Thursday, December 3, 2009

KEMPEN KESEDARAN & PENJAGAAN ALAM SEKITAR DI KG. BABAGON

ohh no!! this is the last campaign!!

GOYUNGGUNG: Setelah 5 bulan program KBP dijalankan, Kg. Babagon menjadi destinasi terakhir Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar 2009. Kempen ke-10 ini diadakan pada 22hb November 2009 bertempat di Dewan Sts. Peter & Paul, Babagon.

Seramai 96 orang belia menjayakan kempen kali ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengutip sampah, membersihkan kawasan sekeliling dan dalam Chapel Sts. Peter & Paul, dan sesi ‘praise & worship’. Dalam bengkel Sister Rita Prisca, ia lebih tertumpu kepada aktiviti belia di masa akan datang. Terdahulu, program di Kg. Babagon ini dirasmikan oleh Pn. Hilda Golud. Dalam ucapannya, beliau menyeru agar golongan belia bersekutu dalam pelayanan dan doa disamping meningkatkan disiplin diri.

Kempen terakhir bagi sesi 2009 ini selesai pada jam 4 petang. Majlis penutupan Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar 2009 akan diadakan pada 06hb Disember 2009 bertempat di Dewan Sts. Peter & Paul, Babagon dengan 100 orang dijangka hadir termasuk rakan-rakan belia dari zon-zon luar daripada kawasan Ulu Moyog.

No comments:

Post a Comment