Isu belia yang paling siok mo dikupas ialah belia dan cinta. Apakah percintaan di bangku sekolah adalah wajar atau tidak? Pada pendapat sya, cinta adalah perasaan normal yang lahir dari hati nurani setiap insani. Tidak salah seorang pelajar bercinta kerana ada sebab seseorang itu bercinta. Sebagai contoh, mungkin pasangan itu dapat mendorong kejayaan pelajar tersebut dalam pelajaran. Namun, percintaan itu seharusnya ada perbatasannya.
Namun kadang-kala, percintaan di bangku sekolah umpama 'suicidal' kerana ada orang yang terlalu 'bercinta' hingga terlupa tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Pelajar-pelajar ini datang ke sekolah tanpa tujuan yang pasti selain hanya kerana ingin bertemu dengan yang tersayang.
Maka, pelajar seharusnya tahu akan tanggungjawab mereka ke sekolah. Kalu buli, janganlah dulu korang bercinta til finish skul seasons...anyway, it's up to you le..hehe,..
No comments:
Post a Comment