Wednesday, September 30, 2009

Re-Cap Outing Krew Pogol di Tagal Kg. Tampasak

Ne program kami wat pada bulan Julai lepas..just mo recapture dan refresh memori bei..(habis modal cerita ba ne)…Selepas penat dengan pelancaran Program Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar di Kg. Madsiang, sya n Ading membawa tambalut-tambalut dari team KBP Induk iaitu Bibir & Titon (Notoruss), Togoron & Perawan Gundul (Babagon) dan bekas kawan sekampung dulu, Yoyou (Timpoluon). Selain tu, ada sorang lagi kawan sekampung saya ikut serta iaitu Kalung,tuan punya bot. Kami mula berjalan dari main-gate pada jam 11 pagi dan mendaki melalui spillway empangan Babagon. Dipertengahan pendakian tersebut, kami membawa dorang melihat hasil graffiti asas Str3t Mundky Familia yang pertama pada sebuah batu yang besar yang digelar Batu Halangan Liud Maut, batu ne kira legend le konon, beratus-ratus kali banjir kuat, deras, ..pun tidak juga hanyut apatah lagi berganjak seinci dari tempat tu. Kira stil standing la konon...

.Actually, kawasan empangan ini merupakan zon larangan tetapi sudah menjadi kebiasaan warga kampung kami yang selalu mudik kehulu-hilir setiap hari di empangan ini. Perjalanan memakan masa lebih kurang 20 minit menaiki bot untuk tiba di Tagal Kg. Tampasak. Setibanya di lokasi, dorang cukup teruja dengan tempat tersebut. Ketenangan dan udara yang nyaman cukup untuk kami semua melupakan penat lelah kami setelah bertungkus-lumus menjayakan beberapa program kami sebelum ini. Sya juga berpeluang membawa mereka melawat tempat bersejarah iaitu sebuah lubang legenda yang ada berkaitan dengan cerita legenda kampung Tampasak iaitu nobunsut (tanah masuk ke bawah dan ditutup). Kami meninggalkan tempat tersebut untuk pulang pada jam 5.30 petang selepas bermain ‘hujan’. Sebaik sahaja kami masuk kedalam bot, hujan lebat dengan angin bertiup kencang menyebabkan bot kami ditolak ke tepi. Masalah timbul apabila enjin bot gagal berfungsi menyebabkan semua kawan-kawan saya turun berenang menarik dan menolak bot kecuali saya dan Bibir, VVIP gea. Kami singgah sebentar di sulap si Ading menanti hujan teduh. Kami cuba meneruskan perjalanan namun enjin bot kami gagal berfungsi dengan lokasi pendaratan bot masih jauh dari pandangan mata. Memandangkan hujan semakin lebat dan makin gelap, sya terpaksa le kol kawan untuk bantuan. Setengah jam kemudian, Ken dan Oyow, kawan sekampung sya datang membantu. Dalam keadaan hujan lebat dan basah kuyup kesejukan, kami selamat sampai di benteng. Sya difahamkan beberapa kawan sya jatuh sakit pada keesokan harinya. Namun, apa yang sya dapati dalam trip ini ialah tidak kira kami dalam kesusahan atau senang, kami sentiasa ceria menyebabkan segala kesusahan tidak dirasai dan yang pasti beberapa kawan sya mendapat pengalaman baru bersama kami untuk outing kami yang pertama…aatuuukkooii…(more story at yoyou’s blog)


No comments:

Post a Comment