Wednesday, September 30, 2009

KEMPEN KESEDARAN DAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR 2009 DI KG. NOTORUSS, PENAMPANG…(27/09/09)

NOUNGGON : Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar 2009 telah diadakan buat kali ke-6. Seramai 126 orang belia telah menjayakan program kolaborasi diantara KBP Zon 1 Babagon dan KBP Zon 13 Moyog. Program kali ini diadakan di balairaya Kg. Notoruss, Penampang.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah membersihkan kawasan kampung Notoruss dan menanam pokok kayu asli, acob-acob dan pokok pinang di beberapa tempat dalam kawasan kampung tersebut. Dengan kerjasama dan sikap toleransi belia-belia Ulu Moyog ini, kempen kali ke-6 ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan gangguan.

Dalam kempen kali ini, buat kali pertama sejak ia dilancarkan pada bulan Julai lepas, orang kuat KBP Zon 1 Babagon yang juga merupakan tunjang dalam menyediakan, mempersembahkan dan menjelaskan kertas kerja kempen ini iaitu Mac Gyvaer Pimid atau Gibo dapat bersama-sama menjayakan program ini biarpun beliau hanya dapat bersama seketika dengan rakan-rakan belia kerana selepas itu beliau bergegas pulang. Beliau yang pulang bercuti menikmati setiap saat yang terluang selama seminggu dengan rakan-rakan belia sebelum berlepas balik ke Selangor bagi memulakan sesi persekolahan. Diharap masa seminggu itu dapat mengubat rindu beliau kepada rakan-rakan di Sabah walaupun ternyata masa tersebut tidak mencukupi.

Kempen kali ini juga menyaksikan hasil perbincangan kumpulan bersama Sister Rita berkisar kepada masalah sosial di kalangan belia. Ternyata semua belia yang hadir turut mengambil berat masalah sosial dikalangan belia yang semakin meruncing. Ini jelas dinyatakan dalam pembentangan hasil perbincangan. Sister Rita juga berkongsi pengalamannya kepada semua yang hadir mengenai cabaran-cabaran yang beliau hadapi sebagai seorang belia sebelum menjadi seorang religious. Turut membuat perkongsian pengalaman ialah Mac Gyvaer Pimid dan rakan belia dari Zon 4 Minintod, Shirley.

Kempen ke-6 ini diakhiri dengan sembayang khas bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM pada bulan Oktober dan November ini. Kempen ini akan berehat selama beberapa minggu bagi memberi peluang kepada belia-belia berehat dan memberi laluan kepada rakan-rakan yang menduduki peperiksaan penting ini. Semoga Tuhan memberkati kita semua dan berjumpa di kempen seterusnya.

No comments:

Post a Comment