Friday, December 11, 2009

MAKANAN TRADISI ORANG DUSUN

Makanan tradisi orang kita amat digemari oleh pelancong asing. Saya sendiri pernah mendengarnya sewaktu berkunjung ke Hinompuka Cafe' di Buhavan Square, Donggongon. Kebetulan pada masa itu terdapat sekumpulan pelancong datang untuk menjamu selera. Mereka memesan makanan tradisi orang kita: hinava dan bosou antaranya. Apabila selesai menjamu selera, mereka mula berbual-bual. Saya ne bukanlah terer dalam bahasa Inggeris tapi ada jugalah perkataan yang berjaya menembusi gegendang telinga ne. Mereka mengatakan makanan tersebut cukup sedap dan salah satu daripada mereka memesan hinava buat kali kedua. Bangga juga rasa hati ini.

Namun begitu, semasa penutupan Kempen Kesedaran & Penjagaan Alam Sekitar di Kg. Babagon baru-baru ini, saya antara orang terakhir yang menjamu selera kerana sibuk menyiapkan slide-show untuk majlis tersebut. Semasa di meja yang menempatkan lauk-pauk, saya terdengar beberapa rakan belia mengkritik menu yang ada. Untuk pengetahuan, makanan diadakan secara port-luck. Mereka mengungkap kata-kata yang saya sendiri berasa tersinggung dan sakit hati.

1. "Doii..ini ja dish yang ada? Kampungan betul o.."
2. "Tiada yang special dari ini ka?"
3. "Ketinggalan zaman punya makanan gea ne..nama ja thanksgiving party dan penutupan, makanan tidak ngam o.."

Rasanya macam mo dicili ja mulut anak gadis tu. Lupa daratan dan tidak tahu menghargai serta bersyukur apa yang ada. Saya ada juga la tegur anak gadis tu tapi dengan muka selamba mereka hanya berlalu pergi. Geram, benci, marah dan pelbagai lagi perasaan masa tu tapi biarlah mereka. Harap-harap suatu masa nanti, sedar juga mereka tu dengan sikap takbur mereka.

1 comment:

  1. iya...mungkin boleh diselitkan mknn moden kegemaran kadazan dusun...:-)

    ReplyDelete