Tuesday, June 21, 2011

BATU SUMPAH KENINGAU


Batu Sumpah ini telah didirikan pada tahun 60an atas perjanjian di antara Parti Pasok Momogun yang diketuai oleh mendiang Y.Bhg. Datuk G. S. Sundang @ Datuk Gunsanad Samson Sundang dan mendiang OKK Sodomon Bin Gunsanad dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk menghormati hak kebebasan beragama, adat istiadat anak rakyat Negeri Sabah oleh Kerajaan Malaysia dan rakyat Negeri Sabah, Penduduk Bahagian Pedalaman Atas (Keningau) bersumpah taat setia kepada Kerajaan Malaysia. Batu Sumpah tersebut kini diletak di perkarangan Bangunan Urusetia Keningau.

Difahamkan juga idea mengadakan batu sumpah itu timbul semasa usaha mengatasi bantahan awal ketua-ketua kaum pribumi terhadap langkah Sabah menyertai Persekutuan Malaysia. Beberapa ketua masyarakat pribumi terkemuka (yang dikenali sebagai Orang Kaya Kaya) pada awalnya bimbang dengan idea Sabah menyertai Persekutuan kerana khuatir yang mereka tidak faham dengan apa yang tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Batu Sumpah Peringatan Mengikut Perlambagaan :

1. Ugama Bebas Dalam Sabah.
2. Tanah2 Dalam Sabah Di-Kuasa Oleh Kerajaan Sabah.
3. Adat Istiadat Anak Rayat Sabah Di-Hormatkan Dan Di-Pelihara Oleh Kerajaan.

Namun apa yang bermain di fikiran saya ialah adakah 3 perkara ini diikuti dan dipraktikkan seperti yang tertera pada Batu Sumpah? Diharapkan Batu Sumpah ini tidak akan dilupakan..

No comments:

Post a Comment