BUKIT LUGAS
Bukit lugas adalah terletak kira kira 32 km jalan keningau tambunan dan berada dalam kawasan kg kitou yang terkenal dengan penjualan jagung manis,baru baru ini,ia telah menjadi popular setelah diviralkan dalam media sosial sebagai salah satu tempat yang boleh dikunjungi oleh pelancong.
Bukit lugas mempunyai 2 puncak yang sangat menarik iaitu "Bukit Gondol".ia deberi nama berdasarkan struktur dan bentuknya yang menyerupai belakang kepala manusia yang tidak ditumbuhi rambut.manakala puncak kedua yakni puncak tertinggi di namakan sebagai "Bukit Lugas" beberapa pelawat yang dihubungi melahirkan keterujaan apabila berada dipuncak atau sepanjang laluan ini kerana ia pasti mengundang perasaan takut,gayat dan gembira dapat melihat panorama yang menarik dan jarang dirasai ditempat lain. pejalanan ke sana bermula dari starting point yang dinamakan sebagai timpohon oleh penduduk kg kitou,
Sepanjang laluan di atas puncak yg sejauh kira kira 50m, pelawat akan dapat melihat kehijauan banjaran terus madi yang masih dipenuhi hutan yang belum diterokai dan jika pelawat boleh datang seawal jam 6 pagi, keindahan matahari terbit juga dapat dinikmati.
LALUAN KE BUKIT LUGAS
Laluan ke bukit lugas adalah bersebelahan dengan sek keb kitou tambunan.Sekarang ini laluan masih melalui jalan persendirian meredah kebun getah dan ladang sawit.Ini mengambil masa hanya 15 minit dari jalanraya,Walaubagaimanapun,pada 01.08.2016 satu laluan baru akan dibuka.Laluan baru ini lebih menjanjikan satu pengalaman yang lebih menarik walaupun ia jauh sedikit kerana pelawat berpeluang berjalan kaki melalui jalan denai dan meredah hutan,ini akan menambah keseronokan pelawat yang datang kerana selain melawat bukit lugas mereka juga boleh beriadah.Apa yang lebih menarik,laluan baru ini diurus dengan lebih berkesan oleh AJK bukit lugas yang dilantik.ini bermakna semua urusan melawat akan lebih bersifat formal.
SEJARAH BUKIT LUGAS
Semasa pendudukan jepun di Borneo Utara,sekitar tahun 40an,pihak pentadbiran jepun telah membina sebuah bangunan di kitou,(semasa tu belum ada perkampungan)yang dikenali sebagai "rupis gipun" topis do gipun atau pejabat jepun yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan bahan makanan seperti garam melalui salt trail sebelum di agihkan ke pejabat jepun diseluruh pedalaman kondingau atau keningau.dan begitu juga bahan hasil pertanian dari sekitar keningau akan dikumpul dahulu di kitou sebelum di bawa oleh pembawa barang"tigayo gayo gipun" ke tuaran untuk diniagakan.
Banyak peristiwa aneh yang berlaku di sekitar kitou pada masa itu,tigayo gayo gipun yang membawa barangan samada dari keningau atau sebaliknya tidak dapat melalui kawasan bukit lugas setelah senja kerana kawasan tersebut mengeluarkan bunyi yang sangat menyeramkan,tidak cukup dengan itu bagi mereka yang tidak kuat semangat pasti akan mengalami demam.Menurut kepercayaan orang tua terdahulu kawasan bukit lugas di diami oleh mondou sejenis benda gahib.
Menurut cerita, pihak tentera juga sering melihat deretan api obor sepanjang bukit lugas,bermula dari puncak bukit lugas ke puncak gondol seolah tentera yang sedang berarak dan akan berakhir di timpohon.sebab itulah menurut org kampung sehingga kini bukit lugas dan bukit gondol tidak ditumbuhi rumput kununya disebabkan oleh api tersebut.
Pernah juga terjadi,kuda yang menarik kereta kuda dari keningau akan berlari kerana dikejar oleh bebola api yang datang dari arah bukit lugas.
#visittambunan2017
No comments:
Post a Comment