Friday, December 31, 2010

TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!!

HARIMAU MALAYA 2010

Akhirnya setelah 2 dekad, akhirnya Harimau Malaya kembali mengaum di persada bolasepak Asia Tenggara apabila dengan dengan tenang membaham Sang Garuda dengan aggreget 4-2 di final Piala AFF Suzuki atau sebelum ini dikenali sebagai Piala Tiger. Bagi saya sendiri, skuad Harimau Malaya sebenarnya harus berterima kasih kepada Khairul Fahmi Che Mat, goalkeeper muda yang berjaya menyelamatkan banyak percubaan bahaya Sang Garuda yang diketuai oleh Gonzales dan Pamungkas. Fahmi patut mendapat title Most Valuable Player berbanding kapten Sang Garuda, Utinna. Selain itu, Muslim, centre-back berusia 21 tahun juga memainkan peranan penting sepanjang kejohanan. Kapten Safiq juga berjaya memimpin skuad Harimau Malaya dengan baik. Kelibat Safee Sali sudah pasti tidak dapat dilupakan,4 jaringannya di final sudah cukup membolehkan double-tittle miliknya, Top Scorer dan AFF Suzuki Cup Champion. Kredit untuk Rajagopal, coach kita yang berjaya mendidik anak-anak buahnya sehingga membawa pulang piala agung Asia Tenggara ini.

Kejayaan Malaysia turut menarik minat bintang Manchester United, Rio Ferdinand. Beliau dalam twitt-postnya memuji pemain-pemain Malaysia yang berjaya merangkul kejuaraan kali pertama ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan 31hb Disember, 2010 sebagai cuti umum sebagai menghargai perjuangan skuad Harimau Malaya ini. Semoga bolasepak negara akan terus maju. Hidup Harimau Malaya!!

No comments:

Post a Comment