada yang belum melatah, jangan sesekali mengganggu orang-orang yang melatah. Kalu gatal juga tu tangan mau kacau, trus tejangkit om ‘welcome to the club’, bertambah juga bilangan orang-orang melatah. Seburuk-buruknya orang yang melatah, buruk lagi orang yang mengata. Tiada sepa yang rela jadi orang melatah ne, buruk macamana pun melatah ne, bukan kehendak kami. Harus diingat orang melatah juga manusia ciptaan Tuhan yang keluar dari kilang semulajadi dan bukan robot yang keluar dari kilang elektronik tanpa perasaan, orang melatah mempunyai perasaan juga bei..so, stop blame Upper Moyog’s youths yang melatah ne. WE’RE NOT HANDICAPPED YOUHTS but please do pay for us so we can heal our self soon..no hard feeling.tQ.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment