TINTAP: Seramai 41 orang belia telah menjayakan Kempen Kesedaran & Penjagaan Alam Sekitar kali ke-8 di Kg. Timpangoh Babagon pada 07hb November 2009 yang dijalankan di Balairaya Komuniti Kg. Timpangoh.
Sister Rita Prisca turut hadir ke kempen ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong mengutip sampah dan membersihkan kawasan Chapel Christ Is Risen. Tidak ada bengkel dijalankan kerana kurangnya penyertaan belia dari luar. Ini disebabkan oleh pelaksanaan kempen dilakukan pada hari sabtu dimana ramai belia kerja dan ada yang menghadiri kelas di sekolah.
Kempen seterusnya akan diadakan di Kg. Tampasak seminggu selepas ini. Rakan KBP dari Notoruss, Bibiran telah menjadi wakil untuk menerima banner bagi pihak Kg. Tampasak kerana belia Kg. Tampasak tidak dapat bersama dalam kempen dimana mereka terlibat dalam aktiviti gotong-royong persediaan XPDC Lagenda 2009 mereka.
No comments:
Post a Comment