Friday, February 19, 2010

XPDC TRUS MADI...My Journal

HARI KEDUA (15/02/2010)

Tepat jam 2.30 am, semua penghuni cabin tebangun oleh alarm si Oben dan Gadi. Yang lucu ne, time mo bangun, ada member, Alfon tetanduk siling cabin ne. Riuh ba dalam cabin tu. Pastu di dapur pla Jane, Nonong dan Umbong tengah prepare breakfast. Time dorang mo masak tu, gas stove tidak kana install dengan sempurna. Jadi ada la flame besar ne, pastu dorang teriak 'Tebakar!tebakar!', 'Malatop!malatop' menyebabkan suma panik ne. Si Umbong dalam kepanikan try cabut gas stove pastu pi rendam. Yang best ne, dalam kepanikan tu, ado la cerita yang sya dengar mengatakan penghuni camp di tepi dapur tu panik dan menutup telinga takut meletup dan ada yang mengeluarkan kepala macam labi-labi. Ntah la, sya bangun dari katil jam 3 am uda. Walauapapun, keadaan riuh ne sebenarnya mengaktifkan terus semua peserta dari penat tidur.

Jam 3.45 am kami mula mendaki untuk ke puncak Trus Madi. Dalam pendakian ne, inda tau la gara-gara tekanan yang semakin rendah atau tekanan perut semakin tinggi, beberapa member melepaskan 'boost dioxide' ne. Yang sya tau si Lalosz, Gadi, Alfon dan Libo adalah antara penyumbangnya. Pada jarak 1000m, angin sejuk yang kencang menyerang kami dalam kepekatan malam. Dalam pendakian ne, sikap tolong-menolong dan toleransi dapat dilihat. Sebagai contoh, dalam kelompok pendaki pertama Bibiran dari grup 2 tiada torchlight kana sulu oleh krew-krew grup 1 dan dalam kelompok pendaki kedua, Togoron (bulb torchlight hangus gara-gara tlampau menunjuk-nunjuk da bilang Umbong) dan Mellaty (torchlight au kotiti ruak mondou, weak banar uda gara-gara poniti men jutaria) mendapat bantuan dari Koronggi dan Umbong memandangkan sorang lagi geng dorang, Pauldrim tidak membawa torchlight.

Jam 4.55 am, kelompok 15 pendaki pertama berjaya menawan puncak Trus Madi. 1 jam lebih awal dari jangkaan guide. First thing yang sya cari ialah Welcoming Signboard yang mungkin memberi maklumat sedikit sebanyak mengenai Gunung Trus Madi, namun yang kelihatan cuma Peak's Triangle dan Peak's Rod of Mt. Trus Madi. I'm very dissapointed but at the same time i'm proud being one of this group to conquered Trus Madi. More proud because i'm one of Tambunan's childs who grew up in Penampang, my daddy was from Tambunan but he never ever came to Trus Madi. So, i told myself 'pasne buli olo daddy uda, nama ja orang Tambunan tapi Trus Madi tidak pena sampai'...hahaha...mungkin inilah orang bilang ada sentimen klasik bila berdarah Tambunan dan dapat takluk something to be proud of, lebih-lebih lagi yang menjadi landmark Tambunan. Dalam rombongan dari Penampang ne, 2 orang gi member, Mellaty dan Lalosz merupakan waris Tambunan. Dorang ne dari Kiawayan, tidak tau plak lu dorang ado rasa yang macam sya rasa.

Di puncak ne juga si Alfon satu-satunya member yang bergambar tanpa baju dalam suhu darjah Celcius. Sementara menanti member-member yang len tiba, para pendaki yang awal sampai disambut dengan cuaca sejuk hingga menggigit sum-sum tulang. Disini, macam-macam ragam member dapat dilihat untuk mengelak dari kesejukan cuaca. Macam si Nonong, Mea, Bibi dan PP yang poudukut po di semak-samun, sya ngan krew grup 1 pula hugging each others, mo kasi panas badan ba. Tapi, sweet moments tu came when i saw the sun rise's horizon. Macam kedengaran lagu 'God's creator' berkumandang di telinga. Time ne, cuma sya yang stand up lawan kabus pagi. Yang len suma kesejukan. Bukan mo tunjuk terer tahan sejuk tapi ini mengingatkan sya betapa bertuahnya sya dapat menawan puncak kedua tertinggi di Sabah. Time ne sya renung balik kehidupan sya, dan sya sangat-sangat bersyukur dengan Tuhan dibagi chance untuk merasai keindahan ciptaan-Nya. Sya teringat akan orang yang mahu sampai ke puncak tapi tidak berkemampuan atas sebab-sebab tertentu. Sya fikir balik halangan sepanjang pendakian 4900m dari starting point.So,sya cukup bersyukur dengan keajaiban Roh Kudus yang membolehkan sya ngan 27 orang member sya menawan puncak Trus Madi dengan selamat.

Jam 7 am, bru la kami turun balik cabin. Time turun tu sempat juga tengok tupai yang jinak dibagi makan oleh si Kodoyo. Cukup mengherankan bila melihat senario ini, besanya tupai lari bila nampak orang. Mungkin ne la kali tupai gunung kan..cantik lagi tu,..tapi lu di Babagon tatap jadi pusas tu. Di sini juga sya dapat melihat periuk kera yang besar, boleh jadi mug uda ne. Time turun balik tu, kami sempat bergambar di Repeater atau tempat yang membolehkan radio amatur berfungsi. Apa yang pasti, sepanjang laluan turun tu cukup cantik macam berada di rumah Peter Pan dan sya sedari juga bahaya laluan kami yang kiri kanan bergaung 1000kaki, time mendaki inda nampak coz gelap. Kecut juga perut sya bila fikir tersilap langkah. Tatap coffin yang menanti ne..huh!...sampai di cabin, trus kami packing barang sementara tunggu heavy breakfast siap. After breakfast, kami rehat sebentar sementara menanti si Davvey dan PP menghabiskan 2nd round maggi dorang.

Time mo pi di Taman Sulaiman, tenaik ja dari tempat yang paling curam tu, bagagar lutut kaki sya, gayat tapi mantain focus la. Time ne krew dalam grup sya ialah PP, Davvey, Libo, Gadi, Lalosz, Bibiran, Karash, dan Alfon. Suma pun yang mimang buli tahan mendaki ne. Sampai di Taman Sulaiman, kami suma berhenti seketika untuk mengabdikan nama dengan cara mengukir nama di pondok kecil. Pastu disinilah kami terpisah, Gadi, Lalosz dan Davvey tidak dapat menyertai grup kami kerana masi panat. So, kami truskan juga perjalanan. Disinilah adegan kejar mengejar antara Bibiran dan Alfon yang mana akhirnya Alfon berjaya memintas kami semua hingga membolehkan dia mendapat nama baru, Kurubut.

Sampai di 2nd camp site, kami rest skijap sambil mo tunggu 3 krew yang kami tinggalkan di blakang. Tapi hujan gerimis memaksa kami meneruskan perjalanan hingga ke 1st camp. Sampai ja disana, kami trus wat camp tent kami. Lepas 30 minit, Togoron dan Mellaty trun, sya mula risau ngan 3 krew yang jauh masih dibelakang. Sya risau bukan apa coz Gadi (sakit badan), Davvey (lemah dan sakit) dan Lalosz ja yang okey ne. 10 minit lepas dorang Mellaty trun, bayanan dorang Davvey tidak pun kelihatan, jadi si PP volunteer nek pi cari dorang ngan berbekalkan 1st aid kit dan sebotol air, syukur Tuhan tidak lama lepas tu dorang sampai juga. Bru sya rasa lega. Actually, bila sya kena lantik jadi ketua grup 1, i'm gonna make sure yang suma crew sya safe dan in good condition. Sya paling risau si Davvey, cuz dengan beg berat dia time mendaki, dia cukup lemah sampai ada krew panggil dia pondan. Tapi credit for him,he manage to fight all the tiredness and became the 9th person who conquered the summit.

Jam 12.30 pm, suma krew grup 1 uda sampai. So, sementara tunggu dinner, kami suma tidur dengan secukupnya. Jam 5 pm sya bru bangun, itupun sebab dorang kecoh diluar tiada air. Sya tinguk kiri, Gadi masi kogoruk dengan seluruh badan ditutup ngan sleeping bag. Sya buka bahagian kepala supaya dia ble breathing. Kesian juga tengok ne budak kepenatan, dia ne macam adik sya uda. Pi di luar, masi dorang riuh teda waig. Hai,malas mo ikut-ikut riuh, sya masuk tent balik. Inda lama tu si Davvey, Alfon, Lalosz datang pi cerita-cerita di tent. Time ne la sya rasa best coz dapat share experience sya ngan KBP dengan dorang. Dari pengakuan dorang selepas dengar sharing sya yang tidak hebat macam member sya dalam KBP yang menjadi ikon KBP skang ne, dorang bilang mo join KBP tapi kawan lama dorang yang uda join KBP hanya pentingkan diri sendiri ja. So, memandangkan dorang anak jati Tampasak, sya tawar dorang join TaYoC coz belia di Tampasak masih dalam proses membangun tidak seperti belia di Babagon yang mimang mantap uda. Tapi kena ingat juga, nama belia Babagon biasanya naik time aktiviti gereja dan harus diingat bukan dari Babagon ja yang ada tapi seluruh Zon 1.

Malam after dinner tu, kami ado social-time iaitu masa untuk berkenalan antara satu dengan lain. Dalam sesi ne, sya mendapat beberapa istilah untuk status iaitu bujang (BG), berkahwin (BN) kerana tiap kali sebut status ja, jawapan 'B' akan keluar tapi inda tao pla apa maksudnya. Mungkin bujang, berkahwin, bercerai, bertunang atau berpasangan? sapa tau kan...after tu, kami ada game statue-dance. Yang sya tidak puas ati, sya ja sasaran untuk dikeluarkan tapi jadi juga finalis dengan si Karash. Mo 5 kali juga dorang stop muzik untuk ganggu sya ngan Karash tapi lawak jenaka yang dorang wat tidak lucu menyebabkan kami dua Karash mudah memperlekehkan ragam tukang kacau seperti Togoron, Nonong, Mellaty dan Mea. Satu lagi game kami malam tu ialah passing-water iaitu macam passing-parcel la. Macam-macam ragam lakonan dan aksi yang dibuat. Pemenangnya ialah Bibiran sekaligus melengkapkan malam Pogol Crew yang menyapu bersih hadiah game.

After games selesai, sesi sharing mengenai pendakian dan kemudahan yang ada. Antara yang menjadi isu ialah keadaan cabin dan kumpulan pendaki yang tidak menunggu orang belakang. Bagi sya mengenai keadaan cabin, biarpun ia tidak seperti yang disangka tapi pengajaran dari retret di Purun, Kuala Penyu iaitu bersyukur dengan apa yang ada dan jangan meminta yang lebih. Maksud sya, bersyukur dengan cabin dan kemudahan seperti dapur, gravity-pipe dan tandas yang telah disediakan. Di setiap camping site, tandas,pondok dan paip disediakan. Yang mengharukan ialah semua tangki, paip, kayu-kayan, kanvas dan besi yang ada pada setiap camping site dan laluan adalah menggunakan tenaga manusia. Jika anda pernah mendaki gunung Trus Madi anda akan faham mengapa sya mengatakan demikian. Mengenai pendaki yang tidak menunggu pula, guide ada memberitahu grup 1 untuk terus bergerak hingga Taman Sulaiman dan tunggu disana. Lagipun kami sentiasa stick together as a team dan mengamalkan prinsip 'left no man behind' dalam grup 1. So, bagi sya biarpun ini kali pertama kami mendaki bersama, yang paling penting ialah trust &take care each other.

Hari kedua kami tutup dengan doa malam yang dipimpin oleh guide, Mr. Harry. Lepas doa malam, kami teruskan dengan lepak-lepak sambil membuat bising hingga hujan turun dek suara sumbang kami. Malam ne, beberapa camp kena hujan teruk. Teruk juga camp dorang Bibi dan Mea, banjir ne. Tent sya kira okay juga la. Kesimpulannya, ada diantara kami tidak tidur termasuk sya gara-gara jaga hujan lebat.

No comments:

Post a Comment