BABAGON: Satu taklimat ringkas kepada team media KBP Zon 1 Babagon telah diadakan di Dewan Sts. Peter & Paul, Babagon pada 24hb Oktober 2009. Taklimat ini diadakan sejurus sebelum team KBP Induk Zon 1 menuju ke Chapel Christ is Risen, Timpangoh bagi sesi bersama dengan belia-belia Kg. Timpangoh.
Taklimat ringkas mengenai newsletter ini disampaikan oleh Pn. Christina David sendiri. Nama ‘Youths Life!!’ ini diambil sempena nama blog beliau sendiri yang lebih terarah kepada kehidupan golongan belia. Beliau turut menyeru kepada semua penulis-penulis blog agar sentiasa mengemaskinikan laman blog masing-masing kerana isi kandungan newsletter ini akan diambil daripada artikel-artikel di laman blog persendirian team media.
Antara rakan bloggers yang datang semasa taklimat ini ialah Yoyou (Katolik life), Bibiran (KBP ZON1 BABAGON), GiLL3R(susuyon) dan Ovinkodou (toninipot). Turut serta ialah jurugambar team media Mellaty, Aaronkif, dan pengerusi KBP Zon 1, Kilur..
No comments:
Post a Comment