Thursday, July 30, 2009

Media Training With CIJ

Pada 21 -22hb Julai 2009 bertempat di Cyber Cafe Donggongon Square, Media Training Phase 2 anjuran PACOS Trust dan Community for Independent Journalism telah diadakan. Seramai 22 peserta telah mengikut bengkel ini yang terdiri daripada staf-staf PACOS dan 3 belia Ulu Moyog. Bengkel ini merupakan kesinambungan bagi yang sesi pertama iaitu Asas Kewartawanan yang dijalankan pada 24-25 April 2009 di Bilik Conference PACOS Trust di Kivatu, Penampang.
Hasil daripada Media Training ini semua peserta berjaya membuat blog sendiri dan bukan itu sahaja kami telah diberikan pendrive 2GB secara percuma lagi. Terima kasih kepada fasilitator dari Centre for Independent Journalism, Kuala Lumpur iaitu Ms. Gayathry a/p Venkiteswaran. Peserta juga berpeluang untuk mempelajari cara mengambil gambar pegun dan gerak serta fungsi-fungsi videocam yang cukup sofistikated dan kompleks melalui dua rakan dari United Kingdom.

1 comment:

  1. Thanks for putting the news story up! Happy to see you are updating regularly!

    ReplyDelete