Thursday, October 29, 2009

PELAWAT DARI ASEAN (18/10/09)

Pelawat dari Laos(front) dan Filipin(back) sedang mempelajari tarian 'mogunatip'


Seramai 40 pelawat dari beberapa negara ASEAN sepertiLaos, Vietnam, Cambodia, Filipina dan Indonesia telah melawat Zon Ulu Moyog. Terdahulu, rombongan ini telah melawat Kg. Kipouvo sebelum tiba ke Pusat Perkelahan Babagon. Rombongan ini disambut dengan paluan gong dan tarian 'sumazau' daripada rakan-rakan KBP Zon 1 yang diwakili oleh belia dari 6 buah kampung :- Madsiang, Babagon, Timpoluon, Tampasak, Notorus dan Rumangi.
Rombongan pelawat juga sempat mendengar taklimat ringkas mengenai Kg. Babagon dan paling menarik apabila belia-belia Ulu Moyog mengajar dan berkongsi kebudayaan dengan para pelawat. Antara tarian yang diajar ialah sumazau, mongigol, makalang dan mogunatip disamping memberi peluang kepada pelawat bermain alat muzik tradisi kaum Dusun.
Disebelah petang pula, bahasa tidak menjadi masalah untuk berkomunikasi. Semua pelawat turut serta dalam aktiviti sukan seperti bola tampar dan badminton, antara sukan yang sering dimainkan oleh belia Ulu Moyog jika berkesempatan berkumpul pada hujung minggu. Sebelum pulang, rombongan pelawat sempat bermandi-manda di Sungai Moyog, sungai yang dikatakan tunjang daerah Penampang.

No comments:

Post a Comment