Thursday, November 17, 2011

TIDAK BERTANGGUNGJAWAB




Pusat perkelahan Kg. Babagon sememangnya tidak asing di kalangan masyarakat di Daerah Penampang lebih-lebih lagi bagi golongan belia dan remaja. Kejernihan air Sungai Moyog, yang juga merupakan sungai terpanjang di daerah ini sesuai bagi mereka yang suka berkelah dan bermandi-manda. Udara nyaman menambah lagi nikmat di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai di setiap hujung minggu dan sewaktu cuti umum.

Namun, yang sedihnya, setiap kali selepas hujung minggu berlalu sampah-sarap bertaburan di setiap 4 pondok perkelahan yang sering menjadi tumpuan orang ramai. Biarpun terdapat tong-tong sampah yang disediakan di setiap pondok, namun masih ada makhluk bergelar ‘manusia’ gagal menafsir fungsi gunapakai benda bernama ‘tong sampah’. Sampah-sarap atau sisa dibiarkan begitu sahaja di setiap pondok tanpa dibuang di dalam tong sampah atau dimasukkan dengan sempurna ke dalam tong sampah tersebut.

Lebih memburukkan keadaan, ada di diantara pelawat membawa sampah dari rumah dan meletaknya di tepi tong sampah di pondok perkelahan tersebut. Ini membuatkan tempat tersebut berbau busuk apabila anjing-anjing datang menyelongkar sampah tersebut. Di musim hujan, keadaan bertambah teruk dan ada masanya jika berlaku banjir besar, sampah-sarap tersebut hanyut dan kadang-kala bertaburan di kawasan berbatu-batan di penghujung jambatan ‘gabion’ yang menghubungkan Kg.Babagon dan Kg. Timpango.
Musim cuti sekolah bermula sudah. Apakah nasib kawasan perkelahan yang popular di kawasan Penampang ini nanti? Apakah akan ada tanggungjawab daripada orang awam?...renung-renungkanlah..

No comments:

Post a Comment