Setiap permulaan,pasti ada pengakhiran. Setelah 6 bulan lebih berjuang untuk menjayakan Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar 2009 sejak bulan Jun, akhirnya pada 06hb Disember 2009 ia sampai ke penghujungnya bagi tahun 2009. Majlis penutupan diadakan di Dewan Sts. Peter & Paul, Babagon dengan dihadiri hampir 200 belia dan umat Kristian di kawasan Ulu Moyog. Turut hadir dalam majlis ini ialah Fr. Rayner Bisius, Deacon Matheus, Sr. Rita, Pn. Anne Lasimbang, En. Julianus, Komiti Pastoral, Team Pelayanan Belia Paroki Penampang- Jackulin, Henry, Melford, Shirley, dan Anselmus, serta komiti setiap kampung yang terlibat.
Persembahan pentas tarian gabungan belia Ulu Moyog membuka tirai penutupan. Kemudian diiringi oleh persembahan dari Kipouvo (Koir- Bumi yang semakin tua), Timpango (Koir- Mamarayou do Kinorohingan), Madsiang (Action Songs), dan Babagon (Modern Dance). Persembahan daripada En. Julianus juga memeriahkan suasana. Gandingan duet dua kawan karib Fr. Rayner dan Deacon Matheus yang menyampaikan lagu kegemaran mereka cukup menggamatkan dewan. Persembahan penutup ialah koir beramai-ramai dengan menyanyikan lagu 'Generasi Masa Kini'.
Penyampaian hadiah kepada pemenang hasil penilaian disempurnakan oleh En. Roger Sampil, pengerusi Pastoral Zon 1. Penerima hadiah ialah Belia Zon 13 : Kategori Belia Terbaik- Komitmen dan penyertaan belia dari zon ini cukup baik, Tampasak Youth Club : Kategori Penganjuran Terbaik- Memecahkan rekod dengan menanam 380 pokok semasa kempen di Tampasak hasil inisiatif sendiri, menyediakan 'gift' dan brochure mengenai Tampasak, perhiasan yang bertemakan alam semulajadi dan kerjasama ahli semasa kempen diadakan, Saudara Melldry Mikin : Kategori Belia Contoh- Seorang belia yang berjaya membuktikan objektif kempen ini berjaya dicapai.
Syabas dan tahniah juga kepada rakan-rakan KBP Induk : Mama Labitz, Kaka Labitz, Abang Labitz, Kilur, Bibiran, Gillie, Yoyou, Togoron, dan Mr. Gibbs yang berhempas pulas dalam menjayakan kempen 5 bulan ini. Semoga tahun 2010 kita dapat laksanakan lagi program ini.
No comments:
Post a Comment