Setelah berhempas-pulas selama 2 minggu untuk membaiki siling, mengecat semula dinding dan atap, mengecat bangku dan pelbagai lagi kerja-kerja membaiki kerosakan chapel Sts. Peter & Paul, Babagon, para sukarelawan KBP Zon 1 Babagon terpaksa akur dengan meraikan sambutan krismas dengan kerja-kerja pembaikan separuh jalan. Masa dan keadaan cuaca nyata sukar dihalang dalam proses pembaikan ini.
10 jam sebelum misa malam krismas bermula pada 24 Disember 2009, krew-krew KBP: Bibiran, Gundul, Giller, Mellaty, Togoron, Rudy, Aaronkif, Achel, LC, A'arh, Nonong, Alfon dan Kilur bertungkus-lumus menyiapkan kerja-kerja pembersihan, perhiasan dan pengemasan chapel. Kerja-kerja ini siap sepenuhnya sejam sebelum misa bermula. Namun bagi kami, krew KBP yang menyertai sepenuhnya kerja-kerja pembaikan dari awal hingga ke persediaan krismas, kepuasaan nyata terasa kerana dapat menyiapkan kerja-kerja ini. Semoga Allah Bapa memberkati setiap peribadi kita...Amen.
No comments:
Post a Comment