Monday, September 19, 2016

HIKING DI BUKIT NANAS, TIMPANGO BABAGON

DATE : 31.08.2016
TEMPAT : BUKIT NANAS, TIMPANGO BABAGON

Ni kali saya hiking sama group 'Tutumakad Nulu' yang mana member-member datang dari pelbagai tempat.

LOG :

06.30 am :
- Tiba di Kawasan Perkelahan Tagal Babagon untuk menanti rakan-rakan hikers.
- Kecewa melihat keadaan Sungai Moyog yang teruk tercemar akibat sikap rakus manusia yang melakukan hill-cutting di hulu sungai.

06.50 am :
- Bergerak merentasi sungai menuju ke Kg. Lutung, Timpango.

07.00 am :
- Tiba di kawasan padang Kg. Lutung, Timpango yang dijadikan tempat letak kereta.
- Membuat persediaan dan persiapan hiking.

07.30 am:
- Ketua Guide, Pn. Josie Sipotik membuat briefing mengenai trail yang merupakan trail baru dan Team Tutumakad Nulu ini merupakan team pertama yang akan mencuba trail ini.
- Pn. Josie memimpin doa dimana doa dilakukan mengikut kepercayaan masing-masing.
- 4 orang guides untuk seramai 40 lebih peserta.

07.45 am :
- Mula pendakian dengan permukaan jalan bersimen sejauh 400 meter sebelum memulakan pendakian dengan permukaan tanah merah.
- Keadaan jalan adalah pendakian dengan kecerunan 45 °- 60 ° dan sebahagian jalan adalah lembab dan licin akibat hujan yang turun malam semalam.
- Setiap simpang ditandakan dengan riben hazard.
- Dalam pendakian ini, perhentian sebanyak 3 kali dilakukan bagi membolehkan para peserta berehat sambil menunggu rakan-rakan yang lain.

08.45 am
- Tiba di denai yang akan memulakan perjalanan hiking melalui kawasan hutan belukar.
- Para peserta menyediakan walk-stick masing-masing disebabkan permukaan jalan yang curam dan licin.
- Trail dipenuhi dengan wild ferns menyebabkan sedikit kesukaran untuk bergerak.

09.00 am :
- Tiba di puncak pertama, 325 meter ASL.
- Kibaran bendera Sabah dilakukan.
- Rehat sambil berselfie dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu.
- Meneruskan perjalanan turun sejauh 80 meter dengan kecuraman 75° - 85°.
- Pada kawasan curam ini belum ada tali keselamatan dipasang dan amat merbahaya dan berisiko kerana licin.

09.15 am :
- Tembus di jalan tanah merah kebun.
- Menyusuri jalan tanah merah naik dan turun bukit dengan bahang matahari yang panas sangat mencabar.
- Terdapat kawasan jalan yang ditabur dengan loose gravel dan perlu berhati-hati supaya tidak tergelincir.
- Sesetengah kawasan menawarkan pemandangan yang menakjubkan dengan keindahan Crocker Range dan Laut China Selatan.

10.30 am :
- Tiba di kawasan trig Bukit Nenas.
- Kaki trig bengkok mungkin akibat hempapan pokok tumbang namun masih teguh berdiri.
- Berehat dan sesi bergambar dengan pemandangan Bandaraya KK dan Bandar Penampang.
- Acara mengibarkan bendera Sabah.

11.20 am:
- Bergerak turun balik.
- Pada masa ini tahap kepanasan matahari amat kritikal dan ada peserta yang hampir-hampir terkena heat-stroke.
- Peserta yang jalan awal menyusuri jalan yang sama dengan laluan tiba manakala peserta yang lewat turun mengikuti jalan yang lebih rata dan landai.
- Berkumpul di kawasan kebun dan berehat sambil menunggu rakan-rakan yang lewat sampai.
- Jalan balik adalah menyusuri denai pekebun yang mendatar sehingga ke jalan raya.
- Pada masa ini kepanasan berkurangan kerana denai dikelilingi hutan dan kebun getah namun sampai ke jalan gravel, keadaan kembali panas.

01.15 pm:

- Tiba di pondok rekreasi, tamat.

Pemerhatian daripada hiking ini, trail-trail baru selepas puncak pertama sangat-sangat curam dan merbahaya kepada hikers sekiranya hiking di musim hujan kerana jalan yang licin dan tanah yang lembut. Namun, kami bertuah kerana merupakan group pertama menggunakan trail-trail ini. Bagi mereka yang tidak tahan panas, better don't go sebab hampir 80% trail adalah melalui jalan kebun getah baru yang amat terdedah kepada pancaran terik matahari.

No comments:

Post a Comment