Wednesday, February 22, 2012

JATUH CINTA


Jatuh sinta.... Perasaan jatuh sinta adalah suatu feeling yang menyeronokkan sekali dan membahagiakan hati. Memang siooooook betul kalau jatuh cinta. Tapi ingat, kalau ko jatuh cinta kepada seseorang ini bukan bererti orang berkenaan juga jatuh cinta dengan ko, jan ko perasan sendiri. Jadi, kalu ndak kena layan, janlah bah marah2 dan janlah bah pula memaksa dan jan kasih sorong2 itu muka. Kalu orang sudah ndak cinta, terima saja hakikat ini dengan tenang bah. Mungkin ko ndak cukup cute atau handsome untuknya. Atau mungkin dia tak suka minyak wangi yang ko pakai. Atau kerana berlainan pegangan, agama, bangsa, kedudukan, pelajaran, warna kulit, kelab,hobi, dan banyak lagilah alasan......dia saja yg tahu. Tapi kadang2 mungkin si kawan masih segan dan malu2. Bah, cuba lagi lah luahkan isi hati tuu manalah tau akhirnya dia menerima ko meskipun ko mungkin taklah begitu cantik atau kacak. Mungkin dibilang didalam hati,"Tiada rotan, akar pun berguna"..Hehehe.. Tapi mungkin dia ikhlas menerima ko mah. Bersyukurlah kalau diterima dan kalau dah diterima peliharalah dan jagalah hati kekasih tu dengan baik2 sampai bila2. Jangan bila sudah kahwin maka habislah segala keromantikan, kemesraan, kelembutan, kesabaran, kebaikan,kealiman, persefahaman, displin, dan segala kata-kata yang manis dan baik. Patut dah kahwin lebih mesra dan romantik.Maklumlah dah kahwin.Berian pun dah habis bayar! Jan jadi mcam dalam lagu c aunty Piton Gunsaga, nasihat mak bapa yang lirik da ada sebut 'dulu2 waktu belum kahwin...'...

No comments:

Post a Comment