Thursday, July 30, 2009

Kekayaan mengalir masuk ke saluran tertentu..

Cuba bayangkan, ketika kisah si miskin jadi kaya bagi kebanyakan orang, keadaan sebaliknya berlaku dalam negeri kita yang tercinta ini. Kita semakin miskin daripada menjadi kaya. Ia umpama mimpi yang menjadi igauan ngeri bagi kita. Amat mendukacitaka!!..
Even our Prime Minister had admitted this fact- bahawa Sabah seolah-olah ‘turun pangkat’ menjadi antara negeri termiskin dengan garis kemiskinannya lebih tinggi daripada purata di peringkat kebangsaan. Semua kekayaan kita masuk ke dalam kocek sebilangan kecil orang, dan merugikan sebilangan besar orang. Adakah sesiapa yang mahu menafikan kenyataan ini?
So, bolehkah saya ajukan persoalan? Dengan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-51 dan umur Sabah meningkat kepada 48 tahun, patutkah kita ada alasan untuk bergembira? Apa pula yang perlu dilaungkan dan dibanggakan dengan sambutan ini sedangkan para ahli-ahli politikus yang gembira dengan kemewahan dan kita terus merana?
Seiring dengan aliran Sungai Padas,pelbagai masalah juga terus menghentam kita seperti ombak badai mengamuk di samudera, Laut China Selatan sebelum mengempas gigi pantai Tanjung Aru. Masalah paling besar di Sabah adalah kebanjiran pendatang tanpa izin yang bukan saja ‘menghisap-keringkan’ sumber-sumber negeri tetapi juga menyebabkan masalah keselamatan kepada penduduknya yang asal dan setia.
Ketika Malaysia diambang menyambut ulang tahun kemerdekaannya ke-52,kami orang asal Sabah yang sudah bebas dari jajahan British terasa seperti ‘pelarian’ di negeri sendiri. Hidup dalam ketakutan disebabkan kes jenayah oleh orang asing semakin berleluasa. Kenapa masalah ini masih ada?
Tahniah kepada PM kita kerana membantu menambah beban rakyat Sabah dengan mempermudahkan lagi penarafan status kerakyatan kepada orang asing yang sudah lama menetap di Sabah. KM pula hanya ikut arahan pihak atasan, seperti kerbau di danau yang dicucuk hidung.
Amat jelas sekali, kekurangan ketegasan dalam usaha politik membantutkan operasi membanteras pendatang tanpa izin yang semakin bermaharajalela. Mungkinkah pemimpin kita yang berpusat di Wisma Innoprise menunggu masa untuk ‘bom meletup’ sebelum mereka bertindak lebih serius? Atau terus menyemai taburkan janji manis yang sebenarnya tidak berperisa semasa pilihan raya? yakni warisan ahli politikus kita yang menjadi trend semasa pilihan raya…fikirkanlah…

No comments:

Post a Comment