Wednesday, February 22, 2012

PHOAS 2011

PHOAS 2011 diadakan pada 05hb hingga 09hb Ogos 2011
bertempat di Hongkod Koisaan, Penampang dan KDCA Cultural Village. Perayaan ini
diiktiraf oleh PBB / UN dan disambut secara meriah diseluruh dunia. Bertemakan
‘Hutan, Wanita dan Belia’, sambutan kali ini cukup meriah. Pelbagai aktiviti
disusun sepanjang perayaan berlangsung antaranya ialah pameran kebudayaan orang
asli dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, forum, ceramah, bengkel,
ekspo kesenian dan kebudayaan, malam budaya 3 regions, sukan tradisi, karaoke,
pertandingan mewarna, pertandingan foto terbaik dan Konsert Belia Orang Asal
2011.
Untuk PHOAS2011, sya berpuas hati kerna terlibat secara
langsung dalam penganjuran kerna sya dimasukkan ke dalam team urusetia JOAS.
Selain itu, belia-belia dari kawasan sya, Zon Pertanian Penampang telah
terlibat secara langsung dalam penganjuran ini bermula dari gotong-royong
hinggalah persembahan pentas.
Syabas buat semua AJK dan krew2 terlibat. Jumpa lagi di
Sarawak untuk PHOAS 2012.

No comments:

Post a Comment