Wednesday, September 30, 2009

MINGGU YANG PADAT…

Minggu lepas (19-27/09/09) merupakan minggu yang cukup padat dangan drama dan aksi dikalangan belia Zon 1…dimulakan dengan persediaan kontijen perbarisan. Cuaca cukup tidak mengizinkan sejak 2,3 minggu ini. Hal ini menyebabkan latihan perbarisan terjejas dan dengan masa yang suntuk, persiapan disaat akhir juga terpaksa dilakukan. Tapi dengan semangat yang tinggi dan kerjasama dikalangan belia maka segala persiapan berjalan lancar.

Pada 21-22 hb September, semua belia berkumpul di Stadium Penampang untuk menghadiri Temasya Sukan Paroki Ke-5. Selama 2 hari di sana, keletihan, kelesuan, dan kepenatan belia tidak kelihatan malah semangat kesukanan yang tinggi cukup mempamerkan keutuhan belia zon 1 yang terdiri daripada 9 buah kampung. Terima kasih kepada KBP’s On-going program, Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar yang berjaya menyatukan belia zon 1. Dikecewakan dengan beberapa kontroversi, namun semangat juang kontijen sukar dibayar biarpun dengan wang ringgit.

Berakhirnya sukan, aktiviti belia diteruskan dengan novena selama 3 hari bagi kempen kesedaran di Kg. Notoruss. Ia bermula di rumah Bibiran, kemudian di rumah Guntoto dan diakhiri di rumah Viatambalut. Novena ini bertujuan untuk membolehkan kempen kesedaran berjalan lancar dan sempurna.

Pada hari jumaat, satu majlis kesyukuran diadakan di rumah Pn. Julie Dumpil dan En. Paul Masabal bagi meraikan para atlit dan kontijen Zon 1 diatas semangat kesukanan mereka. Parti mini bermula seawal jam 4 petang dan berakhir pada jam 12 malam. Disebelah malam, semua belia menghadiri prayer meeting di gereja Sts. Peter dan Paul.

Pada keesokan harinya, beberapa belia zon 1 telah menerima Sacrament of Confirmation di gereja St. Michael, Penampang. Beberapa belia lagi menjadi Godparent kepada rakan-rakan belia yang lain. Ini bermakna hidup mereka sebagai umat Katolik semakin kuat dan utuh. Tahniah kepada rakan-rakan yang menerima sakramen ini.

Pada hari ahad, belia menghadiri misa pertama Fr. Rayner di Babagon. Kemudian menyertai pula fellowship di dewan Sts. Peter and Paul sebelum mereka semua bergegas ke Kg. Notoruss bagi menjayakan Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar kali ke-6. Setelah setengah hari di Kg. Notoruss, belia berkumpul beriadah dengan bermain bola tampar di tepi Sg. Moyog. Kemudian bergegas lagi ke Kg. Madsiang untuk menghadiri pray-over orang sakit.

Begitulah komitmen belia Zon 1 Babagon dalam pelayanan mereka sebagai belia. Padat, memenatkan dan meletihkan tapi ianya ditanggung bersama dan semua alasan tadi tidak terasa…


No comments:

Post a Comment