NOINTUS: Kg. Tampasak menjadi tuan rumah Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar kali ke-9 pada 15hb November 2009. Program dijalankan di Pentas Terbuka Komuniti, Bangunan DANIDA di Kg. Tampasak.
Seramai 153 orang belia dari seluruh kawasan Ulu Moyog telah menjayakan program ini. Namun begitu, belia daripada Kg. Kipouvo tidak dapat menyertai program ini kerana terlibat dengan aktiviti sukan gereja di kampung mereka. Selain itu, Kg. Togudon juga tidak dapat menghantar wakil atas sebab-sebab tertentu. Program dirasmikan oleh Pengerusi JKKK Tampasak, En. Nelson Maison. Sister Rita Prisca turut bersama dalam program ini.
Sebanyak 380 pokok berjaya ditanam di seluruh kawasan Kg. Tampasak iaitu 288 pokok pinang, 57 pokok kelapa, 5 pokok bambangan, 15 pokok rambutan dan 15 pokok ‘takob-akob’. Pokok-pokok ini telah ditanam di kawasan Tagal Tampasak, bahu-bahu jalan utama, Taman Herba Nointus, Kebun Organik Komuniti, dan kawasan padang kampung.
Selain itu, pihak penganjur juga memberikan ‘gift’ kepada setiap peserta dan brosur mengenai Kg. Tampasak juga diberikan.
Cerita penuh layari laman blog TaYoC.
No comments:
Post a Comment