Thursday, December 3, 2009

LAMAN BLOG BELIA TAMPASAK

Dunia blog semakin berkembang di kawasan Ulu Moyog dengan Tampasak Youth Club (TaYoC) menjadi ahli baru dalam geng bloggers. Laman blog ini dikendalikan oleh Str3t Mundky Crewe’ dengan kerjasama Unit Rekod dan Dokumentasi, dan Unit Publisiti dan Informasi TaYoC.

Blog ini akan memaparkan aktiviti sekumpulan belia daripada sebuah kampung yang paling kecil di kawasan Ulu Moyog iaitu Kg. Tampasak. Kampung ini bukan saja kecil malah merupakan satu-satunya kampung yang mempunyai kelompok belia yang kecil. Kebanyakkan belia di kampung ini telah berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Kinabalu bagi mencari pendapatan yang lumayan. Dianggarkan jumlah belia yang masih tinggal kampung ini kurang daripada 80 orang berdasarkan purata umur 15-45 tahun. Maka, sama-samalah kita membantu ‘saki-baki’ kelompok belia yang masih muda ini dalam perjuangan mereka.

Krew-krew yang akan mengendalikan laman blog ini ialah GiLL3R7, C’Mondz, E-Joule, Gaddy, Romane dan Kalung. Layarilah http://www.tampasakyouthclub.blogspot.com hari ini. 1Belia, 1Matlamat.


No comments:

Post a Comment