Friday, February 19, 2010

XPDC TRUS MADI......My Journal

HARI PERTAMA (14/02/2010)

Jam 2.45 am sya, Kikob & Gadi turun pi d simpang SK Babagon coz itu ketua XPDC si Siput Bibi bilang jalan jam 3am. Tapi bas sampai jam 3.45 am uda. Nokobosou kami tunggu ne. Sepanjang perjalanan ke Tambunan tu, angin cukup sejuk terutamanya di Togudon, Gunung Emas dan Gunung Alab. Kami sampai di Pekan Tambunan jam 4.55 am, tapi kena tunggu sampai jam 5.30 am bru transpot dari Jabatan Perhutanan datang. So, sya ngan member-member sya pi la round pekan. Komen sya mengenai pekan ini ialah cukup kotor dan tidak bersih kerana sampah bertaburan. Then, kami ne lu jalan inda complete lu inda wat kacau. Ado sorang member, Alfon ne ambi tong sampah bergerak pastu sorong-sorong. Saja wat protes pekan kotor. Satu gi member, Lalosz inda sah lu inda kasi latup mercun. 3 kali dentuman di pekan Tambunan, diiringi ketawa besar member len.

Jam 5.45 am, pemandu Jabatan Perhutanan, En. Lubiren Antaim datang di pekan. So, sya ngan member sya trus nek la 1st trip. Duduk di cabin blakang DMAX dengan cuaca sejuk awal pagi cukup best! Kami menuju Trus Madi dengan memasuki jalan Kaingaran. Jalan gravel dan tanah liat atau bekas pembalakan cukup best dan ekstrem ne. Sepanjang perjalanan tu bagaikan menaiki roller-coaster. Naik-turun bukit curam di Banjaran Crocker, jalan licin dan lumpur. Kami sampai di base camp atau gate pada jam 7 am. Perjalanan mencabar ne sepanjang 12km. Kami disambut oleh 2 pekerja Jabatan Perhutanan. My first impression is 'WOO!WOW!' bila nampak gerbang ngan keindahan hutan di awal pagi. Cukup indah ngan kabus-kabus pagi. Kami menanti second trip dekat 2jam lebih. Sempat juga pinjam dapur staf jabatan untuk masa maggi dan wat minuman. Oh ya, before tu kami check-in barang, suma barang dalam bag kena check ne. Siap kena kira lagi, bukan apa tapi mo jaga kebersihan hutan.

Jam 10 am kami bertolak ke starting point kira-kira 8km dari base camp. Perjalanan kali ini lagilah sukar dan lebih curam. Yang bestnya, sya masih stick ngan member yang nakal-nakal. Riuh DMAX uncle Lubiren tu kami wat. Kami sampai di starting point pada jarak 4900m dari puncak Trus Madi pada jam 10.45 am. Macam besa, mo tunggu trip kedua lagi. Kami ambi masa untuk rehat-rehat. Jam 11.40 am bru dorang datang. Before kami stat mendaki, guide kami, Mr. Harry memberi sedikit taklimat mengenai perjalanan mendaki. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Sya mengetuai grup pertama ; Davvey, PP, Gadi, Lalosz, Oben, Bibi, Mea & Deborah.

Dalam pendakian kami ke 1st Camping Site pada jarak 4100 m, kami boleh mendengar bunyi rusa dan beberapa binatang yang lain. Yang kami risaukan sebagai grup yang mendahului ialah binatang seperti harimau kumbang yang diberitahu oleh guide. Lebih teruk, kami tidak dibenarkan membawa parang kerana kes menebang oleh pelawat sebelum ini. Tapi apa yang sya wat untuk grup sya ialah mendahulukan peninjau (scout), keselamatan (fisrt aid kit) dan sya di belakang untuk mengawasi 3 krew perempuan yang ditukar dari 1st grup ke 2nd grup. Sampai di 1st camp, kami berhenti rehat dan sya kena pastikan krew sya tidak mengalami sebarang masalah. Pastu, kami teruskan lagi pendakian ke 2nd camp pada jarak 3100m.

Kami tiba di 2nd camp dan berehat sambil menanti member-member lain tiba. Bila suma member ada, bru la kami meneruskan perjalanan. Perjalanan dari 2nd Camp ke Taman Sulaiman cukup mencabar, ada 3 pendakian yang curam dan menggunakan tali. Menambah lagi kesukaran ialah beban atau barang-barang kelengkapan yang dibawa dan cuaca sejuk mula menghukum kami dengan menyukarkan pernafasan kami. Tapi, semua cabaran itu diatasi oleh tahap adrenalin yang tinggi dan kami sampai juga di Taman Sulaiman pada jarak 2000m iaitu 500m dari cabin.

Kami terlepas keindahan bunga di Taman Sulaiman kerana bunga-bungaan hanya mekar berkembang pada bulan September-Disember. Tapi, kami tetap dapat menikmati keindahan semulajadi. Bila suma member uda sampai dan berehat, kami meneruskan perjalanan 500m terakhir ke cabin. Terdapat 2 laluan sukar dalam perjalanan ini. Bagi orang yang gayat macam sya ne, memandang ke bawah ja bagaikan melihat syurga. Cukup curam dan kalu inda berhati-hati, direct jatuh ke dalam gaung yang tidak kelihatan dasarnya. Tidak ada pokok yang akan membantu untuk menyelamatkan melainkan batu-batan keras yang menanti.

Sampai di cabin, it's beyond of my expectation. Dalam minda sya, cabin ne macam contena, dan kawasan lapang untuk camping. Tapi ianya hanya kanvas camp biru yang besar membalut 14 katil dan terletak di cenuram. Hanya 3 camp yang dapat dipasang. Namun kemudahan memasak, tandas, paip dan elektrik ada disediakan. Sya berkongsi katil dengan member sya untuk malam tu. Kesejukan air paip di sini umpama satu karung ais dan air disimbah ke badan. Cukup dan sangat sejuk. Lu ada kawan pi mandi, korang akan dengar orang berjoging (Togoron) dan 'mimpangkis' (Bibiran, Mellaty, Lalosz, Gadi) yang cuba mentranslate rasa sejuk kepada ayat yang bersesuaian.

Malam tu, kami tidur jam 8pm. Ada beberapa kali angin ngan kabus kencang menghentam cabin,cukup sejuk hingga kami suma berpelukan untuk memanaskan badan. Ada juga member yang bermain jutaria dan pak kaw. Ada sorang member, Libo yang balik lewat ke cabin, busy men jutaria di camp member. Pintu canvas cabin uda diikat. Bila dia minta buka, sorang pun inda bangun,sya malas mo kuar dari kepompong (sleeping bag) uda. Jadi terpaksalah dia merangkak dan bila da masuk ja, kedengaran tawa sinis member di katil sebelah kerana melihat keadaan tu. Pengajarannya, jan langgar arahan guide yang suru tidur awal dan jan lambat masuk cabin.

No comments:

Post a Comment