Pada 25hb Februari 2010, KBP Zon 1 Babagon telah mengadakan sesi pra-paska bersama dengan belia dari seluruh kawasan Ulu Moyog. Sesi bermula pada jam 6.30 petang bertempat di Dewan Sts. Peter & Paul, Babagon. Sr. Rita Serunai yang tiba dengan rakan TPBP turut memberi taklimat dan sharing. Seramai 78 orang belia datang memberi sokongan. Namun begitu, kehadiran golongan dewasa telah menyemarakkan semangat belia yang sememangnya memerlukan sokongan dalam perjalanan pelayanan mereka. Tayangan video ‘Passion of Christ’ juga diadakan bagi membolehkan golongan belia lebih memahami erti pengorbanan Yesus dalam musim pra-paska ini. Golongan belia juga diseru untuk datang menghadiri doa Jalan Salib yang diadakan setiap hari jumaat bermula jam 7.30 malam.
No comments:
Post a Comment