Sepa yg slalu pigi sana tamu? Ndak kira lar tamu di Penampang, Beaufort atau Kota Belud maupun di mana jua tempat di negeri Sabah ini. Misti ramai yg slalu pigi tu kan? Pernahkah kamurang tinguk itu penjual-penjual dan barang jualan dorang? Kamurang perasan kar yg menjual tu atau dalam erti kata yg sinang korang mo paham, yg berdagang di tamu tu rata-ratanya golongan warga emas. Pastu tinguk barang-barang jualan dorang pula hanya sikit-sikit seja. Itupun kadang-kadang yg susah untuk dicari. Ada antara orang-orang tua ini datang jauh dari pedalaman, berjalan kaki sehari suntuk semata-mata mo jual barang dorang seja. Tapi kalu kamurang tinguk scenario di tamu, masih ada orang yg demand harga rendah untuk barang-barang hasil kampung sedangkan bukan mudah untuk mendapatkan hasil tersebut. Mungkin di kaca mata orang yg poket sentiasa penuh dengan wang, hasil hutan tu senang seja mo dapat tapi hakikatnya, sukar untuk mendapatkannya.
Sedih juga hati bila ada orang tua tu cakap ‘Ondu, bolio doho ti sayur. Iti po daa noulu ti. Muli oku no daa ti” (Nak, belilah sayur ini, tinggal yg ini lagi. Saya mahu pulang). Sayu mata memandang bagi mereka yg hanya mampu menjual sedikit bahan jualan mereka sedangkan masih banyak barang jualan mereka.
Ironinya, golongan pilak-pilak (PATI) cukup meriah menjual hasil jualan mereka. Ambik la tamu Donggongon setiap hari 4 & 5, kamurang tinguk itu pilak punya jualan cukup rancak berbanding dengan orang asal. Yg heran bin ajaibnya, pondok MDPG Enforcement ada di tamu tu juga tpi mcamana dorg ble lulus mo bejual sana? Adakah dengan kemampuan pilak ini bercakap bahasa Dusun’g’ memberi peluang kepada mereka atau MDPG mo dapat untung dengan tiket jualan (yuran) mereka? Kalu korang mo tau, rajin-rajinlah pigi tamu dan alami sendiri scenario di tamu. Utamakan golongan orang asal lebih-lebih lagi mereka yg tua dan dating dari jauh. Give to Indigenous People's...
No comments:
Post a Comment