Seramai 150 belia dari 11 buah kampung telah menjayakan kempen kali kedua ini. Program dimulakan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Kg. Timpoluon yang telah dibahagikan mengikut zon iaitu Kakahangan, Timpoluon Atas, Timpoluon Bawah, dan Marab-arab. Selain itu, penanaman pokok kayu asli acob-acob juga dilakukan dengan pembahagian penanaman di setiap zon.
" Kempen ini baik untuk semua generasi memandangkan bumi kita semakin tenat. Program ini juga dapat memupuk nilai kesedaran alam sekitar kepada anak-anak kecil yang ada disini. Tahniah kepada belia di kawasan ini kerana di tempat lain tidak ada program seperti ini dijalankan. Jika ada, ianya bersifat sementara tapi disini ia dijalankan selama 5 bulan dan secara bergilir-gilir," kata Encik John Yap, warga Keningau yang kebetulan lalu di lokasi dan meninjau pelaksanaan program.
No comments:
Post a Comment