Sunday, December 27, 2009

SAMBUTAN HARI KRISMAS BELIA ULU MOYOG


Buat julung kalinya, Kg. Moyog menjadi tuan rumah pertama 'Youths Christmas Celebration' yang pertama. Majlis yang diadakan di Dewan Komuniti Moyog pada 26 Disember 2009 ini bermula pada jam 6 petang dan berakhir pada jam 12 malam. Seramai seratus lebih rakan belia Ulu Moyog datang memeriahkan suasana. Secara teknikal, kehadiran ini kurang memuaskan namun disebabkan masih ramai keluarga belia yang masih meraikan perayaan krismas, maka ramai belia masih terikat dengan keluarga masing-masing.
Pelbagai aktiviti yang diatur untuk majlis ini. Antaranya ialah Candle's Couple, Dog & Cat, Musical Chair, Statue Dance, Break-Balloons, Paper-Dance, Tunang-Kahwin-Cerai, Changing Gift dan pelbagai lagi. Bagi pilihan fesyen terbaik pula, Aloysius(Moyog) dan Mindy(Madsiang) muncul pemenangnya. Undian bagi tuan rumah kedua tahun 2010 jatuh kepada Kg. Babagon.

No comments:

Post a Comment