Lepas menakluki puncak Mt. Trus Madi, sya dan geng2 Extreme
Club Zon Pertanian telah berjaya menakluki puncak Mt. Kinabalu pada 06hb – 07hb
Ogos 2011. Grup yg sya join ne merupakan grup kedua ECZP untuk XPDC Kinabalu
yang mana grup pertama seramai 18 orang telah mendaki seminggu awal dari
rombongan 16 orang kami.
Belum pun start mendaki, sya uda ada masalah. Kasut adidas
kampung atau kasut getah kesayangan sya terlupa di dalam keta Myvi yg sya
parking depan uma angkol sya di Penampang. Padahal, sya sudah triple-check
kelengkapan sya tpi lumrah manusia yg ndak talapas dari kesilapan. Nasib
baiklah ada kawan yg bwa extra kasut tym tu..
Pendakian bermula di Timpohon Gate yg mengambil masa lebih
kurang 4-5 jam untuk sampai ke Pendant Hut before check-in di Laban Rata. Grup
kami menginap di Gunting Lagadan’s Hut kira-kira 500m dari dewan makan di Laban
Rata. Hari pertama, kami just duduk2 dan cerita2 ngan member sambil mengambil
pictures keindahan panorama diatas gunung atau diatas bayu. Suhu? Boleh tahan
juga tym ptang tpi sebla mlam sejuk gila. Nasib ada member yg memahami membawa
bekalan Chivas Regal utk memanaskan badan. Mo harap mnuman panas? Jan haraplah,
2-3 minit sejuk uda tue..hehe,..
Hari kedua, awal subuh jam 2.00 pagi uda kami berkumpul utk
mendengar taklimat guide mengenai pendakian. Tepat jam 3.00 pagi, kami mula
mendaki perlahan-lahan, lebih perlahan daripada lentugi (gonggok). Altitud
tinggi menyebabkan migrain buli attack sepa2 seja climbers. Cuaca sejuk dan
angin kuat menyebabkan sya dan beberapa rakan sya balik-balik brenti. Sukar mo
benafas di kawasan tinggi. Penat? Ndak jga tpi kesukaran benafas tu jak yg
pling terasa. Panorama pekan Ranau dan Kundasang di waktu malam dgn lampu2 dri
para pendaki cukup indah jika dilihat dri atas. Setelah 2 jam mendaki, sya
berjaya juga menakluk puncak kebanggaan orang2 Sabah. Perasaan tym tu ialah
gembira, sebak dan terharu kerna bukan semua orang berpeluang untuk sampai ke
puncak Kinabalu. ‘ I come, I look, n I conquer’ itulah ayat yg terpacul di
mulut sya.
Tadi crita nek gunung, turun dari gunung membawa
‘kesengsaraan’ yg menyakitkan utk sya dan beberapa orang member. Sakit
knee-joint, cramp dan penat digabungkan utk mendera fizikal dan mental. Rasa
ngilu tika tulang pada knee-joint bertemu amat memeritkan. 6km sya merasakan
sakit itu..give up? Ya, sya
hampir-hampir give up utk bjalan namun rakan karib sya, Airon Alex @
Yonoe sentiasa memberi dorongan utk sya sampai ke pendakian terakhir, hell’s step
of Timpohon Gate..
Before meninggalkan National Park, kmi menjamu selera di
Restoran Balsam dan gembiranya hati pabila mendapat sijil daripada warden
National Park. Then kami bertolak ke Hotspring, Ranau untuk memanjakan badan yang lesu dan letih. Semua perasaan itu hanya mampu diungkap dengan perkataan ‘puas
dan bangga’…congratz to all ECZP XPDC Kinabalu 2011!!
No comments:
Post a Comment