Thursday, October 29, 2009

ULANG TAHUN PERTAMA BOKAPNYA MELLATY

Geng KBP Zon 1 Babagon yang datang...

Genap setahun suda mendiang Mikin Gadawai meninggalkan balu dan 4 anak comelnya; Melldry, Raci, Dana dan Fero. Pada 17hb Oktober lepas, upacara memperingati pemergiannya telah diadakan. Pn. Maliana Tuging, balunya turut menjemput rakan-rakan KBP anak sulungnya, Mellaty untuk bersama-sama dalam satu majlis yang ringkas.
Turut serta dalam majlis kegenapan setahun ini ialah keluarga mentuanya dari Kg. Kiawayan, Tambunan, sahabat-handai, keluarga dan komuniti Kg. Babagon Siriba.Selepas upacara doa yang dipimpin oleh Kat. Paulus selesai, semua tetamu menjamu selera masing-masing. Pelbagai perkara lucu dan menarik berlaku sepanjang malam tersebut. Bagi pihak rakan-rakan KBP, mari kita berdoa agar roh mendiang dicucuri rahmat dan diberkati selalu..amen,.

No comments:

Post a Comment