Tuesday, June 21, 2011

MEWAH UNTUK PILAK, MERANA UNTUK ORANG ASAL

Jika kita ke kawasan pedalaman Sabah atau yang dekat-dekat bandar juga, masih banyak kampung yang bergelap kerana tiada bekalan elektrik di kawasan mereka biarpun sudah acapkali janji manis ditaburkan kepada mereka oleh wakil rakyat mereka. Tapi, cuba kamurangluangkan masa untuk berjalan-jalan di kawasan Sepanggar, Sembulan dan Menggatal, banyak rumah-rumah setinggan yang mempunyai bekalan elektrik yang dibekalkan oleh SESB. Malah, bekalan air bersih dari Jabatan Air Negeri Sabah juga ada dibekalkan di kawasan ini. Namun, acapkali kita mendengar rungutan mengenai tiadanya bekalan elektrik di kawasan pedalaman atau bekalan air bersih kepada penduduk tempatan. Malah, kes-kes jenayah melibatkan PATI pun kian meningkat.

Salah siapa? Banyak jabatan tidak bekerjasama dengan jabatan lain atau pihak berkuasa tempatan, seperti yang berlaku baru-baru ini di Likas. Bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati. Contoh yang terbaik ialah mengapa Jabatan Air Negeri Sabah memberi paip air? dan mengapa SESB memberi elektrik kepada perumahan setinggan? dan akhirnya DBKK atau Pihak Berkuasa Tempatan sukar menjalankan operasi meroboh dan menyebabkan pampasan di buat dengan menggunakan duit rakyat sendiri. Sepatutnya semua jabatan sentiasa berhubungkait dan melaporkan kawasan setinggan atau kes-kes yang sepatutnya dikongsi. Sama-sama kita renungkan 'perkhidmatan' percuma kepada golongan PATI ikhlas dari pihak kerajaan.

2 comments:

  1. kebodohan kerajaan semakin hari semakin terserlah dengan tindak-tanduk mereka. suap sini sana, sumbat sini sana..pastu jaga anak orang, anak sendiri dilupakan..how stupid is that?!!!!

    ReplyDelete