Sunday, December 27, 2009

HARI KRISMAS DI ZON 1 BABAGON

Perayaan krismas seperti setiap tahun akan membolehkan kita melihat wajah-wajah yang kurang dikenali atau jarang dilihat di dalam zon gereja. Tahun ini, 2009 menyaksikan chapel Sts. Peter & Paul, Babagon dibanjiri ramai umat Katolik bukan saja dari Zon 1 tapi zon-zon yang berdekatan. Kawasan perkarangan gereja penuh sesak sehingga ada yang berdiri di luar pagar gereja,di kawasan letak kereta. Namun, inilah hakikat yang perlu kita hadapi sekarang. Gereja akan penuh melimpah hanya pada musim Paska dan Krismas. Pada hari biasa, ada gereja yang tidak pun penuh. Namun, syukur Tuhan, cuaca pada malam krismas (24/12/2009) dalam keadaan yang amat baik dan sungguh indah dengan sinaran cahaya rembulan.
Pada malam krismas, Fr. Jalius Sading memimpin misa dan antara intipati homilynya ialah maafkanlah orang yang telah menyakiti hati dan perasaan kita agar nikmat krismas betul-betul terasa. Pada misa krismas pula, Rev. Fr. Alex Sipanul memimpin misa dan intipati homilynya ialah mengenai cara orang-orang sekarang menyambut hari krismas yang kian jauh terpesong dari maksud perayaan. Selain itu, beliau turut mengkritik ucapan 'Merry Christmas' yang beliau katakan tidak sesuai kerana ia sangat bersifatkan duniawi. Fr. Alex menyarankan agar umat Katolik mengucapkan 'Selamat Hari Agung Kelahiran Yesus Kristus.
Semoga sambutan krismas tahun ini lebih bererti buat kita semua. Lebih-lebih lagi kita menyambut kelahiran penebus kita. Di Kg. Babagon, upacara makan malam diadakan cukup ringkas namun masih meriah dan ramai. Antara aktiviti yang diatur selain makan ialah persembahan tarian dari KBP, penyampaian hadiah kepada kumpulan koir terbaik dan penyampaian saguhati kepada altar boys.

No comments:

Post a Comment