Dua kepala! Kita sering mendingar orang menggunakan peribahasa ini, "Dua kepala." "Bah! Jangan dua kepala!; Dia tue dua kepala!; Baru tau! Sepa suruh dua kepala! Maksudnya, yang tidak sepenuh hati dan tidak ada pendirian yang tetap; tidak boleh dipercayai sepenuhnya. Memang banyak sekali orang yang ada masalah didalam hal ini. Kerana tidak ada keikhlasan dan kejujuran kepada diri sendiri dan kepada orang lain. Masalah ini dapat dilihat didalam banyak aspek diantaranya adalah seperti berikut:
1. Perkahwinan: Ada orang dua kepala didalam hal perkahwinan? Sudah kahwin tetapi mengaku bujang didepan wanita yang cantik?; Ada wanita yang dah bersuami tetapi mengaku masih single bila bertemu dengan lelaki yang tampan dan kaya? ksi pendek kata, berlaku curang kepada pasangan sendiri. Hentikanlah sifat "dua kepala" ini. Setialah kepada pasangan anda sampai selama-lamanya.
2. Politik: Ada orang minat sekali berpolitik tetapi tidak ada ketetapan? Sikit-sikit "lompat sini dan lompat sana." Bah, kalau berpolitik jangan terlalu melompat nanti orang tidak ada kepercayaan kepada anda lagi. Jadi, setialah kepada parti yang anda anggotai. Hentikan "politik katak."
3. Kerja: Ada orang bermati-matian mencari kerja tetapi bila dah dapat kerja, tidak buat kerja pula. Malas pula berkerja. Selalu lambat datang kerja tetapi pulang selalu awal. Dan ada pula membuat alasan "Penatlah kerja!" Memanglah penat berkerja itulah sebabnya anda dibayar gaji untuk berkerja. Anda dibayar gaji bukan untuk bermalas-malasan. Jadi, rajin-rajinlah berkerja.
4. Agama: Ada orang juga dua kepala didalam hal agama? Dah mengikuti satu agama tetapi didalam masa yang sama, berjinak-jinak juga dengan agama yang lain; Ada pula yang curi-curi pergi menghadiri Ibadat di tempat agama yang lain tetapi Ibadat di agama sendiri diabaikan; Ada pula yang aktif di agama yang lain tetapi mengaku juga sebagai anggota agama yang lain pula. Ingatlah, jangan main-main didalam hal agama. Sedarilah bahawa Tuhan itu tidak dapat ditipu dengan pelbagai muslihat. Sebab itu, kalau dah ikut satu agama, ikutlah agama berkenaan dengan jujur dan ikhlas. Jangan dua kepala!
5. Sekolah: Ada pula pelajar yang dua kepala! Hari-hari pergi sekolah tetapi jarang sampai ke sekolah. Menyimpang pergi ke kedai-kedai. Jalan-jalan-melepak sini sana dengan kawan-kawan yang tidak membawa kemajuan. Bah, sekolahlah bagus-bagus dan belajarlah baik-baik supaya ada mendapat kerja yang bagus dimasa akan datang. Jangan sia-siakan masa persekolahan. Hargilah peluang belajar yang ada.
Naaahhhh! mungkin diantara kita juga banyak kali bersifat "dua kepala" didalam banyak hal. Tetapi, marilah mengubah sifat yang buruk ini. Kerana tabiat ini, merugikan dan tidak menguntungkan. Sebab itu, marilah kita mengamalkan "satu kepala" didalam apa juga hal yang ingin kita lakukan. Kerana sifat ini membawa kebaikan, keberhasilan dan kemajuan kepada diri kita...
No comments:
Post a Comment