Dua kali Lima! "Napa dengan kamurang nii? Napa kamurang buat begini? Kamurang betul-betul kasi malu keluarga!, demikianlah kata-kata pedas yang keluar dari mulut ibu yang begitu marah sekali apabila mendapat anaknya yang sedang belajar di Kolej dah berbadan dua.Hamil sebelum kahwin!"Gontudok! Kau betul-betul menconteng arang dimuka saya! Rugi saya kasi murah-murah tu berian. Kau teda guna pula! Celaka betul!" kata c bapa sambil mengangkat tangannya mau menampar muka boyfriend c mangsa. Tapi dia terpaksa membatalkan niatnya kerana seperti kilat Tina pegi dihadapan jejaka yang dicintainya. Dalam keadaan yang tegang dan "panas-panas" hati. Tiba-tiba muncul c nenek dan berkata dengan nada yang relax saja....."Bah, apa gia kamurang marah-marah sama diurang? Kamurang ndak ingat lagikah? Si anu tu lahir selepas kamurang baru berkahwin 4 bulan. Cepat juga saya dapat cucu masa tu. Hmmm..apa salah kalau saya awal-awal dapat dukung cicit.Huuu..! Marah-marah kaka, pada hal dua kali lima juga......" Kata-kata nenek ini meredakan keadaan. Semua orang terdiam! Macam kena karan letrik. Ibubapa tu anak pun tersipu-sipu malu.:) Yaa......beginilah sifat manusia. Pantang nampak kesalahan orang lain. Mesti bising-bising punya tapi kesalahan diri sendiri tak nampak...
No comments:
Post a Comment